MESYUARAT Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengenai pembebasan
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim esok diawalkan kepada jam 11
pagi dan bukannya 5 petang seperti diberitahu sebelum ini.
Naib
Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya berkata, pihaknya
mendapat pengesahan itu melalui setiausaha parti sebentar tadi.
"Mesyuarat akan berlangsung di Istana Negara dan akan dihadiri oleh
Tuanku DYMM Agong (Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V), Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota lain.
"Pembebasan
Anwar dijangkakan berlaku lebih kurang tengah hari esok dan semua
anggota parti serta penyokong dicadang berkumpul di perkarangan Hospital
Rehabilitasi Cheras untuk menyambut beliau," katanya.
Sehingga
jam 3.40 petang Nurul Izzah masih berada di pusat rehabilitasi berkenaan
melawat bapanya sejak 1.13 tengah hari tadi, manakala beberapa wakil
media terus berkumpul sejak pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan
terkini Anwar.
No comments:
Post a Comment