PERMATANG PAUH:
Sekarang adalah masa untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dan bukannya masa untuk Pakatan Harapan (PH) menyerang pihak lawan.
Itu ingatan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ( PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua wakil rakyat PH yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) .
Anwar berkata, sebagai wakil rakyat mereka perlu menunjukkan kesederhanaan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik.
Tambahnya, untuk menempa kejayaan PH tidak seharusnya bergerak atas dasar dendam.
“Saya pesan kepada kita yang sudah menang tetapi tidak perlu menyerang lawan.
"Tumpuan kita adalah untuk memastikan orang yang menang ikut amanah, baik tunjuk kesederhanaan dengan mengelak dari kegiatan boros dan rasuah yang kita serang dulu,” katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana di Yayasan An-Nahdhoh, di Permatang Pauh pada Jumaat.
Dalam pada itu, Anwar berkata zaman kini adalah zaman kebebasan media dimana setiap wakil rakyat akan sentiasa dipantau oleh rakyat.
Justeru mereka perlu menunjukkan komitmen sebagai tanda terima kasih kepada rakyat yang selama ini setia menyokong serta memberi kepercayaan kepada PKR dan PH.
BANTU DANA MAHKAMAH SAYA MELAWAN SENDIKET PERJUDIAN DAN WARGA ASING
-
Saya sedang meneruskan kes-kes Mahkamah saya tetapi untuk kali ini tanpa
bantuan dana dari sesiapa. Jadi, saya memmohon kepada sahabat seperjuangan
ya...
1 year ago
No comments:
Post a Comment