LELAKI MENGAMUK DAN MENIKAM MANGSA SELEPAS PELANCARAN TABUNG HARAPAN NEGARA

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Image may contain: one or more people and people sitting
Image may contain: one or more people and people sitting
Image may contain: one or more people

SEPANG: Akibat gagal mengawal kemarahan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan nekad menikam lima remaja yang juga jirannya serta rakan mereka dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans selepas dihubungi orang ramai.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca akibat perbuatan mangsa yang sering membuat bising, terutama pada waktu malam sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, suspek sebelum ini sering menegur mangsa supaya tidak membuat bising pada waktu malam, namun teguran itu tidak diendahkan.

"Suspek juga pernah menegur rakan kepada jirannya itu supaya pulang dan tidak membuat bising tetapi tidak diendahkan.

"Suspek juga dikatakan rasa tercabar dengan perbuatan jirannya itu yang sering membunyikan ekzos motosikal pada waktu malam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, berikutan itu, suspek kemudian mengambil pisau di rumahnya dan pergi ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan dan menikam semua mangsa.

"Selepas kejadian itu, suspek melarikan diri manakala, kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut," katanya.
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik