Sebuah portal berita melaporkan semalam bahawa kerajaan telah mencadangkan Encik Tommy Thomas, seorang peguam berpengalaman untuk menjadi Peguam Negara.
Jika laporan ini benar, maka kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas sebab-sebab berikut:-
1. Encik Tommy
Thomas merupakan bekas peguam yang mewakili YB Tuan Lim Guan Eng,
Menteri Kewangan dalam kes isu banglo yang disiasat oleh SPRM. Apabila
pihak AGC memfailkan permohonan menghina mahkamah ke atas YB Lim, Tommy
Thomas telah bertindak bagi pihaknya. Baca:-
https://www.malaymail.com/s/1231201/guan-eng-to-set-aside-committal-proceeding-initiated-by-ag
2. Kes
perbicaraan YB Lim masih belum selesai dan masih berjalan. Pihak
pembelaan telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa satu representasi
untuk menggugurkan pertuduhan ke atas YB Lim akan dikemukakan kepada
pihak AGC dalam masa terdekat. Baca:-
https://www.malaymail.com/s/1633123/guan-eng-to-apply-for-ag-to-drop-corruption-case
3. Jika Encik
Tommy Thomas dilantik menjadi Peguam Negara, dan menerima permohonan
representasi daripada YB Lim Guan Eng, ia akan terjumlah kepada
‘embarrassment’ dan konflik kepentingan kepada Encik Thomas kerana
beliau perlu menimbangkan untuk menarik balik kes terhadap bekas
anakguamnya di dalam kes yang mana beliau sendiri pernah terlibat
menjadi peguam bertindak bagi pihak YB Lim.
4. Jika Encik
Tommy Thomas menolak representasi tersebut dan meneruskan tindakan
mendakwa YB Lim, ia juga akan menimbulkan konflik kerana beliau perlu
mendakwa bekas anakguamnya sendiri. Either way, beliau akan berada dalam
keadaan tidak selesa dan ini boleh mencemar dan mempengaruhi
tindakannya sebagai seorang AG kelak.
5. Hubungan
peguam-anakguam di antara Encik Tommy Thomas dan YB Lim juga tidak
terbatas kepada kes banglo SPRM sahaja malah beliau juga merupakan
peguam kepada kerajaan negeri Pulau Pinang apabila dilantik oleh YB Lim
pada tahun 2013. Baca:-
https://limguaneng.com/index.php/2013/02/26/announcing-tommy-thomas-as-the-penang-state-governments-counsel-to-sue-the-election-commission-and-the-federal-government-encn/
6. Terlalu
banyak konflik kepentingan akan wujud jika Encik Tommy Thomas dilantik
menjadi AG. Kedudukan dan penglibatan Encik Tommy dalam kes-kes yang
pernah diwakilinya sebelum ini khususnya kes banglo SPRM dan hubungannya
dengan YB Lim sebagai anakguam beliau dikhuatiri akan menjejaskan dan
meletakkan pejabat Peguam Negara dalam keadaan tidak menyenangkan dan
boleh membawa persepsi negatif kepada masyarakat.
7. Kami tidak
mempersoalkan tentang kelayakan dan pengalaman yang dimiliki oleh Encik
Tommy Thomas namun peranan dan penglibatan Encik Tommy dan memandangkan
situasi kes YB Lim yang masih belum selesai serta mengambil kira
hubungkait kes ini dengan pejabat Peguam Negara, adalah lebih elok
pelantikan Encik Tommy Thomas ditangguhkan sehingga isu ini diselesaikan
dahulu.
Like FB 🔴
JUMPA KAT MAHKAMAH sekarang untuk informasi terkini berkaitan isu
undang-undang dan hak anda serta ajukan sebarang persoalan & masalah
berkaitan undang-undang kepada kami 👨🏻⚖️🏛👩🏻⚖️
#JumpaKatMahkamah #SeeYouinCourtSayang #KnowYourRights #MalaysianLaw #AskYourLawyer
Sumber - http://thekl-chronicle.blogspot.com/2018/06/jom-kenali-tommy-thomas-peguam-yang.html?m=1
Sumber - http://thekl-chronicle.blogspot.com/2018/06/jom-kenali-tommy-thomas-peguam-yang.html?m=1
No comments:
Post a Comment