KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman
berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah antara
RM900 juta hingga RM1.1 bilion, kata Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk
Seri Amar Singh Ishar Singh.
Dalam sidang akhbar sebentar
tadi, beliau berkata, pada 21 Mei hingga 25 Jun lalu, JSJK sudah buat
pengiraan dan pemeriksaan barang dirampas.
"Pengiraan dan pemeriksaan ambil masa lama kerana angka adalah besar.
"Lapan
pasukan khas terdiri daripada pakar dan pegawai terbabit dalam
pengiraan dan pemeriksaan membabitkan 150 anggota," katanya.
Beliau
berkata, 25 beg daripada 72 beg mengandungi barang kemas seperti
cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya sebanyak 12,000
barang.
"Jumlah pasaran barang kemas yang dirampas berharga kira-kira RM880 juta.
"Cincin sebanyak 2,200 unit, subang 2,800 unit, broch 1,600 unit, tiara 14 unit.
"Barang paling berharga adalah seutas rantai emas white diamond berharga RM6.4 juta," katanya.
Amar
Singh berkata, sebanyak 567 beg tangan membabitkan 37 jenama seperti
Hermes, Prada dan Chanel berharga kira-kira RM51.3 juta.
Katanya, sebanyak enam beg mengandungi 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama.
No comments:
Post a Comment