Sebenarnya, aku memandang PKR dengan pandangan sebuah parti progresif
yang terbuka, ilmiah dan intelektual. Tidak seperti parti-parti lain.
Manakala, DSAI merupakan suara rakyat dan model masyarakat marhain dalam
contoh sikap keterbukaan. Malangnya, alasan-alasan sampah daripada
pihak AIC telah mengubah pandangan aku terhadap PKR.
DSAI
merupakan "ayatolla" usrah zaman 70an. Beliau merupakan pengasas ABIM.
Karisma beliau dan anugerah lidah daripada Allah menjadikan beliau
seorang yang hebat bila berpencak di atas pentas. Ketika beliau memilih
untuk menyertai UMNO, beliau pernah berdialog dengan TG Haji Hadi di
USA. Hasilnya hampir separuh pejuang-pejuang gerakan Islam mengikuti
beliau bersama UMNO. Dari sudut pandangan lain, DSAI berjaya menewaskan
TG Haji Hadi.
Pengetahuan dan penguasaan agama Islam DSAI juga tidak boleh dipandang
rendah. Jika tidak, mana mungkin beliau mampu memberi kuliah-kuliah
agama dan menyampaikan khutbah Jumaat. Bukankah DSAI akan menyampaikan
khutbah di Masjid Wandana?
Sesiapa yang mengenali aku pasti tahu aku jarang mengkritik PKR dan
tidak pernah mengkritik DSAI. Pada aku, kenangan bermandi hujan FRU
tahun 1998 adalah kenangan yang indah. Ketika itu, keADILan belum wujud,
yang ada hanya Adil. Mungkin memoir tersebut membuatkan aku lunak
dengan PKR.
Oleh itu, aku mahu menjawab jawapan-jawapan bacol budak-budak AIC. Aku
tidak mahu menyebut nama mereka. Aku hanya anggap mereka sudah menjadi
sebuah "groupthink" yang melakukan projek pembodohan terhadap rakyat.
Tajuk yang dicadangkan sahabat aku, pemuda PKR, DSAI akan bawa.
1. Tajuk tersebut adalah daripada porposal kami. Mereka yang ciplak dan alih bahasa saja.
2. Kalau ya pun tajuk sama, kami boleh tukar tajuk lain. Apa masalah? Alasan ini sangat dangkal.
UFB not on the same par dengan DSAI dalam politik, dia bukan academician yang patut sentuh isu tersebut1.
Sejak bila PKR mengamalkan sistem kasta? Adakah semua perkara perlu
dilihat kepada par seseorang dalam politik apabila ingin sepentas dengan
DSAI? Diulang sekali lagi, wacana yang ingin dijalankan bukan wacana
politk. Janganlah setiap perkara hendak dinilai dengan politk.
2.
Adakah hanya politikus yang tua saja yang layak memberi pandangan?
Pemikiran apakah ini? Tajuk umum yang mampu diulas oleh sesiapa menurut
sudut pandang masing-masing. Apakah pemuda-pemuda PKR tidak meraikan
kepelbagaian pandangan dan idea?
3. Adakah orang agama tidak
layak sepentas dengan DSAI hanya disebabkan dia UMNO? Adam Adli boleh
berkongsi pentas bas PKR dengan DSAI disebabkan dia membantah kerajaan?
Jika beginilah sikap asabiyah dan sekular yang ada dalam kepala orang
dikeliling DSAI, sudah pasti mereka juga akan jadi seperti
dinosour-dinosur UMNO suatu hari nanti.
4. UFB mempunya PhD. DSAI
ada PhD? UFB sudah melalui proses akademik untuk mendapat PhD dengan
kelulusan mumtaz (cemerlang). Adakah UFB tidak dipandang sebagai ahli
akademik? PhD beliau diselia dan disemak oleh ulamak-ulamak hadis di
Malaysia dan di tanah arab.
5. Mungkin budak-budak PKR terlupa atau tidak tahu dengan kisah Usamah
bin Zaid ra. yang masih muda dan tak sama par dengan ahlul Badar
diarahkan untuk memimpin sahabat-sahabat rhum yang lebih senior untuk
pergi berperang. Ini dalam hal memimpin. Kami cuma mahukan UFB dan DSAI
sepentas berkongsi idea dan pandangan. Apa masalah?
6. Mungkin
juga budak-budak AIC tidak pernah tahu perihal al-Imam as-Syafie rah.
dibenarkan memberi fatwa seawal usia 14tahun. Ini hal memberi fatwa yang
menentukan halal dan haram dalam urusan syurga neraka. Apa besar sangan
par DSAI dengan UFB nak banding dengan par Imam as-Syafie rah. ketika
14 tahun ?
7. Apakah kelayakan DSAI memberi khutbah pula? Sedang
di hadapan yang mendengarnya mereka yang punya kelulusan dalam bidang
agama. Jika par itu menjadi ukuran, budak-budak AIC patut bantah kerana
par DSAI tidak layak di situ. Layaknya beliau hanya di pentas-pentas
bahasa dan politik sahaja.
UFB layak berdebat dengan DrMAZA
1. DrMAZA orang PKR ke? DrMAZA datang ke Adelaide? Di mana orang PKR?
Kenapa perlu "passing" kepada orang lain? Boleh calonkan siapa budak PKR
yang berani sepentas dengan UFB? Inilah bukti budak-budak AIC pun cuak
dengan UFB barangkali. Jangan buat-buat lupa DrMAZA pernah meminta DSAI
bersara dari politik dan beliau masih tidak menarik kembali pandangan
beliau.
2. Sikap "divert" ini adalah sikap manusia bacol. Sudah jelas
budak-budak AIC juga berfikir karisma DSAI akan tercabar jika sepentas
dengan UFB. Kehebatan DSAI akan tergugat bila berkongsi idea dengan UFB.
Amat memalukan apabila AIC sendiri tidak yakin dengan kehebatan DSAI.
KesimpulanKesimpulannya
mudah, barangkali DSAI hanya berani cabar manusia yang tidak petah
berbicara, tidak pandai berdebat dan tidak tuntas bermain kata. Bila
ingin dipentaskan sekali dengan manusia yang ada kelebihan sama seperti
DSAI untuk tajuk yang neutral, pelbagai alasan-alasan sampah
dikeluarkan.
Orang muda dan masyarakat pintar percaya kepada kepelbagaian idea dan
pandangan dapat memberi impak yang besar kepada diri mereka. Kami boleh
menilai dan memilih yang terbaik. Kami juga mampu menggabung dan
mengharmonikan pelbagai pandangan dan idea.
Kepada AIC dan orang
di pejabat DSAI, tolong jadi matang dan terbuka. Projek pembodohan
kalian menyebabkan aku melihat agenda PKR hanyalah lakonan, retorik dan
cakap tak serupa bikin. Tiada beza pola pemikiran kalian dengan UMNO.
Bezanya, kalian belum dapat kuasa lagi.
Wallahu'alam.
Sambungan daripada sini
http://alturkistani.blogspot.com.au/2013/10/ds-anwar-ibrahim-di-adelaide.html
No comments:
Post a Comment