KETIKA berita pernikahan rahsia mereka masih hangat diperkatakan,
kini muncul pula satu lagi kontroversi panas, kononnya Wawa Zainal masih
tunangan orang ketika berkahwin dengan Aeril Zafrel.
BPop hari ini melaporkan, Wawa didakwa berkahwin dengan Aeril tanpa
memutuskan terlebih dahulu ikatan pertunangannya dengan Abdul Rashid @
Johari Hambali yang kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah
di Tawau, Sabah.
Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dikatakan
bertunang dengan lelaki dari Lahad Datu, Sabah itu pada 2010 selepas
beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MIG Talents.
Menurut Abdul Rashid yang dipetik dari BPop, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa.
Majlis pertunangan berlangsung di Lahad Datu, yang dibuat antara keluarga sahaja tanpa kehadiran mereka berdua.
Dikatakan kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di
internet, dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita
Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak didedahkan di akhbar minggu
lalu.
Menurut Abdul Rashid lagi, Wawa juga ada menghubunginya selepas berita mengenai dirinya mendapat liputan meluas media.
“Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tak
kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi, inilah risiko
bertunang dengan seorang artis.
“Tapi Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan
cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang
dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam
keadaan sekarang.
“Bagaimanapun, saya tidak mempu menutup mulut orang terutama di
kalangan keluarga yang mengetahui kami masih ada ikatan pertunangan,”
antara kata-kata Abdul Rashid yang dipetik dari BPop.
- SINAR HARIAN
BANTU DANA MAHKAMAH SAYA MELAWAN SENDIKET PERJUDIAN DAN WARGA ASING
-
Saya sedang meneruskan kes-kes Mahkamah saya tetapi untuk kali ini tanpa
bantuan dana dari sesiapa. Jadi, saya memmohon kepada sahabat seperjuangan
ya...
1 year ago
No comments:
Post a Comment