Gambar hiasan tiada kaitan dengan sistem " Electoral College" |
Kes keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO terus menyelubungi pagi Aidil Adha 70,000 perwakilan pemuda termasuk saya.
Kedua-dua penyokong berantakan dan mula menyerang satu sama lain, hanya
kerana satu sebab. Sebab pemilihan UMNO 2013 yang pertama kali
menggunakan sistem 'Electoral College' diuruskan oleh JK Pemilihan yang
kurang bijak tapi berlagak konon hanya 5 peratus masalah sahaja akan
timbul.
Saya difahamkan ketika wakil Khairul Azwan menghantar surat bantahan, TS
Tajol Rosli mengakui bahawa pihak ibu pejabat UMNO ada beberapa
kelemahan. Antaranya kekurangan kakitangan untuk dihantar bagi memantau
proses pengundian.
Jadi mereka (JK Pemilihan) menerima apa saja keputusan dihantar kepada ibu pejabat melalui online dan panggilan telefon.
Pendek kata kalau saya hantar laporan mengatakan kambing menang sebagai
pengerusi syarikat Abdul Rauf Sdn Bhd mereka hanya menerima tanpa
membuat sebarang semakan pengesahan terhadap laporan tersebut.
Itu satu hal, selepas itu mereka (JK Pemilihan) kata jika ada bukti
calon A menang di bahagian B sila serah bukti kepada mereka. Aduhai,
jika wakil calon yang serah bukti bukankah ia bakal menimbulkan rasa
tidak puas hati kepada calon B.
Kenapa tidak mereka yang turun, semak, periksa dan buat pengesahan
bahagian B calon A atau B yang menang. Barulah ia memuaskan hati
kedua-dua pihak yang bertanding!
Benda mudah macam ini JK Pemilihan tak boleh fikir?
Disebabkan JK Pemilihan gemar bermain sukan tarik tali, maka terpaksalah
saya tunjukkan senarai 76 bahagian yang dimenangi oleh Khairul Azwan
sebagaimana disahkan wakil calon yang berada di setiap bahagian pada
hari pemilihan.
No comments:
Post a Comment