Kenapa Papa Gomo Sokong Hishammuddin Hussein?



Sejak dua minggu ini ramai yang mempertikaikan sokongan Papa Gomo kepada Dato Sri Hishammuddin dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Ada sebilangan mereka kata Papa Gomo sokong Hishammuddin kerana duit, ada juga yang kata Papa Gomo gadai diri demi pangkat. Paling terok apabila ada yang kata Papa Gomo kini sudah hilang telor apabila menyokong Hishammuddin.

Apa sahaja yang dilemparkan oleh pihak pihak tersebut memang tidak berupaya untuk Gomo tutup ataupun menghentikan kata kata tersebut selain daripada memohon mereka ini membuka minda dan berfikir secara waras.

Papa Gomo menyokong Hishammuddin bukan kerana duit ataupun pangkat tetapi Papa Gomo sokong atas penilaian yang Gomo lakukan selama mana ini dalam membantu UMNO dan BN pada penggal PRU13 yang lalu. Gomo sokong Hishammuddin atas faktor kepercayaan dan amanah yang telah digalas oleh Hishammuddin dengan baik atas mandat yang telah diberikan oleh Dato Sri Najib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia.

Persepsi yang dilontarkan oleh pembangkang mengenai Hishammuddin disambut oleh ahli UMNO sendiri. Ini semua adalah kerana keputusan tidak popular oleh Hishammuddin sewaktu beliau menjawat Menteri Dalam Negeri sehingga ada yang menggelarkan Hishammuddin sebagai Menteri Amaran.

Ya memang Hisammuddin memberikan amaran demi amaran kerana strategi kerajaan waktu itu adalah untuk meminimumkan konflik yang dicetuskan oleh Pakatan Pembangkang. Mungkin ada yang tidak setuju dengan strategi tersebut, tetapi atas apa yang Hishammuddin lakukan lah negara kita terus aman walaupun Berkali kali pihak Pakatan Pembangkang melakukan serangan melalui demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Pembangkang mahu seluruh dunia melihat apa yang mereka lakukan dalam demonstrasi jalanan dan tanpa keganasan sudah pasti media Antarabangsa tidak berminat. Atas sebab tersebut lah Pakatan Pembangkang dengan bersih 2.0, 3.0, Demo Anti ISA dan demo demo lain tidak berjaya untuk membuat Hishammuddin bertindak diluar batasan dengan menggunakan kekerasan. Kita tahu jika pihak PDRM waktu itu menggunakan kekerasan terhadap pendemo Pakatan Pembangkang sudah pasti kekecohan akan merebak dan seterusnya menjadikan Malaysia sama seperti negara Islam lain yang berperang sesama sendiri akibat perebutan kuasa politik.

Papa Gomo sendiri mahu agar tindakan diambil terhadap pendemo Pakatan Pembangkang tetapi demi keamanan dan keselamatan rakyat maka ianya bagaikan menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus tepung tidak berselerak. Itulah kesukaran Hishammuddin selaku Menteri KDN waktu itu. Kita sendiri dapat lihat bagaimana pembangkang telah lakukan untuk mewujudkan kekecohan dengan lakonan drama Mati dipukul Polis. Malah Anwar Ibrahim sendiri turut sama berlakon dipukul oleh pihak Polis dan buat buat pengsan serta masuk ke dalam Hospital bagi menaikkan kemarahan penyokong mereka untuk merusuh diseluruh negara. Media asing yang kita tahu dimiliki oleh rejim Zionis juga telah siap sedia dengan liputan mereka yang memainkan sentimen Kekejaman Kerajaan agar seluruh dunia melihat apa yang berlaku di Malaysia.

Terima kasih kepada Hishammuddin selaku Menteri KDN waktu itu dan kerana itulah juga pakatan pembangkang Gagal sama sekali untuk menghasut rakyat Malaysia merusuh di jalanraya. Kerana Hishammuddin jugalah maka pembangkang kini mengelupor kesakitan apabila Gagal menjadikan Malaysia sepertimana Mesir, Syria dan negara negara Islam lain yang bergolak.

Gomo tahu apa yang berlaku dan ada juga yang Gomo tidak boleh ceritakan demi kerahsiaan negara. Gomo boleh dikatakan berani dalam berjuang dan menentang pakatan Pembangkang secara Total pada penggal PRU13 lalu. Tetapi Hishammuddin jauh lebih berani dengan mengambil keputusan untuk tidak Popular demi Keamanan1 dan Keselamatan seluruh rakyat Malaysia.

Jangan kita menilai tindakan Hishammuddin kerana persepsi yang dilemparkan semata mata. Kita wajib menilai melalui fakta yang boleh buat kita berfikir secara waras. Jawatan Menteri KDN boleh melakukan apa sahaja jika beliau Hishammuddin mahu lakukan waktu itu tetapi sebaliknya beliau mengambil tanggungjawab penuh memikul amanah yang diberikan oleh Dato Sri Najib dalam mengekalkan keamanan rakyat Malaysia.

Sedang semua calon pilihanraya sibuk di Parlimen dan Dun masing masing pada PRU13 yang lalu. D.S. Hishammuddin berminggu minggu di Lahad Datu Sabah dalam melaksanakan misinya bersama prajurit negara dalam mempertahankan kedaulatan Negara. Beliau tidak fokus soal pilihanraya di Semberong sebaliknya menjadikan Sabah negeri yang perlu dipertahankannya. Jasa dan pengorbanan beliau bukan melalui persepsi tetapi kita sendiri perlu berfikir diluar kotak mencari intipati yang tersembunyi disebalik segala tindakan yang beliau lakukan demi kemanan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Hishammuddin 4 Naib Presiden UMNO #02

- Papa Gomo
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive