Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf
kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak jika ucapannya tempoh hari
mengguris perasaan mereka.
Sebagai umat Islam, beliau memohon maaf walaupun ucapannya pada majlis
di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau beberapa hari lalu
dipetik oleh portal berita di luar konteks sebenar.
"Siapa yang dengar ucapan saya di majlis itu akan memahami apa maksud
saya mengenai bajet dan langkah menghapuskan subsidi gula.
"(Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom)
dan (Menteri Besar, Datuk) Mukhriz (Mahathir) boleh jadi saksi apa yang
saya cakap hari itu," katanya kepada media selepas mengunjungi Madrasah
Mazahirul Ulum di Bukit Choras di sini petang tadi.
Beliau diminta mengulas desakan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz
Omar dan anak kelima kepada isteri pertama bekas menteri besar itu,
Muhammad Rafi’ie Azizan agar memohon maaf di atas kenyataannya tempoh
hari.
Menurutnya, beliau hanya menyebut demi kesihatan, rakyat patut
mengurangkan penggunaan gula menjadi punca penyakit kencing manis atau
diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Saya hanya menyentuh sekali imbas mengenai Allahyarham Azizan yang
yang turut menghidapi penyakit kencing manis dan terpaksa dipotong
kedua-dua kaki ketika dimasukkan ke hospital.
"Bukan niat saya untuk merendah-rendahkannya sebab saya kenal dan
rapat dengannya. Saya juga beberapa kali melawatnya ketika berada di
hospital," katanya.
Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata,
memohon maaf jika ucapan itu mengguris perasaan banyak pihak termasuk
keluarga Allahyarham.
"Sebagai manusia, kita mungkin tidak terlepas dari kesilapan boleh bermaaf-maafan sesama kita.
"Saya tidak ada niat untuk mengguris perasan sesiapa atau menjadikannya sebagai bahan kempen pilihan raya ini," katanya.
Untuk menguatkan kenyataan itu, beliau meminta pemimpn Pas agar melihat
semula video ucapannya untuk mendapat kepastian dan kesahihan mengenai
ucapannya itu.
Muhyiddin turut bertemu dengan sekumpulan pemuda Pas selepas menunaikan
solat Asar di Masjid Bukit Choras yang ingin mendapat penjelasan
mengenainya.
"Saya memberi penjelasan keadaan sebenar dan mereka memahaminya," katanya.
BANTU DANA MAHKAMAH SAYA MELAWAN SENDIKET PERJUDIAN DAN WARGA ASING
-
Saya sedang meneruskan kes-kes Mahkamah saya tetapi untuk kali ini tanpa
bantuan dana dari sesiapa. Jadi, saya memmohon kepada sahabat seperjuangan
ya...
1 year ago
No comments:
Post a Comment