AZMIN ALI AKAN GANTIKAN TEMPAT ANWAR IBRAHIM



SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini secara berseloroh berkata, beliau bersedia menggantikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mendapat sokongan.

Ketika diajukan soalan berhubung kesediaannya, Azmin yang juga timbalan presiden PKR hanya ketawa dan bertanya kembali kepada wartawan.

You (awak) tak setuju? Kalau you sokong saya, saya OK-lah,” katanya ketika diminta mengulas pandangan seorang ahli akademik terkenal semalam.

Lebih lanjut -> SINI
Share:

SURAT 3 ADUN PKR INGKAR ARAHAN DAN TOLAK WAN AZIZAH. BILA PKR NAK PECAT?


Sebelum ini TS Khalid Ibrahim diberi tekanan kiri,kanan atas dan bawah dari partinya sendiri PKR.
Dia didesak melepaskan jawatan menteri besar Selangor kerana parti mahu beri laluan kepada Presiden mereka Wan Azizah yang juga Isteri kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Sehinggalah TS Khalid Ibrahim DIPECAT dari PKR dengan alasan beliau ingkar pada arahan parti untuk turun dan beri laluan kepada Wan Azizah menduduki jawatan MB Selangor.

ADUN-ADUN PR Selangor juga diarahkan menandatangani surat akuan sokongan terhadap calon tunggal Menteri Besar iaitu Wan Azizah bagi menjayakan misi rampasan kuasa.

Kemelut MB Selangor seakan selesai apabila Azmin Ali dilantik menduduki kerusi yang menjadi kegilaan Anwar Ibrahim dengan meletakkan Isterinya sebagai BONEKA disitu.

Selepas beberapa bulan nampak PERCAKARAN dalam PKR masih kuat dengan pendedahan surat akuan bersumpah 5 ADUN PR Selangor yang menarik balik sokongan terhadap calon MB Sebelumnya Wan Azizah.

Ini bermakna 5 ADUN ini juga telah MELANGGAR ARAHAN PARTI sama seperti apa yang berlaku pada TS Khalid Ibrahim.

Persoalannya sekarang, adakah PKR akan PECAT 5 orang ADUN ini seperti yang mereka lakukan pada TS Khalid Ibrahim?






Dan dua lagi dari DAP turut menarik balik sokongan terhadap Isteri Anwar Ibrahim.


Share:

KENAPA TENGKU ADNAN BELASAH PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN ???


Hari ini 24 November 2014 genaplah 40 tahun usia pergerakan pemuda UMNO wilayah persekutuan yang mula ditubuhkan pada 1974. Saya antara aktivis yang dijemput untuk menghadiri majlis makan malam yang diberi nama 'Malam Tautan Kasih Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan'

Secara peribadi ini adalah satu penghargaan kepada saya aktivis marhaen yang bukan dikalangan keluarga besar Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Terima Kasih diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan Saudara Razlan Rafii (LIKE FB) . Lepas ni jangan lupa jemput lagi ye..


Pembukaan majlis dimulakan dengan ucapan boss Pemuda WP saudara Razlan. Ucapan yang ringkas tapi cukup untuk membakar semangat semua AJK Pemuda bahagian yang hadir.

Berbalik pada tajuk 'Kenapa Tengku Adnan Belasah Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan'?? Sebenarnya ini kali pertama saya mendengar ucapan Tengku Adnan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah persekutuan diatas pentas UMNO. Dah tentu berbeza pengisiannya dengan ucapan beliau sebagai menteri.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan menyampaikan pesanan,amanat dan sempat juga BELASAH Ketua-ketua pemuda bahagian termasuk saudara Razlan sendiri.

Bagi saya sebagai orang luar ia teguran yang agak keras tapi mungkin bagi mereka ini adalah perkara biasa seperti ayah menegur anaknya. "Kalau ada yang tak dengar kata nanti saya rotan" antara ayat Ku Nan yang membuatkan barisan ketua-ketua pemuda bahagian ketawa kat belakang.


Banyak perkara yang Ku Nan sentuh, antara yang saya boleh tulis dekat sini adalah "Pemuda UMNO Wilayah perlu berani, kalau nak buat tu buat betul-betul, contoh pemimpin pemuda dahulu"

Dalam meraikan orang muda, yang lama tidak dilupakan. Ramai bekas ketua pemuda wilayah turut bersama dalam majlis. Bak kata orang 'Yang lama disayangi dan yang muda dikasihi'.

Terima Kasih sekali lagi dan tahniah diucapkan kepada saudara Razlan Rafii dan seluruh warga Pemuda UMNO Wilayah kerana berjaya menganjurkan majlis yang dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga kerja pemuda. Semoga warga Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan terus bersemangat dalam mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air. Salamzz..

Share:

LUAHAN IBU,PENGANJUR KARNIVAL UPIN-IPIN MESTI AMBIL MAKLUM !!!

Assalamualaikum wbt

Tuan,

Saya mewakili ibu bapa, mak ayah, atok opah dan semua org nk ucap terima kasih kepada tuan yang terutamanya kepada Les Copaque yg telah berjaya menganjurkan Karnival Upin Ipin dan Ultraman.

Surat saya ni tak formal sebab senang kot cerita mcm ni. Kalau saya tulis formal pun takut nanti masuk trash atau spam email jadi sia-sia saya menulis. Tulis kt sini untung-untung ade sesapa keje dengan pihak tuan boleh la forward..harapnye lah.

Sebelum saya tulis panjang, biar saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Salwa. Anak ada tiga. Semua hero. Yang sulung 5 tahun, yang tengah 3 tahun, yang bongsu 2 bulan setengah. Jadi faham-fahamlah kegilaan mereka pada watak Upin Ipin dan Ultraman ni.

Kalau tanya parents yang ada anak age dari 2 hingga 12 tahun ni, sape aje yang tk kenal upin ipin? Mungkin ada tapi 2 dalam 10 la kot. Sampai ke serantau asia orang kenal kan?

Jadinya tuan, jumaat malam tu kami dah sampai ke Karnival. Memang ramai orang dan jem utk tunggu parking. Dlm setengah jam macam tu dapat masuk parking di bawah. Alhamdulillah.

Walaupun penuh sesak, kami dapat jugak tengok perarakan masuk Upin Ipin dan kawan-kawan setelah bersabar tunggu setengah jam di tempat tu. Ekpresi anak bila nampak pujaan hati tu dh cukup nk bayar kepenatan.




Habis show tu, kami singgah pula di Upin Ipin store. Banyak barang dh habis malam tu. Mmg laku keras la. Mesti untung juta-juta

Hari ahad kami datang lagi dengan misi yang lain. Untuk tgk Ultraman pulak.

Walaupun drg saya dah tak bagi tgk Ultraman sejak saya terminate Astro beberapa bulan yang lalu (Youtube pun saya dh tk pasang Ultraman), tapi bila dapat tahu Ultraman nk datang (ye la iklan kat TV pun kemain banyak) makanya berjanjilah saya kepada anak-anak utk bawa pegi tgk. Kita tahu anak kita minat jadi macam mana pun mesti nk usahakan supaya dapat tgk live.

Saya rasa parents lain pun mcm tu la perasaannya.
Kan?
Kan?

Kami sampai di persimpangan trafik light depan PICC tu jam 9.56 pagi. Jem dah kawasan tu. Banyak kereta just park tepi jalan sebab give up nk masuk. Polis trafik pun dah mula sampai.  Dalam jam 10.12 pintu masuk utama PICC dah tutup utk kereta masuk sebab dalam katanya dh full.

Waaaaahh!!

Kami antara kereta terakhir yang dapat masuk. Yg lain tu mesti bengang beratur tapi tk dapat masuk main gate. Selepas tu tak pasti pula pukul berapa kereta dapat masuk semula sebab kami dh kat dalam

CADANGAN 1: Pihak penganjur panggil la polis trafik datang kawasan tu awal sikit. Jika start jam 9, sebolehnya jam 8.30 tu pun dh boleh ready. Jika polis sibuk, dapatkan krew dari pihak berkuasa kawasan tu utk kawal sebelum polis sampai.

Bila dah dapat masuk, jem pulak nk parking. Kalau berpusing-pusing pun belum tentu dapat parking. Sedikit pelik sebab dah hari ketiga jadi juga perkara ni.

CADANGAN 2: PICC ada jumlah parking kenderaan. Campur sikit dengan yang boleh parking tepi-tepi jalan. Pekerja pihak penganjur pakat la dengan pekerja di PICC yang dh selalu jaga event. Diorang seharusnya dah boleh estimate berapa kereta yang boleh masuk sebelum tutup main gate. Pakailah walkie talkie dan communicate dengan pekerja lain supaya orang tk perlu berpusing-pusing cari parking.

Kami masuk ke dalam dewan dari arah tempat pemunggahan barang. Takde dibuat orang waktu lain kot?
Dah masuk je dalam sekali tgkk..Ma sya Allah tuan, penuh tak terkata!

Dewan untuk Jejak kenangan dah melimpah ruah sampai halang laluan. Beratur panjang nak masuk. Oleh kerana kami ni mmg nk tgk ultraman je, kami terus ke Dewan Perdana. Waktu tu slot Pada Zaman Dahulu. Mmg dh penuh tapi masih boleh berjalan.

Mujur jumpa satu spot dimana booth tu kosong. Depan booth JKM. jadi dapatlah kami duduk disitu (waktu tu jam 11 pagi) sementara nk tunggu ultraman keluar pkl 1 nanti. Yang pasti, booth Julies, Vitagen dan seangkatan dengannya untung besar sebab orang panas, lapar dan bersesak sesak.

CADANGAN 3: Sediakan lah ruang sedikit utk ibu menyusukan. Dah tentu tentu ramai ibu yang umur anaknya average baru lahir sampai 12 tahun kt situ. Ruang kecil tapi akan bawa makna besar utk para ibu sebab event ni mmg event budak-budak, bukan utk kami nk bershopping pun.

Ada saya nampak ibu yg memangku bayi kecil dah terduduk di tengah orang ramai. Saya tegur dan tunjukkan spot saya duduk supaya dapat bernafas sikit ibu tu.

Jika ada yang tanya kenapa kitaorang bawa juga baby kecik mcm tu, jawapannya; abes tu sapa pulak nak jaga kalau tinggal? Lagipun ramai kot tak expect sampai mcm tu ramainya org. Mcm saya pula, saya dah tau mesti ramai orang tapi baby saya yang 2 bulan stgh tu so far alhamdulillah mmg jenis tk menangis, jadi saya confident bawa dia. Just kene kipaskan dia sepanjang masa je.

Suami saya bergilir-gilir mendukung anak sulung dan anak tengah utk tgk show di stage. Mcm mana keadaannya? Mcm ni la..



Mmg padat. Saya pasti ramai emak bapak akan lenguh bahu beberapa hari ni.

Jam 12 anak yg sulung nk pegi toilet. Walhal tadi dh pegi dah. So saya bawak ke toilet and guess what tuan? (sorry cakap omputih pulak) nak keluar dan masuk pegi toilet pun dekat setengah jam!

Dua-dua pintu stuck sebab orang keluar dan masuk di pintu yang sama.MMg membazir masa disitu. Ada yang dah jerit-jerit tak sabar, ada yang tolak-tolak

Cadangan 4: Walaupun pihak tuan letak signage 'KELUAR' dan 'MASUK', dek sebabkan orang yang datang dah ratusan ribu kot, mana la nk nampak. Apa kata hire 2 orang dengan jaket kaler stricking gila pastu tulis 'KELUAR' dan 'MASUK'. jadi orang tu boleh tolong kawal pintu tu. Ok tak?

Jam 12.35 setelah balik dari toilet, saya nak ambil anak kedua tapi tgk both kedua dan ketiga dah tertidur. Jadi suami saya jaga dan saya bersesak ke arah depan pentas utk bawa anak sulung.

Dengan badan yang dh agak kurus sikit lepas berpantang (eh?) berjaya juga menyelit kat depan sedikit. Itupun ngam2 aje utk nampak stage dengan penglihatan separa. (sebab dh ramai sgt org). Tuan tahu, orang2 di belakang saya dah mula meng&$&%*#& kerana orang didepan tak mahu bertolak ansur utk duduk.

Kami kecewa. dh 3 4 jam tunggu tapi jadi mcm ni. Seisi jeritan dan macam2 kata tak berapa nak manis bermula. Tgk la kalau dh mcm ni orangnya??


Hall dah tkde ruang utk berjalan pun. walaupun pengacara minta duduk berkali-kali tapi mereka yang kat depan tak nak dengar.

Cadangan 5: Saya tgk dari malam jumaat tu ramai krew Les Copaque berbaju hitam. apa kata tuan minta 4 orang jaga setiap penjuru dan minta parents duduk. Bila krew yang bagi arahan, drg akan ikut juga especially kalau tuan hire jenis yang badan Abg Sado... Kalau parents belakang jerit pecah anak tekak pun tkde makna de..


Akhirnya Ultraman muncul juga. Saya dah la tak berapa nk larat dukung, mujur ada brader sporting gila tolong dukung anak saya 15 minit sampai lastnya dia pun give up dan kata tak rasa dah kaki dia. Saya pun tarik je anak keluar dari kawasan tu


Of course la anak saya menangis guling-guling kan


1.25 show hampir tamat kami dah keluar dari hall. diluar hall walaupun tuan sediakan main screen, orangnya sama ramai je. Tak boleh nk jalan sampailah show habis.

Cadangan 6: Buat la dua tiga ke main screen tu. Pecahkan sikit crowd. 

banyak dah cadangan saya ni tapi ini cadangan last merangkap paling penting

CADANGAN 7, 8 , 9 dan 10: 
TUKAR LOKASI, 
TUKAR LOKASI, 
TUKAR LOKASI DAN 
TUKAR LOKASI!!!

PICC tak sesuai dengan ramainya org yg serbu. Buat la kat stadium putra ke, stadium melawati ke...
In sya allah masalah banyak dpt selesai

Apapun harapnya pihak tuan sudi la terima cadangan-cadangan saya tu. Tuan mesti nak ramai lagi datang lepas ni kan? Jadi janganlah kecewakan kami para ibu bapa yang berhempas pulas bergolok gadai berpeluh sakan sebab nk ke karnival ni

Sekian,

Emak 3 hero yang sangat bertabah

Nota tambahan:
Ini adalah pandangan peribadi saya. Tidak mewakili mana-mana pihak dan mana-mana individu. Jika ada yg rasa 'eh, tk mcm ni pun?" maka itu hak anda dan perasaan anda juga. Jadi saya hormati. Oh, timing tu yang saya ingat lebih kurang lah. Mungkin ada gap seminit dua.

chill!

Sumber: SALWASALEH dot com


BELA: Ada juga plan nak bawa anak-anak datang enjoy dekat karnival ni, memang dah jangka yang datang ramai gila sebab tengok gambar dari hari pertama lagi.

Bila nak pegi sesi Ahad pun ada je halangannya, last sekali tak pergi lansung.. Kita merancang Allah yang menentukan. Kalau tak senasib lah dengan Puan Salwa Saleh tu. Huhu..
Share:

HAPUS SUBSIDI RON95, ORANG KAYA MENGAMUK !!!

Ramai yang menzahirkan kemarahan apabila kerajaan umum untuk menghapuskan subisdi Petrol RON95 dan Diesel. Disebalik kemarahan tu ada yang kita perlu tahu apa manfaatnya kepada rakyat.

Siapa yang marah? Siapa yang untung? Siapa yang rugi?

Apaguna kalau kerajaan habis BERBILION RINGGIT MALAYSIA setiap tahun untuk subsidi petrol jika ia hanya akan menguntungkan orang-orang kaya berkereta mewah?

Istilah subsidi itu sendiri bermaksud bantuan. Jadi apa perlu kerajaan bantu orang kaya berkereta mewah jika mereka sudah mampu untuk membeli minyak tanpa subsidi?



Petikan dari Facebook:
Tiada lagi subsidi untuk minyak RON95 dan Diesel bermula 1 Disember 2014.
Tak dinafikan ramai yang marah, sebab apa sebab mula-mula sekali yang mereka fikir adalah akan lebih terbeban apabila subsidi dihapuskan.

1) Kita kena tahu yang harga minyak dunia sekarang berada dalam trend menurun dan mungkin akan turun lagi sehingga tahap dibawah RM2.30 seliter seperti sekarang.

2) Kerajaan beri subsidi atau kata lainnya bantuan pada setiap liter minyak yang rakyat isi di stesen minyak pada ketika harga pasaran minyak dunia tinggi.

3) Harga minyak RON95 dan Diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal atau lebih mudah faham ikut harga pasaran dunia sama seperti minyak RON97 yang ada sekarang.

4) Apa baiknya bila RON95 tiada subsidi dan ikut harga pasaran dunia?

i) Wang rakyat (Subsidi) yang dibakar oleh orang-orang kaya,rakyat asing,penyeludup akan dapat diselamatkan.

ii) Kerajaan dapat jimbat berBILLION Ringgit Malaysia setiap tahun dari terus dibakar.

iii) Hasil penjimatan ini boleh disalurkan terus kepada golongan sasar, ataupun pembangunan lain.

-------------------------------

Harapan: Kalau sebelum ni kerajaan membelanjakan wang bagi subisidi untuk bantu rakyat membeli minyak RON95 dan Diesel.

Apalah salahnya jika kerjaan fikirkan mekanisma lain untuk terus bantu ringankan beban rakyat atau lebih tepat lagi kumpulan sasar yang memang sepatutnya mendapat bantuan.

Sebagai contoh Bantuan Minyak 1 Malaysia ke atau apa sahaja yang sesuai asalkan beban kos sara hidup sekarang dapat dikurangkan.

Sumber: ZAPA - Aktivis Media Sosial (CLICK)
Share:

[VIDEO] CHEGUBARD TAMPAR AZMIN ALI !!! [GANAS]


Rumah PKR bergoncang sekali lagi apabila Badrul Hisham Shaharin muncul dalam sidang media menghentam menteri besar Selangor yang baru iaitu Azmin Ali.

Sebelum ini Badrul yang lebih dikenali dengan gelaran Chegubard membongkarkan terdapat unsur RASUAH di dalam PEMILIHAN PKR yang melibatkan Azmin Ali dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR julai lepas.

Chegubard mendesak PKR untuk siasat dan ambil tindakan segera terhadap calon Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kerana didakwa MERASUAH Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP). Tapi sampai hari ini lansung TIADA TINDAKAN diambil PKR kepada Azmin Ali walaupun laporan yang diberi lengkap bersama bukti. Beratus laporan dibuat terhadap Azmin tapi lansung tiada tindakan dibuat. Tonton Video dibawah..



Siapa tak kenal dengan PKR? Parti yang sarat dengan rasuah,salahguna kuasa dan kepincangan disetiap peringkat. Silatnya mudah saja, apabila PKR terpalit isu RASUAH dan SALAHGUNA KUASA mereka akan menyalahkan UMNO.

Didalam ceramah-ceramah mereka tidak lekang dari tuduhan dan FITNAH mengatakan UMNO ini parti rasuah,kroni dan sebagainya. Ini antara propaganda JAHAT PKR ajaran Anwar Ibrahim untuk menutup pekong mereka sendiri.

Halakan kesalahan sendiri kepada orang lain berulang-ulang kali sehingga rakyat akan lupa betapa jijik dan jahatnya PKR yang menjadikan unsur RASUAH sebagai makanan HALAL kepada mereka.

Jadi apa lagi yang penyokong dan MACAI Azmin Ali nak banggakan selepas dia dilantik menjadi Menteri Besar Selangor?Aksi masuk longkang, masuk tong sampah yang kononnya macam Presiden Indonesia Jokowi? Menang timbalan Presiden PKR pun dengan RASUAH.

[BERITA] Azmin Ali Jangan Tiru Jokowi - CLICK

Tiada apa pembaharuan yang dia lakukan kepada Selangor selain dari meneruskan apa yang telah dibuat menteri besar lama.


Ini bermakna rakyat Selangor sekarang punya menteri besar KAKI RASUAH yang merampas kuasa selepas melakukan KEZALIMAN terhadap menteri besar yang lama.

Fikir-fikirkan wahai Anak Selangor.. Salamzzz...
Share:

AKSI AZMIN ALI PANCUT DALAM BAS !!! [DEWASA SAHAJA]


Azmin Ali oh Azmin Ali... Ingat Azmin ingat Ice Cream.. Ingatkah kita dengan isu ice cream dulu? Oh itu isu lama masa dia belum jadi Menteri Besar.. Azmin ni memang 'Real Politician' sebab dia boleh buat dek je isu tu sampailah orang lupa dan malas nak sebut dah..

Kali ni kita bukan nak cerita pasal isu panas ke apa.. Tapi ada juga lah kaitannya dengan tajuk 'PANCUT DALAM BAS' tu.. Walaupun istilah yang lebih tepat adalah 'Sembur'..
Apa ingat saya tak reti bahasa Melayu ke? Hahaha..


Nahh! Aksi Azmin Pacut / Sembur dalam bas.. Apa yang pelik dalam gambar ni? Disebabkan dia terlalu sangat nak jadi macam Jokowi (hakikatnya tak setanding lansung) macam-macam aksi lakonan lah yang dia buat.. Jadi tak jadi lakonan tu perkara no2 yang penting kena tunjuk dekat rakyat yang kononnya dia rajin kerja sampai tahap masuk dalam longkang. Kikiki...

 Aksi konon rajin Azmin ni jadi bahan 'Troll' pengguna laman sosial terutamanya Facebook.
Ini antara posting Facebook yang mampu buat saya tersengeh macam kerang rebus.

Posting dari Facebook: Aznil Hisham (CLICK)
1- 98% pencegahan demam denggi/ pembiakan nyamuk adalah dengan menjaga kebersihan alam sekitar / air bertakung. Bukan dengan Resect.

2- Jarang2 sangat ada air bertakung dalam bas. Kalau ada pun, jarang2 sgt ada jentik2. Kalau ada jentik2 dlm bas, itu dah cukup pelik. Maka nyamuk jarang2 ada dlm bas.

3- Kalau nyamuk ada dlm bas pun, depa suka tempat yg gelap seperti bawah kerusi. Yg hang pi sembuq kat lampu tu kenapa? Itu sebab bila org mai fogging, depa fogging dlm2 longkang & tempat2 tersembunyi. Tak pernah depa fogging lampu jalan.

Itu bukan bunuh nyamuk. Itu nak bunuh kalkatu.

Azmin dah salah kempen ni..

Dari A sampai Z : Epic Fail




Ini pula petikan ayat dari Blogger Sangkakalajari9 (CLICK)

Apa le nasib rakyat Selangor dapat Menteri Besar dengan exco yang macam ni, nak kata bangang jawatan tinggi sebagai pemimpin negeri, tak kata bangang, nampak sangat kebodohannya pulak.
Jom kita tengok pula statistik terkumpul dari Januari sampai 6 Februari 2014. Negeri Selangor menjuarai kedudukan liga denggi seluruh Malaysia. Bangga kan?
Cerita penuh pasal masalah Denggi, Sampah, Banjir ada dalam blog ni TunFaisal[dot]com (CLICK)

Share:

DARI PUTRAJAYA KE SELANGOR ? APA LAGI KAU MAHU ?



Ini susulan dari artikel sebelum ini yang mengulas dan melontarkan persoalan Siapa Dalang Serang Hendap UMNO Selangor ??? (CLICK) Soalan yang sama dilontarkan oleh rakan blogger MEGATSPY (CLICK) iaitu:


"Siapakah dalang disebalik 'perancangan' itu?

Dari orang UMNO sendirikah?
Dari orang luar UMNO kah?"

Mungkin semua persoalan ini akan terjawap tak lama lagi atau dengan kata lain 'Kita tengok siapa yang kena' Heh3..

Kalau PKR terkenal dengan operasi 'Langkah Kajang' yang disusun rapi untuk menumbangkan kepimpinan menteri besar Selangor yang lepas iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Perancangan yang mereka buat bukanlah sehari dua sehinggalah TSKI dipecat dari PKR dan melepaskan jawatan Menteri Besar.

Kini seolah-olah 'Teori' yang sama berlaku di dalam kepimpinan UMNO Selangor. Cuma jalan ceritanya agak berbeza.

Kalau PKR punya cerita 'Dari Kajang ke Putrajaya', kini kita punya cerita baru iaitu 'Dari Putrajaya ke Selangor'. Atau lebih tepat lagi UMNO Selangor..

Bukan baru kita dengar tentang sikap 'TAMAK' segelintir pemimpin ( pemimpin ke dia?:P ) yang sentiasa mengintai peluang untuk menjana lebih kekayaan untuk diri dan keluarga.

Keluarga 'BANGSAWAN' tamak seperti ini lah yang akan merosakkan Kerajaan dan parti UMNO khasnya.

Adakah 'BANGSAWAN' ini layak untuk ambil alih kepimpinan dan menguatkan UMNO Selangor?
Atau kita bakal melihat kehancuran yang dasyat jika kumpulan 'BANGSAWAN TAMAK' ini diangkat menjadi pemimpin tertinggi parti di Selangor.

Bersyukurlah dengan apa yang sudah dimiliki sekarang, duduklah dengan selesa di Putrajaya sana. Jalankanlah amanah sedia ada dengan sebaiknya.

** Masih samar siapa Dalang? 'Kita tunggu dan lihat siapa yang kena' .. Salamzz..
Share:

[VIDEO] AHLI PARLIMEN DAP KENA TAMPAR DI PARLIMEN !!!



Siapa yang tak kenal dengan sikap racist dan kurang ajar pemimpin DAP, tak kira Ketua Menteri, Ahli Parlimen, ADUN sampailah pemimpin bawahan.

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming tempoh hari bangkit dan mengatakan kedudukan Malaysia antara yang terendah dalam indeks 'Kebebasan Bersuara' dunia. Kedudukan Malaysia itu amat memalukan  kata Nga.

Negara kita sekarang menghadapi kekangan media, Nga Kor Ming mengaitkan dengan Portal FITNAH pro pembangkang MalaysiaKini yang GAGAL mendapat kelulusan dari KDN untuk menerbitkan 'Surat Khabar' tambah Nga dalam soalan yang ditujukan kepada menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Dato Sri Shabery Cheek. Apa jawapan Menteri? Sila tonton Video di bawah.




Nak kenakan kerajaan last sekali diri sendiri yang malu. PADAM MUKA kau Nga Kor Ming!!!
Video bawah ini giliran Ahli Parlimen DAP Seremban pula kena tampar dengan menteri.

Share:

Siapa Dalang Serang Hendap UMNO Selangor ???


Isu UMNO Selangor lembab dan sebagainya cukup panas diperkatakan akhir-akhir ini.
Ini rentetan dari teguran pedas presiden UMNO Dato Sri Najib Razak sendiri ketika memberi ucapan dan merasmikan Konvensyen UMNO Selangor 2014 di PWTC tempoh hari.

Tidak cukup UMNO Selangor dihentam kiri,kanan atas dan bawah, kini muncul pula spekulasi untuk menukar Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor iaitu Dato Sri Noh Omar seperti yang ditulis oleh blog Pena Tanah Melayu (Click)

Saya setuju dengan pendapat dari penulis Pena Tanah Melayu yang mengatakan "Tindakan seperti ini hanya akan menyebabkan perpecahan yang lebih besar dalam pentadbiran UMNO Negeri dan tidak membawa keuntungan untuk ahlinya juga"


Dalam penulisan lain bertajuk "Yang Mana Satu Ganti Noh Omar Di Selangor" seperti dalam print screen di atas. Soalan saya apakah niat penulis artikel dalam portal POST METRO ini? Yang boleh saya katakan BERNIAT JAHAT dan mahu melaga-lagakan pemimpin di UMNO Selangor.

Apakah agenda mereka sehingga mengeluarkan spekulasi dan meletak nama-nama pemimpin tertentu sebagai 'option' untuk menggantikan pengerusi perhubungan sekarang?

Soalan saya seterusnya, adakah POST METRO mendapat arahan dan dibayar oleh pihak tertentu untuk melakukan spekulasi seperti ini?

Ini bukan masanya untuk memburukkan lagi keadaan, sebaliknya kita harus turut sama membantu dalam memperkuatkan lagi UMNO sebagai parti keramat orang Melayu umunnya dan UMNO Selangor khasnya.

Tidak salah kalau kita nak buat teguran atau kritikkan asalkan ia dengan niat untuk kebaikan parti,pemimpin dan seluruh ahli-ahli seperti yang saya tulis sebelum ini UMNO Selangor lembab ! Harus ditelan walaupun pahit !(CLICK)
Untuk jawapan kepada persoalan 'Siapa Dalang Serang Hendap UMNO Selangor ???' kita tunggu artikel yang seterusnya... Salamzz...

Penulisan lain tentang 'Spekulasi Tukar Noh Omar' - SINI , SINI
Share:

UMNO Selangor lembab ! Harus ditelan walaupun pahit !


"UMNO Selangor lembab"
ini antara ungkapan yang keluar dari mulut presiden parti sendiri Dato Sri Najib Razak. Jelas sekali presiden tak mampu nak pendam lagi apa yang beliau rasa selama ini.
Pagi semalam 1 November 2014 Dato Sri Najib Razak hadir merasmikan Konvensyen UMNO Selangor 2014 yang berlansung di Dewan Tun Razak PWTC.



Banyak amanat dan pesanan beliau berikan kepada para perwakilan UMNO Selangor yang hadir. Tidak kurang juga dengan teguran pedas dan kena tepat pada muka para pemimpin UMNO dalam negeri ini. Biarpun pahit tapi harus kita telan.

Bagi pendapat saya memang selayaknya UMNO Selangor mendapat teguran pedas sebegitu agar mereka yang berkenaan bangun dari mimpi dan tidur yang lena. "Hanya UMNO yang mampu pertahankan orang-orang Melayu di negeri Selangor" ini antara ungkapan yang sering kita dengar tapi apa maknanya kalau berbalah sesama sendiri, cantas mencantas dan sebagainya.

Ini adalah punca utama kekalahan lebih banyak kerusi DUN dari 20 pada PRU12 kepada hanya 12 pada PRU13. Umum tahu gabungan parti pembangkang di Selangor DAP,PKR dan PAS tidak sekuat mana apabila mereka sering berhadapan krisis pertembungan terutamanya dalam rumah PKR yang mana berlaku perebutan hebat jawatan Menteri Besar.

Sekali lagi UMNO Selangor gagal ambil kesempatan atas masalah dalaman parti lawan. Mungkin disebabkan masalah dalaman parti sendiri yang melemahkan segalanya. "Bersatulah orang UMNO, demi Agama Bangsa dan Tanah Air"

Pandang ke hadapan, PRU14 misi kita menawan semula Selangor negeri terkaya dalam Malaysia. "Bersatulah wahai UMNO rampas semula Selangor yang sudah kita bina".
PRU14 adalah pentas anak muda apabila 65% pengundi pada pilihanraya akan datang adalah dari saluran muda.


UMNO Selangor bukan sahaja harus tapi mesti, mesti, mesti mendekati mahasiswa dan kumpulan profesional muda dari setiap pelusuk negeri. Cari dan beri peluang kepada mereka berada di pentas-pentas utama UMNO. Beri peluang kepada mereka menyumbang idea segar kepada parti.
Jangan lagi ada 'Penghalang' kepada mereka. Hanya kerana kita takut hilang pengaruh dan sokongan kepada diri sendiri. Parti lebih penting dari pengaruh peribadi !

Percaya atau tidak masih ramai diluar sana tegar menyokong UMNO. Ramai anak muda sebenarnya lebih percaya kepada UMNO walaupun mereka masih belum menjadi ahli.
Ada yang sentiasa membantu dan berjuang walaupun mereka bukan ahli parti. Kadangkala mereka lebih UMNO dari ahli UMNO sendiri.

Semoga UMNO Selangor terus mara ke hadapan mengorak langkah dan strategi menguatkan jentera bagi menghadapi peperangan politik yang tidak sampai 5 tahun lagi. Terimalah segala teguran mahupun kritikan walaupun pedas tapi akhirnya ia akan memberi kebaikan kepada semua.

- Rakyat Marhaen -

Pemimpin UMNO harus sedar diri - Petikan dari SelangorPress
Lagi cerita UMNO Selangor SINI
Share:

VIDEO LUCAH USTAZ AZHAR IDRUS: AGENDA JAHAT ANWARINAS !



KUALA TERENGGANU: Pembantu Ustaz Azhar Idrus (UAI), Zulkifli Wahab, menyifatkan penyebaran klip video lucah yang dikaitkan dengan penceramah terkenal itu sebagai usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama.

Sambil menafikan pelaku dalam rakaman video itu adalah UAI, Zulkifli berkata ia juga usaha pihak berkenaan untuk menggagalkan penyebaran dakwah dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya... itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

"Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata kesedaran dan minat tinggi masyarakat Islam di negara ini menghadiri pelbagai program agama dan ceramah hingga mencetuskan satu fenomena yang menyebabkan pihak tertentu tidak senang duduk.

"Tengok sajalah program 'I Want To Touch A Dog'... itu juga satu daripada usaha kotor untuk menjatuhkan golongan ulama dan ilmuwan Islam, selain memesongkan akidah umat Islam dan meruntuhkan keteguhan Islam di negara ini.

"Mereka sengaja merancang usaha kotor ini dan mereka akan buat apa saja untuk merosakkan Islam di negara ini," katanya.

Ditanya penerimaan UAI berhubung penyebaran klip video itu, Zulkifli berkata UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.


Share:

UPTOWN SHAH ALAM TERBAKAR, YB RODZIAH ISMAIL AMBIL KESEMPATAN ???


Dalam keadaan peniaga uptown Shah Alam yang masih lagi bersedih atas kemusnahan hasil titik peluh mereka selama 8 tahun.

Ada pula pemimpin dari PKR mengeluarkan kenyataan menuding jari kepada pihak pengurusan Uptown seperti yang dilaporkan oleh Portal SelangorPress.com (CLICK)


Sebagai seorang Wakil Rakyat bagi DUN Batu Tiga yang juga berada dalam parlimen Shah Alam sepatutnya bersikap lebih bertanggung jawap, bukannya ambil kesempatan untuk menadapat publisiti murahan.

Soalan saya apakah bantuan atau sumbangan YB Rodziah Ismail kepada peniaga-peniaga Uptown Shah Alam pada saat mereka mula-mula bertapak di situ sejak 2006 yang lalu?

Pelbagai cabaran dan dugaan yang peniaga Uptown Shah Alam hadapi untuk memajukan perniagaan mereka dan secara tak lansung dapat menjadikan Seksyen 24 Shah Alam antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi.

Selain itu YB Rodziah Ismail juga berkata "Perniagaan kecil-kecilan seperti di UpTOWN ini
seharusnya memberi peluang kepada para usahawan yang baru"


Dan "Ia sewajarnya tidak ditawarkan kepada usahawan yang sudah maju dan berupaya membina
kegiatan perniagaannya di tempat lain" tegas beliau.


Kenyataan ini amat mengguris hati ramai peniaga disana yang telah berusaha dari bawah sehinggalah apa yang mereka ada sebelum ianya semua terbakar hangus.

Saya ingin mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada pengundi di DUN Batu Tiga kerana anda telah memilih seorang wakil rakyat yang sangat bijak.

Nak tahu apa respon dari peniaga? Tunggu artikel seterusnya.. Salam...

LAGI CERITA TENTANG UPTOWN SHAH ALAM CLICK SINI
Share:

#CB204 - 2 ANGGOTA TLDM SELAMAT TIBA DI PANGKALAN

KOTA KINABALU: Dua kru bot tempur CB204 yang mengalami masalah kesihatan serta terkena renjatan elektrik, tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, jam 6.13 petang tadi.

Bintara Kanan Charles Christopher Muni, 39, dan Bintara Muda Steve Hudson Miso tiba dengan helikopter Super Lynx dari KD Lekiu di perairan pantai barat Sabah.

Sebaik tiba, mereka dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu di Pangkalan TLDM itu untuk rawatan segera.

Share:

PAS Selangor setuju promosi Pesta Arak ???

Sebelum PRU, PAS kata kalau menang nak tutup kilang Arak di Selangor.. Tapi bila dah menang apa yang mereka tutup? Pesta arak besar-besaran ni apa tindakan PAS Selangor? Terus tidur ?

Lebih lanjut.. CLICK
Share:

#MinyakNaik, Kurangkan Subsidi, Kerajaan Zalim ???



PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan mengurangkan subsidi minyak adalah untuk kebaikan rakyat dan negara untuk jangka panjang.
 
Perdana Menteri berkata, subsidi yang terlalu besar nilainya boleh memudaratkan ekonomi negara.
Justeru, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, akan mengumumkan pelbagai langkah untuk membantu rakyat menghadapi kesan pengurangan subsidi minyak dalam Bajet 2015.

"Kerajaan sudah tentu memikirkan apa usaha untuk bantu rakyat termasuk memberi bantuan secara terus kepada mereka," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian 505 lembu korban untuk Parlimen Pekan dan semua bahagian UMNO di Pahang, sebentar tadi.
Share:

RUMAH MAMPU MILIK MASIH TAK MENCUKUPI ! KENAPA ???



Kuala Lumpur –  Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyarankan kerajaan untuk menghentikan penjualan tanah kepada pemaju tetapi sebaliknya menyediakan tanah untuk dibangunkan dengan perumahan awam dan rumah mampu milik.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti FELDA atau mana-mana Yayasan juga perlu wujudkan skim sewa beli kepada golongan sasar yang mana gagal mendapatkan pinjaman darpada institusi perbankan.

“Sebagai contoh, Yayasan Wilayah Persekutuan yang membantu memberikan pinjaman kepada penduduk yang berkeinginan membeli rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diduduki tetapi mempunyai masalah kewangan,” katanya di dalam satu kenyataan media.

Saranan-saranan ini telah dikemukakan oleh pihak Pemuda Umno di dalam satu memorandum usul Bajet 2015, kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semalam.

Mohd Razlan berkata kaji selidik yang dilakukan dalam laman sosial, Facebook mendapati antara sebab anak muda gagal memiliki rumah adalah sukar untuk mendapat pembiayaan perumahan daripada bank disebabkan faktor gaji kerana harga jualan rumah paling rendah sekitar RM300,000 ke atas.

“Jika dilihat pada tangga gaji lepasan Diploma bermula sekitar RM1,300 sehingga RM2,000 dan lepasan Ijazah pula RM1,900 sehingga RM3,000 sebulan, sudah tentu tidak memungkinkan seseorang itu merealisasikan hasrat memiliki rumah sendiri.

“Walaupun tidak dinafikan Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk insentif seperti projek PR1MA, namun ia tetap gagal dimiliki oleh golongan sasar kerana terdapat syarat-syarat yang terlalu ketat dikenakan oleh pihak bank untuk memberi pinjaman.

“Mungkin sudah tiba masanya pihak bank melonggarkan sedikit syarat atau memberi skim pinjaman istimewa untuk golongan memerlukan bantuan membuat pembelian rumah pertama,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, mengambil kira faktor keperluan rumah mampu milik hari ini, mungkin kerajaan boleh memikirkan satu projek perumahan yang dinamakan sebagai Bandar Belia sebagai perintis bagi memacu demografi Malaysia.
Share:

MODEL BARU PROTON 2014 - 'PROTON PENCURI' ! KANTOI !


Share:

NIK ABDUH BELASAH PKR ! PKR PENGKIANAT !



KUALA LUMPUR
: PKR juga merupakan pengkhianat terhadap setiakawan PAS dalam Pakatan Rakyat, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berkata, tindakan PKR mengiktiraf sokongan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Shaari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu merupakan satu pengkhianatan.

Katanya, pengkhianatan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh PAS sebenarnya bermula apabila Shaari dan Hasnul  bekerjasama memberi sokongan kepada Presiden PKR.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak sendirian apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri dan dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

"Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.

"Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR-  pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pengkhianatan yang berlaku itu, Nik Abduh menjelaskan Abdul Hadi mempunyai dua pilihan iaitu mendorong PAS keluar dari Pakatan Rakyat atau bertindak dengan lebih budiman dengan memberi peluang agar mampu memperbaiki keadaan.

"Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR," katanya lagi.
Share:

MALAYSIA BOLEH CAPAI TARAF NEGARA MAJU LEBIH AWAL !!



KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin boleh mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi lebih awal daripada sasaran, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata jumlah pendapatan per kapita rakyat Malaysia yang meningkat kepada US$10,500 pada tahun ini, melebihi sasaran awal kerajaan iaitu sebanyak kira-kira US$9,000.

"Justeru itu, saya yakin bahawa kita akan mencapai sasaran negara maju berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita US$15,000 menjelang tahun 2018," katanya pada majlis Penerangan Perdana GST hari ini.

Beliau berkata kerajaan bukan sahaja mementingkan ekonomi negara (melalui keluaran dalam negara kasar) tetapi turut menitik beratkan ekonomi rakyat.

Tegasnya, tiada erti Malaysia mencapai taraf negara maju jika terdapat golongan yang tidak mampu menangani kos sara hidup yang kian meningkat.

"Di bawah SST (cukai jualan dan perkhidmatan), secara nisbah, dari enam buah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hanya sebuah sahaja yang membayar cukai.

"Kalau begitu, bagaimana kerajaan mahu menyediakan lebih banyak peruntukkan untuk membangunkan ekonomi rakyat?," katanya.

Husni berkata terdapat lima komposisi cukai dalam SST yang telah dikenakan kepada pengguna tanpa mereka sedari, manakala dalam GST hanya terdapat satu komposisi iaitu sebanyak enam peratus.

"Terdapat negara yang pendapatan per kapitanya di bawah US$1,000 pun sudah melaksanakan GST, mengapa kita tidak mampu? (untuk melakasanakannya)," katanya.

Seminar sehari ini dihadiri lebih dari 1,500 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil kerajaan, golongan peniaga, GLC dan golongan belia.
Share:

NIK AZIZ HASUT KHALID IBRAHIM SUPAYA SAMAN PKR !!!




Kuala Lumpur – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mengambil tindakan mahkamah terhadap parti Keadilan Rakyat kerana memecat beliau yang disifatkan sebagai satu tindakan yang memalukan.


“Kalau saya jadi menteri besar Selangor, saya (akan) bawa kes ini ke mahkamah kerana memalukan saya.

“Kenapa pecat saya (kerana) soal pecat ini bukan perkara main-main, memalukan” ujar kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Nik Aziz turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan PKR yang dilihat membelakangkan PAS dalam membuat keputusan.

“Dua keputusan yang dia (PKR) buat (sebelum ini) tidak diberitahu kepada kami, sebagaimana yang disebut oleh Tok Guru Abdul Hadi.

“Saya merasa risau” katanya lagi.

Hadi sebelum ini membidas PKR yang membuat keputusan tanpa berbinang terlebih dahulu dengan PAS selaku rakan sekutu di dalam pakatan rakyat ketika parti itu mahu melaksanakan ‘Langkah Kajang’.

“Tiada mesyuarat (perbincangan) sedar-sedar kita (PAS) diberitahu dan kita menyatakan tidak bersetuju.

“Ini bukan caranya, rakyat baru sahaja mengahadapi pilihanraya (umum) kemudian nak adakan pilihanraya (PRK DUN Kajang) pula, ini tidak betul″ tegas Hadi ketika sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau turut dengan lantang mempersoalkan kepincangan yang berlaku khususnya dalam perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
www.suara.tv
Share:

DAP,PKR DERHAKA PADA SULTAN. ANAK SELANGOR MARAH !


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang ingkar terhadap titah baginda apabila hanya menyenaraikan satu nama untuk calon menteri besar yang baharu.

Tindakan kedua-dua parti itu menggambarkan mereka biadab kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada baginda.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Sultan Selangor, kedua-dua parti ini menunjukkan kebiadapan mereka terhadap institusi Raja dan satu perbuatan derhaka kepada titah D.Y.M.M Sultan Selangor.

Menurut Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M Sultan Selangor, Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani baginda Sultan mempunyai kuasa dan budi bicara bagi memilih Menteri Besar untuk mentadbir negeri Selangor dalam keadaan baik.

Malah atas budi bicara baginda juga, baginda berhak memilih sesiapa saja sebagai Menteri Besar walaupun bukan daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dalam parti Pakatan Rakyat.

Sumber: Selangor Press
Share:

Iskandar Samad Menteri Besar Selangor baru?



KUALA LANGAT — Pesuruhjaya PAS negeri Iskandar Abdul Samad dijangka akan meneraju kerajaan negeri Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Beliau dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider (TMI) dipetik sebagai telah mengadap DYMM Sutan Selangor di Istana Kayangan pagi tadi.

TMI turut melaporkan bahawa istana telah mengeluarkan arahan kepada tiga exco kerajaan negeri untuk mengadap tuanku secara berperingkat.

“Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu.

“Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” tulis TMI.

Semetera itu lidah rasmi kerajaan negeri, Selangorkini, melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan seluruh perkara berkaitan kerusi panas itu kepada baginda tuanku.

Khalid juga mengaku telah diarahkan untuk berdiam diri mengenai perkara tersebut dan hanya menumpu seluruh perhatian kepada pentadbiran negeri.

“Saya diminta supaya tidak buat apa-apa kenyataan dalam hal ini sebab saya dinasihatkan adalah lebih baik sekiranya Menteri Besar memberikan tumpuan kepada pentadbiran negeri daripada melibatkan diri dengan perbincangan jawatan Menteri Besar baru,” ujar Khalid seperti dipetik oleh Selangorkini.

Sementara itu, sumber yang telah Selangorpess perolehi memberitahu bahawa Iskandar Abdul Samad yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) kawasan Cempaka telah menghadiri satu majlis tertutup di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) setelah meninggalkan istana.

Tidak dimaklumkan majlis apakah yang dihadiri Iskandar dan siapakah yang berada di dalam majlis tersebut.

Untuk rekod, Abdullah Sani dari PKR merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat.

Selangorpress pernah melaporkan bahawa Abdullah Sani menjadi bayang-bayang dalam program-program yang dihadiri oleh Adun Morib Hasnul Baharuddin semenjak beliau menyatakan sokongan terbuka kepada Adun Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menandatangan surat akuan bersumpah bersama Adun PAS Hulu Klang Saari Sungip.
- See more at: http://www.selangorpress.com/?p=3175#sthash.kPgSNi0w.dpuf
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive