APA ISTIMEWANYA 'DATUK SERI' NI ???

Ahli perniagaan berusia 29 tahun bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa menyerang tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan lampau berkaitan dadah.

Liow Soon Hee, 29 tahun minta dibicarakan terhadap tuduhan di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Majistret Namirah Hanum Albaki menetapkan 4 Disember 2017 ini untuk pendengaran kes.


Dalam artikel yang lain mendedahkan Misteri Di Sebalik Lelaki Bergelar Datuk Seri ini.

Nicky Liow lelaki muda yang bergelar “Datuk Seri” menjadi perhatian umum di seluruh negara gara-gara bertindak memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Perhatian yang diberikan oleh media, rakyat terutama netizen di media sosial dilihat berterusan sehingga ke hari ini.

Punca Nicky Liow memukul tiga anggota RELA tersebut kerana diminta untuk mengalihkan kenderaan yang halang laluan selepas diletakkan di tepi jalan besar.

Sebelum kejadian itu berlaku, tiada siapa pun yang menyangka isu itu menjadi lebih besar. Kalau ikut undang-undang, biarlah pihak berwajib melaksanakan tanggungjawabnya.

Namun masing-masing berhak untuk mempertahankan diri mengikut undang-undang sedia ada di negara ini. Cuma apa yang agak menarik perhatian umum adalah mengenai lelaki muda bernama Liow Soon Hee, 29, apatah lagi beliau telah diberikan gelaran “Datuk Seri” pada usia muda.

Ramai yang ingin tahu apa yang istimewa mengenai individu yang bernama Liow ini, sehingga memperolehi gelaran dan darjah kebesaran pada usia muda.

Malah ada di kalangan netizen telah mewujudkan satu laman web, “Freenicky.com”, sebagai tanda sokongan dan simpati kepada beliau. Mengikut laman web itu, mereka mewujudkan satu petisyen dan mensasarkan 100,000 sokongan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa. Dan sehingga ke saat ini, laman web itu telah mencapai lebih 24,000 sokongan.

Persoalannya, siapa Nicky Liow ini ?

Di kalangan sahabat Cina, Melayu dan India, beliau dikenali sebagai “Nicky”, dikatakan seorang dermawan, gemar bersosial dan aktif dalam persatuan perniagaan dan dekat di hati masyarakat bawahan.


Di sebalik kontroversi yang melanda susuk tubuh bernama Nicky Liow ada kebaikannya. Menurut maklumat yang diperolehi, Nicky Liow lahir dalam keluarga yang sederhana, mempunyai empat adik beradik.

Sebagai orang muda, Nicky Liow mempunyai wawasan dan memulakan pengembaraan menerusi perniagaan sosial sewaktu berusia 24 tahun. Dalam tempoh yang singkat, Nicky Liow mencapai satu kejayaan yang luar biasa sebagai seorang usahawan muda, lalu beliau mewujudkan Kumpulan Perniagaan Winner Dynasty.


Kekayaan dan kemewahan beliau bukan sekadar untuk diri sendiri kerana Nicky Liow percaya kejayaannya perlu dikongsi bersama masyarakat yang lain.

Hasilnya Nicky Liow menderma sebanyak RM250,000 bagi tujuan membina semula pusat perkhidmatan penjagaan dan bimbingan di Pahang.



Malahan, “Datuk Seri” muda ini turut menderma RM20,000 kepada Rumah Penjagaan Khas Cheras, RM10,000 (Rumah Sunray), RM888,881 (Tai Ping Keelung Kai Hua Primary School di Taiping), RM190,000 serta RM10,000 setiap bulan (Rumah Kanak-kanak Kurang Upaya di Melaka), RM50,000 serta RM10,000 setiap bulan (Pusat Perkhidmatan Sosial Pendidikan Diamond).



Di samping itu, difahamkan Nicky Liow juga turut bermurah hati dan telah menyumbangkan dua ambulans bagi kegunaan Persatuan Polis Komuniti Kebangsaan selain menderma sebanyak RM30,000 masing-masing kepada Yayasan Institut Jantung Negara dan Persatuan Parkinson Malaysia serta Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.


Tidak terkecuali keprihatinan Nicky Liow melangkau ke peringkat antarabangsa apabila beliau menderma sebanyak RM50,000 kepada Yayasan Keusahawanan Dunia bertujuan untuk memberi subsidi dan membantu pelajar miskin untuk memperlajari Bahasa Inggeris secara dalam talian serta pelajar yang memerlukan beg sekolah.


Tidak terhenti di situ, beliau juga mengusahakan bantuan kepada Sekolah Rendah Harapan Mongolia di Guam, Baotou City, Wilayah Autonomi Mongolia. Selain itu beliau turut menyumbang kepada pembinaan Sekolah Rendah Harapan di Shibao, China.
Kerana sumbangan-sumbangan inlah, Nicky Liow mendapat perhatian dan pengiktirafan apabila dianugerahkan sebagai “Social Entrepreneur of the Year Award”  oleh World BrandLaureate SMEs Bestbrands Award 2015-2016 pada Mac 2016.

Selain itu, pada bulan Oktober 2016, Nicky Liow sekali lagi  diiktiraf sebagai “Excellent Emerging Entrepreneur (E-Commerce)” di 15th Asia Pasific International Entrepreneur Excellence Award 2016 serta “Asia’s Most Influential Emerging Entrepreneur Award” di Asia Honesty Award 2016 Asia’s Best Choice.

Maka terjawablah teka-teki, mengapa Nicky Liow diberikan gelaran “Datuk Seri”. Mungkin kerana sumbangan amal yang besar kepada masyarakat tempatan dan dunia.
Lagi pun, hak Sultan Pahang untuk memberi gelaran kepada sesiapa yang difikirkan elok atas sumbangan yang banyak kepada masyarakat dan tujuan amal.

Masyarakat tidak patut mengecamnya kerana satu kesilapan yang dilakukan oleh Nicky Liow kerana kita memerlukan lebih ramai orang seperti Nicky Liow yang telah memberikan banyak sumbangan kepada aktiviti amal untuk kesejahteraan rakyat.

Memang sukar untuk kita ‘memaafkan dan melupakan’. Tetapi kita perlu menghargai sumbangan yang dilakukan oleh Nicky Liow dalam kerja-kerja amal sebelum ini.

Lagipun, sebagai manusia kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.Tetapi janganlah kita meminggirkan kebaikan yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

Sumber Artikel - Blog Bacalah Malaysia
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik