Maya Karin mengaku kenal Nik Nazmi, tapi nafi jadi punca cerai Artikel

KUALA LUMPUR - Aktres jelita, Maya Karin mengaku mengenali Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, namun menafikan beliau mempunyai kaitan dengan kes perceraian ahli politik itu semalam.

“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut. Dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).

“Tetapi saya tidak tahu daripada mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan. “Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” kata Maya Karin memetik laporan Utusan Malaysia.

Heroin filem Pontianak Harum Sundal Malam itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengaitkan beliau sebagai orang ketiga dalam perceraian Nik Nazmi dengan isterinya, Dr. Imaan Abdul Rahim.

Maya Karin yang sering dikaitkan dengan ahli politik termasuklah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau tidak akan melenting kerana sudah lali dengan gosip seperti itu.

“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” ujarnya sambil tertawa. Semalam Nik Nazmi, 37, dilaporkan bercerai talak satu dengan Imaan, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

- SINAR HARIAN -
Share:

Kit Siang tak jadi debat, takut tersungkur kalah – Najib

Najib: Saya terima maklumat PH takut Kit Siang tersungkur kalah
Beberapa minit selepas Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan media mengumumkan pengundurannya daripada perbahasan dengan Najib Razak, bekas perdana menteri itu berkata beliau menerima maklumat bahawa Pakatan Harapan merancang untuk membatlakan acara tersebut.
Dalam satu hantaran di Facebook pada petang ini, Najib berkata terdapat kebimbangan di kalangan PH dan DAP bahawa Lim mungkin dikalahkan.
“Sudah tengok ada langkah-langkah yang sudah dimulakan untuk batal debat ini.
  Mereka meluahkan kebimbangan Kit Siang mungkin tersungkur kalah dalam debat ini,” katanya.
Lim melahirkan kebimbangannya bahawa perbahasan itu boleh digunakan untuk membangkitkan sentimen perkauman dan menafikan bahawa keputusannya itu kerana dirinya adalah pengecut.
Sementara itu, Najib mendakwa penyokong PH bimbang bahawa beliau akan menimbulkan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar untuk Lim tangkis dan banyak propaganda kerajaan akan dibuktikan sebagai pembohongan dan fitnah.
“PH sepatutnya menaruh sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Kit Siang kerana dia sudah jadi bos DAP lebih dari 50 tahun.
“PH juga perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun dipaksa untuk menonton debat ini dan debat ini tidak akan menggunakan sebarang wang rakyat.
“Dalam semangat demokrasi dan ketelusan, biarlah debat ini diteruskan dengan tajuk yang dicadang oleh DAP dan sudahpun dipersetujui oleh saya,” katanya.
Cadangan untuk berdebat pertama kali dicetuskan oleh Najib dalam satu temu bual media baru-baru ini susulan Lim yang sentiasa menyerangnya dalam kenyataan medianya mengenai skandal 1MDB.
Veteran DAP tersebut kemudiannya menerima cabaran itu dan mencadangkan tajuk “Bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global?”
Najib seterusnya bersetuju dengan tajuk itu tetapi berkata demi keadilan, topik lain juga mesti dimasukkan.
Mkini
Share:

ANWAR IBRAHIM AKAN ANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI PADA 29 FEBUARI 2019



KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini giat mendapatkan pandangan dan laporan daripada pelbagai pihak sebagai persiapan untuk menjadi Perdana Menteri kelapan, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan beliau kini lebih kerap bertemu dan berbincang dengan Dr Mahathir mengenai tugas Perdana Menteri bagi memastikan wujud kesinambungan selepas proses peralihan nanti.

“Saya kini mengambil kesempatan mendengar laporan dan pandangan, menemui semua pihak dan mengadakan pertemuan rapi serta kerap dengan Tun Mahathir supaya ada kesinambungan.

“Ada orang salah faham ini (proses peralihan) akan wujud kerajaan baharu. Ini tidak betul. Ini berasaskan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang sekarang diterajui Tun Mahathir. Kita akan teruskan, cuma mungkin pendekatan dan cara sedikit berbeza tapi pada dasarnya sama.

“Perjanjian itu di antara Perdana Menteri atau pemimpin PH. Ia dibuat sejak Januari tahun lalu, ketika saya masih di penjara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan anjuran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini, hari ini.

Mengulas perjalanan kempen PH bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berbaki tiga hari lagi, Anwar berkata, ia berjalan baik termasuk jentera kempen PKR yang dipimpin Menteri Besar Selangor, Amiruddin Sa’ari.

Ketika ditanya kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Semenyih yang turut mendapat sambutan rakyat, beliau berkata, ia kerana rakyat ‘ingin tahu’ dan mahu melihat perbezaan Najib yang ‘dahulu’ dan ‘sekarang’.

Berkenaan calon PKR bagi PRK DUN Rantau, Anwar berkata, Biro Politik PKR yang berbincang hari ini menerima senarai nama pemimpin PKR untuk menjadi calon termasuk Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram yang pencalonannya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu.

“Kita menerima semua pandangan dalam menentukan siapa bakal menjadi calon termasuk cadangan supaya PKR meletakkan calon wanita bertanding dalam PRK DUN Rantau.

“Kita akan bincang dan selepas diputuskan akan diumumkan mengikut proses biasa perlu diumumkan kepada pimpinan PH,” katanya.

- BERITA HARIAN - 
Share:

3 pemimpin DAP di tangga teratas menteri paling diyakini




Sebuah syarikat perhubungan awam mendapati Anthony Loke, Lim Guan Eng dan Gobind Singh Deo adalah antara pemimpin DAP yang paling diyakini rakyat menerusi satu kaji selidik yang dijalankan mereka.

Mereka masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat di belakang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Menurut Pengurus Citrine One, Ivlynn Yap, kemampuan pemimpin Pakatan Harapan itu dalam menyampaikan maklumat dengan mudah menjadi antara faktor mengapa mereka dipilih sebagai menteri paling diyakini. 

“Cara pemilihan ayat oleh Mahathir sendiri memberi kesan yang mendalam sehingga mampu menggulingkan kerajaan terdahulu,” katanya seperti dilapor media. 

Menurut Citrine, kaji selidik itu melibatkan 321 responden di seluruh negara. Mengikut pecahan kaum, responden Melayu adalah yang paling ramai melibatkan 43.69 peratus diikuti Cina (17.8 peratus); India (34.6 peratus) dan lain-lain (4 peratus).

Ia dijalankan selama sebulan, dari 22 Januari hingga 21 Februari lalu. 

Di bawah Kabinet Mahathir, Guan Eng antara pemimpin DAP terawal yang dilantik sebagai Menteri Kewangan dan disusuli dengan pelantikan Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan dan Gobind sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. – Roketkini.com
Share:

KERAJAAN PH TIDAK BERANI DEDAHKAN PERJANJIAN PENYELESAIAN 1MDB, BUKTI NAJIB RAZAK TIDAK BERSALAH



Dah 4 bulan tapi kerajaan PH masih tidak berani mendedahkan perjanjian penyelesaian antara 1MDB dengan IPIC pada tahun 2015 dan 2017.

Kalau mereka dedahkan, maka modal mereka untuk tuduh saya sebagai penyamun atau perompak akan hilang serta-merta.

Dulu tuduh Najib bayar RM90 juta duit 1MDB untuk "membeli" PAS, kini SPRM di bawah PH sendiri mengaku tidak ada bayaran tersebut.

Dulu tuduh Najib adalah pembunuh bersiri dan membunuh 5 orang, kini PDRM di bawah PH sendiri mengaku tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan saya kepada kes-kes tersebut.

Dulu tuduh BN curi duit dari Tabung Haji, sekarang bertukar menjadi BN terlalu kejam untuk terlebih bayar dividen kepada rakyat.

Dulu tuduh BN curi duit dari FELDA, kini PH mengesahkan kebanyakan hutang RM8 bilion FELDA telah dipinjam kepada kroni, iaitu peneroka-peneroka FELDA.

Beranikah Guan Eng menjawab empat soalan ini:
1. Mengapa kerajaan PH membisu bila syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC mengeluarkan kenyataan balas pada bulan Oktober lalu bahawa 1MDB tidak berhutang kepada IPIC, jelas bertentangan dengan tuduhan kerajaan PH ?
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155681199855952/

Jika ia prejudis, mengapa PH boleh keluarkan kenyataan mengenai perjanjian itu tetapi tak mahu dedahkan dokumen perjanjian itu?

2. Mengapa tiada satu pun pemimpin PH pernah mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi dan bos mereka tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka dan merekalah yang didapati banyak menggunakan wang itu dan mengagihkan wang itu kepada pihak-pihak yang lain?

Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh pihak IPIC.
3. Adakah perjanjian penyelesaian itu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020?

4. Mengapa masih tidak mahu mendedahkan perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan 2017 ini?
Di planet Earth, soalan-soalan ini bukan sukar untuk dijawab jika benar-benar mahu menegakkan keadilan.

Daripada Facebook - Najib Razak
Share:

RAKYAT GEMBIRA DENGAN PH, KAMI TAK PERLU SOKONGAN PAS



KLANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau tidak memerlukan sokongan daripada Ahli Parlimen PAS.

Sebaliknya, Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU berkata, ketika ini beliau menerima sokongan daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang mewakili lebih daripada separuh kerusi di Dewan Rakyat.

“Saya perlu sokongan wakil rakyat setakat 50 peratus lebih. Saya tidak perlu sokongan PAS kerana PH sendiri mempunyai lebih separuh kerusi dalam Dewan Rakyat.




“Sokongan itu kepada yang sudah menang bukan sokongan yang nak kalah tapi dia nak bagi menang, tak ada.

“Tapi kalau dia nak sokong, dia sokong lah, tapi tak usah lah cakap tandatangan guna surat nak sokong saya, tak sebut nak sokong PH tak sebut. Cuma nak sokong saya saja, tapi saya bukan kerajaan, kerajaan mestilah PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya semalam bahawa beliau tidak faham dengan pendirian tidak tetap PAS dalam menyuarakan sokongan terhadapnya untuk kekal sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau tidak faham sikap pemimpin PAS, iaitu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agong Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berjumpa dengannya serta menyatakan kesediaan mereka untuk menyokongnya, bahkan memberi pengakuan bertulis yang ditandatangani Takiyuddin.

- BERITA HARIAN -
Share:

LAGI KEMARAHAN PENIAGA PASAR MALAM DI SEMENYIH [VIDEO]



"Pendapatan kami jatuh teruk kak, kalau dulu ada GST ramai dapat bantuan lain macam BR1M dan sebagainya, jadi mereka akan berbelanja lebih di luar, dan kami akan rasa manfaatnya"

Itu antara luahan salah seorang peniaga di Pasar Malam Bandar Tasik Kesuma Semenyih tempoh hari..

"Apa yang nak disampaikan, dan apa riaksi para peniaga kepada Kerajaan PH yang dah hampir 10 bulan menjadi kerajaan" - Zahida Zarik Khan

"Ermmmm.. Makin teruk lah! Pasal agama dimain-mainkan, pasal bangsa kita, harga barang makin melambung teruk" - Jawab peniaga

"Harga ayam bukan makin turun, tapi makin naik, selalunya saya dah 5 tahun berniaga ayam tak pernah harga ayam naik macam ni, itu yang rasa elok lagi GST ramai dapat BR1M" - Luah Arifin Peniaga Ayam Goreng..

"Sekarang niaga tak untung macam dulu, cukup makan jela, untuk belanja cukup-cukup makan je.."
- Luahan Kak Su Peniaga Donat dan Cakoi..

DENGAR SENDIRI LUAHAN MEREKA.. TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik