Ketua AMK Tonton Tanda Putera,Lim Guan Eng Pening Kepala !


Share:

Lim Guan Eng Benarkan Tayangan Filem Tanda Putera, Buat U Turn Ke???


SUrat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang mengarahkan pemilik pawagam tidak menayangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 29 Ogos - Selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat berdolak-dalik tentang tayangan filem Tanda Putera di negeri ini seperti diarahkan beliau semalam dengan menyalahkan media kononnya tersalah tafsir kenyataannya itu.

Menurut Guan Eng, beliau tidak pernah menghalang pemilik pawagam di Pulau Pinang menayangkan filem berkenaan sebaliknya sekadar menasihati mereka supaya tidak berbuat demikian.

"Sekiranya mereka tetap mahu menayangkan filem itu, tiada tindakan akan diambil. Saya rasa berlaku salah tafsir oleh sesetengah media berhubung kenyataan semalam dan saya memberi amaran supaya jangan salah tafsir lagi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng menyatakan kerajaan negeri tidak membenarkan filem itu ditayangkan di negeri ini kerana babak pemuda Cina kencing di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor adalah sensitif dan berbahaya kepada masyarakat.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menguruskan perkara tersebut berikutan lesen perniagaan kepada pemilik pawagam dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Walau bagaimanapun, hasil penelitian Utusan Malaysia terhadap surat yang dikeluarkan PBT kepada pemilik pawagam mengenai perkara itu terdapat percanggahan.

Dalam surat semalam, PBT mengarahkan pemilik pawagam tidak menayangkan filem Tanda Putera kerana mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif kepada masyarakat setempat.

Surat bertarikh hari ini pula memaklumkan, kerajaan negeri bukannya mengarahkan sedemikian sebaliknya hanya menasihati pemilik pawagam untuk tidak menayangkan filem terbabit.

PBT juga menyerahkan kepada pemilik pawagam sama ada mahu menayangkan filem itu atau sebaliknya.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng mengakui beliau tidak menonton filem berkenaan dan arahan dikeluarkan adalah berdasarkan komen awal yang diberikan terhadap filem itu.

Ditanya tindakan pawagam di negeri ini yang akur kepada nasihat kerajaan negeri dengan tidak menayangkan filem itu pada hari pertama tayangannya hari ini, Guan Eng menjelaskan, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut esok secara bertulis kerana bimbang disalah tafsir media.



Share:

GEMPAR! Gambar Ustaz Fathul Bari bersama Al-Sisi Tersebar !!!

Gambar ni BELA jumpa di Twitter,sekali pandang memang nampak real..
Tak dinafikan Puak2 Jahat dalam Pembangkang ni memang pakar dalam mereka-reka dan menyebar FITNAH. Mereka tak kira siapa,asalkan bukan penyokong Pembangkang..

Tapi malangnya korang (Puak-puak Pembangkang) tak mampu nak tipu BELA,
Kat bawah ni bukti yang korang dah KANTOI!!! Sila cuba lain kali seperti biasa ya.. Hahahaha..


CLICK GAMBAR UNTUK SIZE BESAR,SEBARKAN :)
Share:

Khidmat Peguam PKR Latheefa Koya hanya untuk Penjenayah sahaja???



Sejak dua menjak ni banyak kes yang melibatkan jenayah senjata api dalam Negara kita. 

Pihak Berkuasa seperti PDRM pun sedang giat dengan Ops Cantas mereka. 
Baru baru ni Polis dah berjaya menembak mati 5 penjenayah berbahaya  bersenjata api. 

Berlumba lumba lah barisan peguam dari  pembangkang nak membela mereka. 
Dalam masa yang sama tugas Polis diperlekeh,dituduh pula Polis sebagai "Pembunuh Berlesen"

Ni baru sedikit yang kita dengar,sebenarnya banyak lagi kerja kerja jahat yang dijalankan pihak pembangkang,matlamat mereka hanyalah nak memburukkan Pihak Polis dan secara tak lansung Kerajaan Barisan Nasional turut dituduh sebagai Kerajaan Zalim. 

Tapi bila ada Anggota atau pegawai Polis yang ditembak mati penjenayah/Gangster,mana pergi peguam peguam yang kononnya mahu membela keadilan? Adakah Polis yang terkorban ini bukan manusia?

Dari situ kita dah nampak siapa yang menjadi punca penjenayah senjata api makin berani seolah olah mereka kalis undang undang. 
Share:

GAMBAR! Kumpulan Metallica Lagi Cerdik dari Rakyat Malaysia !!!

Itu lah hakikatnya yang berlaku dalam Negara kita sekarang,
BELA rasa malu bila orang asing tunjukkan sikap lagi Cerdik dari Rakyat Negara kita sendiri..

Nak kata budak-budak takde pelajaran semuanya bijak pandai,sekolah bertingkat-tingkat..
Tapi lansung takde rasa hormat kepada Jalur Gemilang,Bendera lambang Negara kita..
Apa nak jadi lah kan?Bukan salah ibu mengandung.... Ermmmm...


Share:

PANAS! Video Ustaz Azhar Idrus Memandu Laju,Sebelum Kemalangan???




CLICK GAMBAR UNTUK VIDEO
Rupa-rupanya Ustaz kita ni memang sorang yang suka memandu laju,
Kalau Volkswagen GTI macam ni takkan lah nak bawak 80kmh je kan? Hehehehe..

Share:

Terkini! Gambar Kereta Ustaz Azhar Idrus Kemalangan!!!

Share:

GAMBAR! Model Terbaru Keluaran Proton! Tersebar..



Akhirnya model terbaru keluaran Proton dijangka akan dilancarkan pada sabtu ini, sebelum ini ramai yang memberi nama model ini sebagai preve hatchback, namun proton membuat tindakan bijak dengan memberikan variasi kepada modelnya dengan nama yang berlainan. Model ini akan dinamakan dengan Proton Suprima S. Satu nama yang agak catchy dan mampu menarik minat dan perhatian rakyat Malaysia untuk memilikinya berdasarkan rekabentuk dan pelbagai kelebihan yang ada.
Tahniah Proton. Anda berani berubah. Syed Zainal Abidin elok le berambus dari usung ustaz pas beri ceramah hasut pekerja proton benci kerajaan. Namun dari perbualan aku dengan individu yang terbabit dengan proton, jualan proton terhadap kaum cina didapati merosot dan ini ada kena mengena dengan cubaan jahat untuk memboikot Syed Mokhtar Al Bukhary yang memiliki kepentingan majority dalam DRB yang kini menguasai proton. Ayuh orang melayu, jom ramai ramai sokong proton..
Jihadlah kita semua..
Gambar di bawah sumber dari Paul Tan






Credit To: http://panggungopera.blogspot.com/2013/08/sempoi-model-baru-proton-suprima-akan.html
Share:

Betul ke ini VIDEO Meteor Shower di Teluk Kemang,Port Dickson???

CLICK GAMBAR UNTUK VIDEO!

Berdasarkan Video,ia dirakamkan di Pantai Teluk Kemang,Port Dickson Negeri Sembilan.
Share:

Malaysia Vs Barcelona: VIDEO Hero Melayu Bergaduh dengan Fabregas




Harimau Malaya kalah 3-1 kepada kelab ternama dunia, Barcelona. Apapun keputusannya, tidak harus dipandang remeh semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak negara malam ini.

Namun bagi gua, insiden paling menarik sebentar tadi adalah di penghujung separuh masa pertama bila pemain sayap negara, Wan Zack Haikal bereaksi spontan terhadap tindakan penyerang Barca, Cesc Fabregas yang tidak menghormati tiupan wisel offside oleh pengadil.

Berlaku pertelingkahan kecil di tepi pintu gol Malaysia antara Wan Zack & Fabregas yang masih cuba meneruskan permainan selepas wisel dibunyikan.

Ini attitude yang membanggakan gua dari Wan Zack walaupun Fabregas satu nama besar di persada bolasepak dunia. Anak jantan Melayu Malaya ini meletakkan Fabregas setaraf di genggaman penumbuknya bila tidak pandai menghormati peraturan di dalam sukan.

Lebih Lanjut Di SINI (CLICK)
Share:

Gadis ni nak lari Bogel kalau Malaysia menang lawan Barca!!!




Tak faham lah budak budak sekarang ni,nak dapatkan perhatian ke apa?
Bila dah tersebar nanti kata Acc kena Hack pulak, macam macam lah...
Share:

Penyakit Anjing Gila Menular dalam PKR !!! (Video)


CLICK GAMBAR UNTUK VIDEO

Share:

Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Tentera Laut Iran

Makhluk Ganjil Gergasi 4
Makhluk Ganjil Gergasi 1
Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf
Makhluk ganjil gergasi ini ditemui oleh tentera laut Iran di Perairan Arabian Gulf. Cuba anda lihat sendiri, makhluk apakah ini?. Mesti sukar untuk anda menekanya.
Walau bagaimana sekalipun bentuknya, pelik atau tidak, ia tetap makhluk ciptaan Allah s.w.t. Itulah kebesaran Nya, Allah Maha Pencipta.
Makhluk Ganjil Gergasi 2
Makhluk Ganjil Gergasi 3

Share:

Kesilapan DS Najib atau PUNAHSIHAT-PUNAHSIHAT di sekeliling beliau???


PM NAJIB asalnya seorang pemimpin yang hebat,penuh potensi dan melangkah ke dalam dunia politik dengan cukup bergaya selepas kembali ke rahmatullah Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak sebagai Menteri Besar dan ahli politik paling muda di zaman itu malah beliau menaiki tangga demi tangga dalam politik tanpa kontraversi dan penuh dengan kebanggaan.

Namun sebaik sahaja mengambil alih teraju kepimpinan Negara daripada Pak Lah (Tun) dan buat pertama kali memimpin Negara berhadapan dengan PRU13 dan akhirnya parti pimpinan beliau menang 133 kerusi,bintang kepimpinan Najib dilihat mula bercelaru,sekejap malap dan sekejap terang malah PM Najib dilihat oleh ramai orang ketika inisebagai seorang nakhoda yang gagal melayari bahtera serta tewas ketika meredah gelombang ganas lautan politik negara.

Dimana silapnya? Ada yang mendakwa Najib dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang salah,ada juga yang mendakwa bala yang diterima hari ini adalah balasan kerana dosa mengheret turun Pak Lah dari kerusi Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO dan ada juga yang mendakwa bahawa Najib sudah kehilangan identiti sebagai seorang pemimpin Melayu yang sepatutnya meletakkan kepentingan Melayu terlebih dahulu dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan bangsa-bangsa lain.

Berbagai-bagai nama mula disebut satu persatu sejak PM Najib menang 133 kerusi Parlimen dalam PRU13 seperti Omar Ong,Idris jala,Osman Razak,Sahlan Nasution,Farid Redzuan dan berbagai-bagai lagi nama yang dikatakan sebagai punca menjadikan PM Najib hilang arah untuk memikirkan nasib bangsanya,mempertahankan ketenteraman awam,nama-nama yang sering disebut sebagai menjadikan kegemilangan PM Najib daripada menjadi Menteri Besar Pahang hinggalah ke kerusi Perdana Menteri tapi akhirnya PM Najib sedang meniti duri-duri kepimpinan yang cukup membimbangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Kita yakin serta teguh percaya bahawa PM Najib tidak ada masalah untuk mempertahankan kedudukan ataupun jawatannya sebagai Presiden UMNO kerana sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani mencabar beliau untuk jawatan itu tapi apalh gunanya memimpin sebuah gerakan siasah yang bertunjangkan perjuangan Melayu tetapi dalam masa yang sama Melayu dijadikan seperti malukut di tepian gantang,ada tak menambah,tiada tak mengurang.

Terlalu banyak ramalan dan telahan diberikan kepada masa depan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.Terlau ramai nujum-nujum politik menujumkan kononnya nasib Najib akan lebih parah daripada Pak Lah dan lebih mengecewakan lagi,ada pula pihak-pihak tertentu sedang menggerakkan gerakan supaya hayat Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia berkubur secepat mungkin untuk digantikan dengan pemimpin lain yang kononnya lebih berjiwa UMNO dan bukannya berjiwa 1Malaysia.

Mereka ini mendakwa PM Najib terlalu banyak melakukan kesilapan terutama sekali mengisi proses transformasi yang beliau laungkan dan kesilapan Najib kepada mereka ini kerana dalam diri beliau,beliau dilihat ingin menjadi bukan sahaja bangsa Melayu tetapi menjadi semua bangsa sedangkan sebagai pemimpin Melayu yang mewaris kepimpinan Negara berteraskan agama,bangsa dan Negara,identiti PM Najib mula diragui.

Malah ada juga yang mendakwa bahawa di zaman kepimpinan PM Najib ini,bangsa Melayu menjadi rakyat kelas ketiga walaupun belum merempat ditanahair sendiri,kemungkinan besar Melayu akan terhakis kuasa dan kedudukannya sekiranya PM Najib terus dengan pendirian menjamu bangsa-bangsa lain yang jelas mengkhianti beliau daripada menjamu bangsa Melayu yang masih kukuh menyokong perjuangan UMNO.Suara berbunyi,undi Melayu Najib tagih tapi kepentingan Melayu Najib ketepikan.

Saat ini PM Najib sedang diserang hebat ekoran `keseronokan’ beliau memansuhkan beberapa Akta ataua pun undang-undang seperti ISA dan Akta Ordinan Darurat kerana mereka menganggap transformasi itu terjadi kerana Najib masuk perangkap golongan pembangkang dengan tidak mengambil kira pandangan semua pihak sebelum beliau memansuhkannya dan ada juga yang menganggap proses transformasi yang Najib impikan itu hanyalah umpan untuk menarik undi dari kaum Cina tapi hasilnya hampir seratus peratus Cina menolak parti pimpinan Najib dalam PRU13 lalu.Tapi Najib masih memberikan muka lagi kepada Cina-cina ini.

Untuk berundur barangkali tidak mungkin kerana kita yakin PM Najib tidak mahu jadi PM flip flop tapi membiarkan pihak berkusa terkial-kial menangani masalah terutamaya sekali kejadian jenayah sejak akhir-akhir ini akhirnya kan menjadi Negara ini terbuka untuk segala kegiatan jenayah termasuklah membunuh manusia akan jadi seperti menyembelih ayam di pasar.

PM Najib harus isthikarah untuk mencari dimana silapnya seandainya beliau tidak mahu menjadi PM terakhir dari BN untuk Negara ini serta melengkapkan teori RAHMAN yang selalu disebut dan semakin kerap diulang sejak akhir-akhir.-Tok Guru.
Sumber: LINK
Share:

PM Pasang Pingat Pada Wanita Lagi DOSA BESAR dari Skandal SPENDA STOPA ???

Bila dapat gambar PM macam ni,bukan main seronok lagi puak-puak Cybertroopers PR ni sebar..
Dia punya spin tu sampai 7 hari 7 malam tak habis macam lah PM kita dah buat dosa besar..Hahaha..
Nak tengok Cybertroopers Spin isu ni CLICK SINI

Puak-puak ni tak sedar yang skandal pemimpin kesayangan dia jauh lagi teruk dan jijik..
Bila kena tang pemimpin BN semuanya HARAM HARAM HARAM!
Tapi bila pemimpin PR buat dosa besar, HALAL HALAL HALAL! Lawak lah korang ni, Hahahaha..


Korang ni waras ke tak waras ha? Sebelum nak tuding jari tu tengok la pemimpin sendiri dulu..
Siap dah ada bukti gambar,video bagai,tapi taknak terima gak,kononnya pemimpin korang tu 'Maksum'
Apa korang ingat pemimpin dalam PR tu semua baik ke?
Ada jugak yang tikam sesama sendiri der,bila keluar video macam-macam UMNO BN jugak yang salah..
Share:

GEMPAR! Kanak-kanak Hilang di Rawang,Mohon Sebaran !!!


Share:

DS NAJIB RAZAK SENGAJA PEGANG BUAH DADA???

Kalau dilihat dari gambar di bawah secara logiknya BELA boleh kata benda ni tak lah disengajakan,
Gila ke apa sorang PM sengaja dengan niat nak pegang area sensitif wanita?
Dalam situasi macam ni bagi BELA yang patut dipersalahkan
1.Pembantu yang hulurkan pingat kepada PM,
2.Penerima pingat tu sendiri sepatutnya lebih alert dalam keadaan macam ni apa yang patut dia buat.
3.Penasihat PM sendiri,mana peranan korang sebagai penasihat yang bergaji besar?

Sorang Perdana Menteri tak boleh nak fikir semua,ditambah lagi dalam bulan puasa bila letih kadang-kadang kita akan jadi hilang fokus,DS Najib Razak pun manusia beb,so yang SUPOL,SETPOL tak kira la apa POL lagi tu buat apa?Mana peranan korang dalam membantu PM?Jangan seronok angkat sumpah dan terima gaji je tiap bulan,Kerja la der!!!




Seperkara lagi yang BELA nak persoalkan,mana pegi nya 227 Penerima Pingat Kedaulatan Negara ni?
Tolak pengamal media utama,ada ramai lagi pengamal media sosial macam BELA,Takkan taknak perbetulkan keadaan,sekurang-kurangnya bagi respon dan menjawap serangan dari Cybertroopers PR ni..
Jangan biarkan ia FITNAH pulak beb!!!
BELA sangat setuju dengan penulisan rakan Blogger  SANGKAKALA (CLICK)CUCU TOK SELAMPIT (CLICK)

Pingat dah dapat,kena la ingat-ingat,bila keadaan memerlukan yang terima tu kena la tunjukkan yang korang memang layak terima,Bak kata pepatah "Orang Berbudi Kita Berbahasa"
Kita tunggu dan lihat la ada tak Blogger Penerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) akan respon dalam Isu ni.. Kbai!
Share:

PANAS! VIDEO Terlampau Latipah Loya&Pasangannya Maznah Anjing !!

CLICK GAMBAR UNTUK VIDEO CHETZ DAN TIPAH


Baru-baru ini tersebar luas Video Maznah Yusof atau Chetz dengan anjing dia.
Kononnya video tu dibuat untuk mengajar kita sayang kepada haiwan.
Bab sayang tu takde masalah lah,yang jadi masalahnya kenapa guna TAKBIR RAYA sebagai muzik latar?Kan banyak lagi lagu-lagu lain yang kau boleh guna.
Jadi nampak macam ada permainan disitu.
Macam tak tahu pulak orang kita ni punya sensitiviti lagi-lagi kalau yang melibatkan Agama Islam.

Bila dah ditangkap ada pulak Loya dari PKR nk tunjuk hebat membela minah 'Keliru' sorang ni..
Dalam tweet bukan main lagi pertahankan perbuatan si Maznah anjjng. Awak tu kalau pandai bab-bab hukum ni takpe la lagi,ini sendiri pun belum tentu tahu,Dah nak belagak pandai,
bodoh sombong tak tentu pasal.

Patut lah makin hari makin berani puak-puak ni menghina Agama Islam,sebab mereka tahu 
kalau ditangkap dan didakwa mesti akan ada pihak yang datang membela,So apa lagi,besar kepala la..
Akhir kata BELA nk cakap PKR ni memang Parti Pembawa Bala kepada Malaysia, Kbai!

Share:

Kenapa Jamalul Kiram3 pun TUNTUT Pingat Kedaulatan Negara (PKN) ???



Semalam 2 Ogos 2013 ada Majlis Berbuka Puasa Media Bersama YAB Perdana Menteri,
pada mulanya BELA ingat berbuka puasa je.. Rupa-rupanya kawan-kawan yang hadir maklumkan,
ada penyampaian Pingat Kedaulatan Negara (PKN) sekali..

Suratan atau kebetulan tak tahu lah..bila dia sampai-sampai je dengar PM (Pengerusi Majlis) umumkan nama Wartawan MalaysiaKini sebagai penerima..
Tak lama lepas tu nama Blogger yang terkenal dengan Artikel PORNO dan Copy Paste pula di sebut..
Mungkin pengunguman tu la yang buatkan blogger Sangkakalajari9 marah sangat kot.. Hehe.. Baca SINI 

Ada juga yang kata Blogger BUTA IT pun dapat sama,adoi macam ni pun boleh ka?Ishh3.. Baca SINI

Bagi pendapat BELA la,ramai lagi yang lebih layak untuk terima pingat tu..
Kalau dalam konteks Media Baru ni,ramai yang siang malam berperang dengan pembangkang dalam nak menyampaikan Berita,Fakta,Kebenaran dan Pendedahan sepanjang peristiwa hitam di Lahad Datu hari tu..
Tak kira lah melalui Blog,Facebook,Twitter,Youtube masing-masing mainkan peranan..
Dalam melawan FITNAH dan cubaan pihak pembangkang mengalih pandangan rakyat tentang kebenaran dalam isu Lahad Datu..

Tapi malangnya kerja tak nampak,mungkin sebab takde hubungan dengan SUPOL PM kot.. Hehe..
Kalau macam tu BELA nak nasihat kepada PunahSihat PM supaya usulkan Nama-nama berikut pun jadi penerima Pingat PKN tu.. Alang-alang kan..Hahaha..



Share:

Video Tersebar,Selepas Gambar Menteri Pertahanan Berpeluk Mesra !!

CLICK GAMBAR UNTUK VIDEO!
Gambar-gambar DS Hishamuddin Berpeluk Mesra Di SINI
Share:

Punca PAS Kalah di PRK Kuala Besut Terbongkar!!!



1.FITNAH terus menjadi bahan Kempen walaupun di Bulan Ramadhan,sendiri buat sendiri sebar dengan tujuan untuk mengelirukan pengundi.
VIDEO 1 VIDEO 2

2.PENIPUAN dan putar belit tentang isu rumah roboh di Kampung Layout,Tok Saboh.
VIDEO 1
, VIDEO 2
3.Mempergunakan Agama sebagai modal untuk meraih sokongan pengundi.
VIDEO 1 , VIDEO 2

4.Calon di arah tidak memberi sebarang komen atau jawapan sekiranya disoal oleh media 'No Comment'
VIDEO

5.PAS Meletakkan calon 'Cari Makan' belum menang lagi Che Long dah keluar kenyataan yang dia akan serahkan tugas kepada pembantu untuk menguruskan kawasan.
VIDEO
6.Rakyat di Kuala Besut dari awal telah menolak Kempen 16:16 yang dijalankan Jentera PAS,
mereka dah matang dan tahu apa akibat yang akan terjadi kepada kerajaan Terengganu jika 16:16 terbentuk
VIDEO 1 , VIDEO 2



7.Ada juga sumber yang mengatakan wujudnya sabotaj dari Ahli PAS Terengganu sendiri kerana tak bersetuju dengan perlantikan Husam Musa menjadi Pengarah untuk PRK Kuala Besut yang lepas.
Tidak kurang juga unsur sabotaj dari rakan pakatan mereka iaitu PKR,Calon PRU13 N25 Bukit Besi Mohamad Shamsul muncul dalam satu sidang media menyatakan dia di FITNAH oleh Presiden PAS
VIDEO





Akhir kata dari BELA, PAS jangan mimpi lah nak rampas semula Terengganu, rakyat dah serik ketika pemerintahan PAS dari 1999-2004,macam-macam kepincangan yang berlaku....
Makin lama makin banyak kerosakan yang dilakukan PAS terdedah..



Share:

MESTI TONTON! Video Terbaru Untuk 'Maznah Anjing'

CLICK GAMBAR UNTUK VIDEO
Share:

Gambar Menteri Pertahanan @HishammuddinH2O Berpeluk Mesra!! Apa Cerita Ni??? @tunfaisal

Gambar-gambar ini dirakamkan ketika Majlis Iftar Ramadhan 
Bersama Dato Seri Hishamuddin Hussein 
di Istana Hotel,Kuala Lumpur.

Majlis yang menghimpunkan ramai pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dari  Seluruh Negara
Antaranya Dato Razali Ibrahim,Dato Seri Idris Jusoh,Ketua Menteri Melaka Idris Haron,
Datuk Bung Mokhtar,Dato Abdul Rahman Dahlan dan ramai lagi..
Turut sama memeriahkan majlis pimpinan di Sayap Pemuda,Wanita dan Puteri..
Sorry la kalau ada yang BELA tak sebut,sebab ramai sangat.. Hehehe..






Ni lah gambar berpeluk mesra tu,jangan salah faham,tajuk tu nak bagi gempak je.. hehehe..

Ibu tunggal,Anak Yatim dan Orang Miskin tidak dilupakan,mereka turut diraikan bersama-sama dalam Majlis ini..

 Majlis ini juga disertai rakan-rakan bukan Melayu,ada Cina,ada India bersama-sama seperti satu keluarga..
Semangat Perpaduan seperti ini mesti dikekalkan.. :)

Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive