PKR Pasti menang walau gabungan UMNO, PAS dan ratusan parti lain


SHAH ALAM: PKR tidak terancam dengan tindakan pimpinan PAS memberikan sokongan terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beliau yakin calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni akan memenangi sekali gus mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis 4 Ogos depan.

"Saya tidak fikir (kerjasama BN dan PAS) menggugat PKR kerana saya fikir pertandingan ini antara UMNO dan PKR. PAS boleh sokong mana-mana calon.

"Bagi saya, calon PKR boleh menarik sokongan pengundi. (Mereka) akan beri sokongan yang diperlukan untuk kita mengekalkan kerusi (DUN Sungai Kandis)," katanya pada sidang media pada program minum petang bersama ahli PKR dan penduduk Sungai Kandis di sini, hari ini.

Share:

Gaduh sama sendiri, DAP bidas Maszlee tak beri peruntukan pada sekolah persendirian Cina

Dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana tidak memberikan peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Ini selepas Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen, mengatakan sekolah-sekolah berkenaan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian.

"KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional," kata Maszlee.

Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

"Segala jawapan yang diberikan oleh menteri sepatutnya memaparkan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan pembaharuan ini dan bukannya bergantung semata-mata kepada jawapan-standard-ala-BN," kata ketua Pemuda Sosialis DAP itu dalam satu kenyataan.

Wong berkata walaupun SMPC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan negara, sekolah itu memainkan peranan dalam mendidik pelajar dan ia harus diiktiraf.

Turut sependapat dengan Wong ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow yang mengkritik Maszlee kerana lebih mendengar desakan "ibu bapa tertentu" untuk menukar warna kasut sekolah berbanding menjaga kebajikan sekolah Cina.

Dalam satu kenyataan, Ong berkata ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa.

"Menteri pendidikan dari HARAPAN tetapi jawapannya merosakkan dan tidak menghormati sekutu HARAPAN. (Langkah ini) mesti dikritik dalam HARAPAN," katanya.

Beliau menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meneliti semula sama ada Maszlee sesuai untuk terus memegang jawatan sebagai menteri pendidikan.

- Malaysia Kini - 
Share:

GST lebih baik berbanding SST – Guan Eng

KUALA LUMPUR 19 Julai – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah lebih telus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Guan Eng juga berkata, pelaksanaan SST yang dijangka bermula 1 September ini akan memberi impak terhadap harga barangan.

“Kita tidak menafikan, kalau sebut yang mana lebih telus tentunya GST lebih telus tetapi apabila sebut GST lebih telus maknanya GST itu boleh kutip cukai dengan luas dan mempunyai kesan ke atas rakyat.

“Sedangkan SST sungguhpun tidak setelus dan efisien seperti GST namun kesan kepada rakyat khususnya pengguna akhir yang kita beri tumpuan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. 

– UTUSAN ONLINE
Share:

TIADA BUKTI SALAH LAKU, AKAUN BANK NAJIB TIDAK LAGI DIBEKUKAN



KUALA LUMPUR 17 Julai – Akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi dibekukan oleh pihak berkuasa mulai semalam, kata sumber rapat kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Sumber tersebut berkata, tindakan itu dikatakan dilakukan secara senyap-senyap, berbeza dengan publisiti siasatan terhadap Najib.

Jelas sumber berkenaan, akaun tersebut tiada kena mengena dengan politik dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa.

“Hakikatnya mereka membuka semula akaun itu secara senyap-senyap membuktikan mereka salah membekukan akaun itu pada awalnya. 

“Difahamkan akaun bank itu digunakan Najib untuk membayar bil dan perbelanjaan keluarga,” kata sumber itu seperti dipetik daripada laporan portal Free Malaysia Today hari ini. - UTUSAN ONLINE
Share:

SST akan kuatkuasa 10% jualan, dan 6% perkhidmatan - Guan Eng



Rang undang-undang berkenaan cukai itu dijangka diluluskan di Parlimen bulan depan.

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dikuatkuasakan pada kadar 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan, apabila rang undang-undang berkenaan cukai itu dijangka diluluskan di Parlimen bulan depan.

Dalam ucaptamanya pada Persidangan Cukai Kebangsaan 2018 di KLCC hari ini, beliau berkata SST dijangka memberikan hasil sebanyak RM4 bilion.
Kerajaan sebelum ini berkata SST akan menggantikan 6% cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 September.
Negara dijangka kehilangan RM21 bilion hasil tahun ini selepas GST berkadar pada 1 Jun lalu.

Bagaimanapun, pengenalan semula SST, ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah dan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan, ia dijangka memberi hasil tambahan sebanyak RM14.4 bilion pada tahun ini.

Untuk mengisi jurang yang ditinggalkan GST, Lim menambah, Kementerian Kewangan mengenal pasti langkah penjimatan berjumlah RM10 bilion, termasuk mengurangkan dan menghapuskan program bertindih dan tidak penting.

Projek mega yang terlalu mahal juga dibatalkan atau ditangguhkan, katanya.
Dalam ucapannya, beliau juga berkata projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) perlu dikurangkan kerana isu 1MDB dan skandal kewangan lain.

Beliau menambah tidak akan ada lagi serbuan oleh pegawai bersenjata api di syarikat yang didakwa mengelak cukai.

“Tiada lagi taktik kasar seperti dahulu. Taktik sedemikian hanya untuk orang jahat,” katanya.



Share:

Tak Wajib tunai Janji, Manifesto HARAPAN bukan 'kitab suci' - Tun M



PARLIMEN |
Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan "kitab suci" yang wajib dipatuhi dalam pelantikan speaker Dewan Rakyat.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengakui HARAPAN tidak dapat melantik speaker dari kalangan anggota parlimen seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

"(Ya), tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan.

"Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Pengerusi HARAPAN itu juga menambah bahawa orang awam mahukan speaker yang tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof mengangkat sumpah sebagai speaker baru.

Pelantikan Mohamad Ariff yang juga merupakan bekas anggota Parti Amanah Negara (AMANAH), bagaimanapun mendapat bantahan daripada anggota parlimen BN dan PAS yang menyifatkan lantikan itu tidak mematuhi peraturan Dewan Rakyat.

Berdasarkan peruntukan 4 (1), nama speaker perlu diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang buat kali pertama, yang bererti, Pakatan Harapan perlu menyerahkan nama calon speaker sebelum 2 Julai.

Bagaimanapun, terdapat kekeliruan dilihat di kalangan pemimpin HARAPAN apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong mendakwa nama calon speaker diserahkan pada 2 Julai sementara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya membincangkan perkara itu pada 8 Julai.

Ketika ditanya berhubung percanggahan tarikh itu, Dr Mahathir bertegas bahawa HARAPAN menyerahkan nama calon speaker pada 2 Julai.

"Tiada pertukaran tarikh. Ia sudah disediakan terlebih awal, jadi bila saya tandatangan saya yang letak tarikh," katanya.

- MalaysiaKini - 
Share:

PENGIKTIRAFAN UEC AKAN DILAKSANA DULU BERBANDING JANJI MANSUHKAN TOL



PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan akan melaksanakan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya tidak akan melakukan pusingan U atau flip-flop terhadap manifesto yang dijanjikan.

"Kita tidak bercanggah kerana kita bersetuju berhubung manifesto berkenaan.

"Apa yang kita lakukan ialah kita akan memastikan apa saja polisi yang dibuat dan keputusan diambil, tidak ada pusingan U atau flip-flop dan ia mesti holistik," katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.
Share:

Lebih RM500,000 untuk ikat jamin Najib tanda kebangkitan Rakyat



Penyokong Umno dijangka menyerahkan sekurang-kurangnya RM300,000 kepada Datuk Seri Najib Razak esok bagi membantu membayar wang ikat jamin dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii, yang menyelaraskan Tabung Solidariti Najib, berkata wang itu akan diserahkan di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Razlan, dalam mesej yang disampaikan kepada penyokongnya menyeru mereka untuk hadir di kediaman Najib pagi esok.

Tambahnya, sehingga hari ini sejumlah RM310,245 telah berjaya dikumpulkan.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM88,111 diperoleh secara tunai manakala RM222,134 lagi disalur menerusi akaun bank.

Bagaimanapun, Razlan menambah jumlah keseluruhan hanya akan diketahui esok.
Sementara itu, Bernama melaporkan Wanita Umno berjaya mengumpulkan RM261,286 untuk membayar wang ikat jamin tersebut.

Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad dalam satu kenyataan, berkata sayap wanita itu menyerahkan wang serta dua utas gelang kepada Najib hari ini.

"Saya berasa amat bangga dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan anggota Wanita Umno untuk membantu Datuk Seri Najib," katanya.

Najib pada Rabu didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah kira-kira RM42 juta.

Beliau dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta.
Najib pada hari yang sama membayar wang tunai RM500,000 dan perlu membayar baki RM500,000 esok.

Peguam utama, Datuk Seri Shafie Abdullah sebelum ini menawarkan geran rumah Najib bernilai RM4 juta, memandangkan akaun bank bekas presiden Umno itu telah dibekukan.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah perkara itu.

- MalaysiaKini -
Share:

Kerajaan Zalim. Akaun Umno Pekan untuk derma jamin Najib dibeku



Sebuah akaun bank yang dibuka Umno Pekan untuk membantu membayar wang ikat jamin ketua bahagiannya dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan telah dibekukan.

Ketua Wanita Umno Pekan, Zalmah Abdul Rahman berkata, beliau hanya mengetahui pembekuan akaun tersebut pagi ini.

"Ini (pembekuan akaun) hanya di Pekan, saya tidak tahu mengenai tempat lain, tetapi akaun ini dibuka oleh Umno Bahagian Pekan," Zalmah dipetik sebagai berkata oleh Malay Mail.

Walau bagaimanapun, tabung derma Najib yang diikhtiarkan bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Razlan memberitahu Malaysiakini jumlah sumbangan terbaru yang diterima hanya boleh diperiksa pada hari Isnin ini.

Setakat jam 5 petang semalam, dana itu telah mengumpul derma berjumlah RM223,908.
Derma itu bertujuan membantu Najib membayar wang ikat jamin berjumlah RM1 juta pada hari Isnin.

Najib telah membayar ansuran pertama RM500,000 pada hari Rabu lalu selepas meminta untuk dibicarakan mahkamah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Pendakwaan terhadap Najib berkaitan dengan kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Share:

KESILAPAN BESAR 60 HARI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN



Oleh: Abdul Muein Abadi

1. Harga minyak dijanji akan turun kepada golongan berpendapatan rendah, tapi sebaliknya harga RON95 kekal manakala RON97 diapung.  Inflasi dijanji akan dikurangkan, tetapi tarif elektrik dinaikkan hingga bakal bawa kesan berantai. Tol dijanji akan dihapuskan, namun hingga kini pelan pemansuhan beransur-ansur tidak kelihatan.

2. Sedang rakyat masih berkira-kira berapa banyak sebenarnya harga barang turun apabila GST dimansuhkan, cukai SST pula bakal dilaksanakan.

3. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini baru berusia hampir 60 hari.  Walau bagaimanapun, sebahagian ahli politik yang menerajui PH bukanlah individu yang tidak berpengalaman sama sekali dalam menjawat posisi pentadbiran utama negara sebelum ini.

4. Namun demikian, terdapat terlalu banyak isu berbangkit yang seharusnya tidak diambil mudah dan perlu direnungkan secara mendalam oleh kesemua pihak tertinggi dalam pentadbiran negara ketika ini.

5. Terdapat sekurang-kurangnya tiga dimensi yang perlu diberi perhatian.  Pertama ialah janji manifesto PH. Kedua ialah percakaran dalaman sesama pemimpin PH. Ketiga dan terakhir ialah pemeliharaan institusi Raja-raja Melayu, agama Islam, dan Bahasa Melayu.

6. Sukar untuk menafikan bahawa tempoh hampir 60 hari pertama pentadbiran kerajaan Pakatan ketika ini dibayangi persepsi kegagalan kerajaan menunaikan janji mereka dalam manifesto PRU-14 yang lalu. 

7. Paling kencang tentulah persepsi terhadap janji PH yang berkait dengan kos sara hidup seperti janji memansuhkan tol, janji subsidi petrol bersasar, janji penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN. Demikian juga janji lain yang meskipun tidak bersifat ekonomi namun tetap menjadi perhatian rakyat seperti isu 30 peratus anggota kabinet wanita dan janji pemansuhan Biro Tatanegara (BTN).

8. Isunya di sini ialah kaedah pengurusan kerajaan Pakatan berkenaan janji yang masih belum mampu mereka penuhi. 

9. Perlu ditegaskan bahawa kerajaan PH perlu lebih serius dalam memerangi persepsi bahawa mereka sengaja untuk tidak menunaikan janji-janji mereka dalam PRU-14 yang lalu.  Tunjukkan dengan segala data dan fakta yang jelas dan terperinci akan situasi kewangan negara yang tidak mengizinkan segala janji berkenaan tidak dapat ditunaikan, tidak cukup sekadar membuat kenyataan media dan mengulang-ulang skrip menyalahkan kerajaan BN terdahulu.

10. Satu lagi kelemahan besar kerajaan Pakatan hari ini ialah percakaran secara terbuka sesama pemimpin parti dalam Pakatan. 

11. Antara deretan isu yang terkini ialah isu tekanan besar DAP Perak memaksa YB Ngeh Koo Ham dilantik menjadi Speaker DUN mengetepikan YB Siti Aisyah dari PKR, isu Ketua Pemuda DAP Perak Wong Kah Koh menghentam pemilihan anggota Kabinet oleh Tun Mahathir secara terbuka, isu kritikan Rafizi Ramli kepada kerajaan berhubung kenaikan tarif elektrik dan pelantikan ahli kabinet, isu kritikan Anwar Ibrahim ke atas pendekatan ala-detektif Lim Guan Eng, dan pelbagai percakaran lagi.

12. Tentu sekali kerajaan Pakatan hari ini berbeza dari segi komponennya berbanding kerajaan BN dahulu.  Kali ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir tidak menguasai jumlah kerusi yang besar seperti mana UMNO yang menerajui BN. 

13. Sebaliknya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memiliki senarai ahli parlimen Pakatan yang paling ramai dan diikuti DAP.  Maka pastilah terdapat sebegitu banyak tuntutan dan rundingan tawar-menawar yang berlaku pada fasa awal pembentukan kerajaan dan pembuatan dasar negara bagi mengimbangi kepentingan setiap parti. 

14. Namun eloklah kiranya sebarang ketidakpuasan hati tidak diluahkan secara negatif dan keras kerana imej perpecahan akan mengimpak keyakinan rakyat sekiranya diteruskan dalam jangka masa panjang.

15. Masalah ketiga dan yang paling kontroversi tentulah berkenaan tentang pemeliharaan institusi Raja-raja Melayu, agama Islam, dan Bahasa Melayu. Pendedahan Abdul Kadir Jasin tentang jumlah perbelanjaan Yang Dipertuan Agong (YDPA), isu hangat pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas, isu kenyataan rasmi Menteri Kewangan yang diterjemah ke Bahasa Mandarin, ura-ura hubungan tegang Istana dengan Putrajaya yang cuba dikendurkan Anwar Ibrahim, kesemua ini mengundang keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini. 

16. Perlu diingat bahawa UMNO masih menguasai kerusi Melayu terbanyak di parlimen dengan sekitar 51 kerusi.  Sekiranya langkah drastik tidak diambil segera bagi menunjukkan kerajaan Pakatan hari ini mampu menjadi pelindung kesemua teras Melayu-Islam ini, tidak mustahil UMNO - bahkan PAS - bakal merampas sokongan di kerusi-kerusi Melayu yang kini dikuasai Pakatan.

17. Sedarlah bahawa rakyat amat mendambakan perubahan dan penambahbaikan yang sejati, bukannya 'blame game' yang tidak berkesudahan.

18. Hentikanlah alasan seperti 'segalanya perlu ditangguh dan disemak akibat kerosakan kerajaan terdahulu' sedangkan dalam masa yang sama kelompok tertentu terus rakus mengaut untung. Kisah seperti monopoli tapak DBKL oleh Armada PPBM disokong DAP Bukit Bintang, kisah saham Vincent Tan dalam syarikat berkepentingan ECRL (telah dijual), kisah kekayaan Taib Mahmud yang belum (dan enggan?) disiasat, dan pelbagai kisah lagi yang berlaku secara diam-diam sebegini wajib dibanteras segera.

19. Tunaikanlah segera janji untuk menurunkan beban hidup rakyat. Kurangkan berpolitik menyalahkan pihak lain. Cukuplah berpolitik demi kepentingan kelompok terpilih. Sayangilah rakyat. Kasihanilah rakyat.

#manifestoitujanji
#manifestowatch

Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Share:

TAKUT KALAH, HAKIM KES NAJIB DIMINTA TARIK DIRI


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, perlu menarik diri daripada terus mendengar kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese, berkata Mohd Soffian perlu berbuat demikian demi keadilan kerana beliau adalah adik kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Varughese berkata, Mohd Sofian sepatutnya mendedahkan pertalian dengan Mohd Soffi dan kedudukan abangnya dalam UMNO serta kerajaan Pahang kepada pihak pendakwaan selain pembelaan sebelum pendengaran kes semalam, berikutan Najib adalah bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Majlis Peguam percaya hakim itu perlu membuat pendedahan berkenaan bagi memelihara integriti prosiding serta mengelakkan kemungkinan berat sebelah.

"Malangnya, kegagalan hakim itu berbuat demikian menimbulkan persoalan mengenai kewajarannya untuk terus mendengar kes berkenaan.

"Majlis Peguam berpandangan, hakim itu perlu menarik diri daripada terus mendengar kes terbabit demi keadilan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini mendedahkan mengenai pertalian darah antara Mohd Sofian dan Mohd Soffi, sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan wujud konflik kepentingan dan berat sebelah jika hakim Mahkamah Tinggi itu terus mendengar kes membabitkan Najib.

Portal berita The Star Online hari ini melaporkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes terbabit, tidak mengetahui Mohd Sofian adalah adik kepada Mohd Soffi.

Semalam, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Najib, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Mohd Sofian pada jam 10.30 pagi semalam.
Mohd Sofian kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.

Mahkamah juga membenarkan bayaran itu dibuat secara dua kali ansuran iaitu sebahagian dibayar hari ini, manakala bakinya pada Isnin depan.

Dua anak Najib, Mohd Norashman dan Nooryana Najwa, tampil menjadi penjamin dan mengemukakan wang jaminan berjumlah RM500,000 hari ini manakala bakinya perlu dibayar Isnin depan.



Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik