Syed Saddiq Sound balik Ramasamy



KUALA LUMPUR - Jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini" demikian amaran Ketua Armada, Syed Sadding Syed Abdul Rahman kepada bekas Naib Pengerusi DAP, P.Ramasamy.

Tegasnya, beliau tidak akan meminta maaf kerana menyuarakan buah fikirannya apatah lagi memekakkan telinga terhadap suara rakyat.


"Saya tidak masuk politik untuk 'play safe'. Saya tidak masuk politik untuk jadi pak turut. Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan teliga apabila rakyat sudah bersuara

Berita Penuh - https://www.sinarharian.com.my/article/3458/BERITA/Politik/Amaran-Syed-Saddiq-kepada-Ramasamy
Share:

Syed Saddiq Budak Hingusan,tak layak desak Wayta Moorthy Letak Jawatan - Ramasamy




GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy membidas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, susulan tuntutan sayap parti itu yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy meletak jawatan.

Ramasamy berkata tindakan itu ‘menghina’ kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan Waytha Moorthy yang dilantik dan bukan terdiri daripada ahli Pakatan Harapan (PH).

“Itu adalah pilihan Dr Mahathir. Saya tidak faham mengapa pemuda BERSATU mahu Waytha Moorthy letak jawatan melalui memorandum yang turut disertai Syed Saddiq.

“Mungkin seseorang perlu bertanya adakah beliau patut menjadi sebahagian daripada delegasi (penyerahan memorandum), tambahan pula ia adalah penghinaan kepada Dr Mahathir kerana beliau yang melantik Waytha Moorthy.

“Dalam maksud lain, ARMADA BERSATU mempersoalkan keputusan Pengerusi partinya sendiri. Untuk itu, pemimpin ARMADA BERSATU itu perlu diambil tindakan,” katanya menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Syed Saddiq yang didakwa dalang dalam penyerahan memorandum bagi mendesak Waytha Moorthy meletak jawatan, bersama tiga lagi EXCO ARMADA BERSATU kepada Dr Mahathir, semalam.

Bagaimanapun, sumber memberitahu NSTP, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan hanya menjadi ‘pemudah cara’ bagi beberapa rakannya untuk menghantar terus memorandum berkenaan kepada Dr Mahathir.

Penyerahan memorandum itu antara desakan dan tuntutan selepas Waytha Moorthy dikatakan gagal meredakan ketegangan kaum dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield dekat Subang Jaya.

Waytha Moorthy turut menyalahkan polis selain masih belum mengemukakan permohonan maaf berhubung video lama tular apabila mendakwa kaum India didiskriminasi di negara ini.

- BERITA HARIAN - 

Share:

APA HUKUMAN KEPADA PEMBUNUH ADIB ???




PETALING JAYA : Seramai empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada malam Selasa minggu lalu, direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman kesemua suspek itu dikeluarkan Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff di Mahkamah Majistret di sini.


Keempat-empat individu yang direman sehingga Isnin depan bertujuan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Bagi kesalahan itu, suspek boleh dipenjara maksimum 20 tahun, jika disabit kesalahan.
NSTP semalam melaporkan pihak polis mengutamakan faktor kesihatan Muhammad Adib sebelum sebarang keterangan daripadanya diambil.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata setakat semalam, pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut mengenai anggota bomba itu daripada Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil itu.

Akibat kejadian itu, Muhammad Adib yang cedera parah ketika bertugas itu dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi.

Beliau bagaimanapun dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya dan setakat ini dilaporkan tidak lagi menggunakan mesin sokongan jantung.

Dua hari lalu, Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, dilaporkan berkata pihaknya berpuas hati dengan perkembangan positif anggota bomba itu dari semasa ke semasa yang kini berada pada tahap 70 peratus seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Pada 29 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhammad Fuzi Harun, menegaskan dakwaan bahawa Muhammad Adib dilanggar jentera bomba dan bukannya dipukul dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman adalah tidak benar.

- BERITA HARIAN - 
Share:

10 penceramah Agama dilarang muncul di TV dan radio era Malaysia Baharu

10 penceramah popular 'digam' tahun hadapan?

SHAH ALAM - Senarai nama penceramah yang didakwa bakal digam daripada muncul di TV dan radio bermula bulan depan tersebar.

Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias ada meluahkan perasaan sedihnya atas perkhabaran itu.

“Dengor khabarnya teman (saya) dah tak digalakkan untuk keluar dalam program di TV dan radio. Sedihnya, nak nangis pula rasanya.

“Alhamdulillah dunia dakwah sangat luas. Janji dakwah jalan terus yang sedihnya bagi yang menyekat itu, apa lah nak dijawab di hadapan ALLAH SWT apabila disoal sedangkan menyampaikan dakwah itu adalah perintah ALLAH..

“Lepas ini nak buat kerja apa ya?,” tulisnya di Facebook, malam tadi.

Nama Mohd Kazim di tempat kedua selepas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani diikuti Samsul Debat, Dr Redzuan Tee Abdullah, Ustaz Abdullah Khairi, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zamihan, PU Amin dan PU Syed.

Sementara itu, PU Syed akui tidak kisah sekiranya disekat muncul di kaca TV dan corong radio.

“Ambe (saya) tak kisah jika disekat untuk ke udara di TV atau Radio milik kerajaan atau swasta. Zaman ini siaran langsung kita boleh buat sendiri pada bila-bila masa dan di mana jua.
“Kenapa nak bersedih? Relaks-relaks saja. Ambe disekat kerana tegur kerajaan jika ambe ampu kerajaan, nama ambe takkan tersenarai,” katanya.

Malah katanya, beliau sering berdepan ‘dibuang’ daripada mengajar di masjid ketika zaman BN lagi.
Namun beliau tidak takut kerana ujian ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan ujian diterima para anbiya.

“Ambe sejak zaman BN memerintah, jika ada salah, ambe akan tegur dan ambe tak takut.
“Mungkin mereka tak tahu bahawa ujian terhadap usaha dakwah para anbiya lagi dahsyat sehingga ada yang dibunuh oleh kaumnya.

"Jadi apa yg berlaku ini hanya kemuncup yg melekat dan boleh dibuang begitu sahaja. Ambe bukan kumpul harta melalui denai dakwah ini cuma mencari reda ALLAH untuk bekalan di Akhirat sana,” katanya.

- SINAR HARIAN - 

Share:

TRAGEDI UMNO SABAH, HIKMAH KEPADA AGAMA



Wilfred Madius Tangau (seorang Kristian Katholik) Presiden UPKO, Ahli Parlimen BN Tuaran keluar drpd BN bersama 4 ADUN UPKO BN selepas TS Musa Aman mengangkat sumpah sbg CM Sabah secara sah.

Tangau digelar “katak no 1” Sabah yg menumbangkan Kerajaan sah UMNO di bawah pimpinan Musa Aman.

Akibat melompat 4 ADUN itu menyokong Shafie Afdal, maka Shafie jadi CM Sabah secara tidak bermaruah. Tangau kemudian dilantik jadi ADUN & Timb Ketua Menteri Sabah. Di Sabah boleh ada ADUN lantikan.

Kes Musa Aman yg telah ditutup oleh Peguam Negara 10 tahun yg lalu mengenai dana politik dibuka semula oleh AG Tommy Thomas (seorang Kristian) sehari sebelum Mahkamah di Sabah menolak permohohan beliau sbg Ketua Menteri yg sah.

Ketua Hakim ialah Richard Malanjun org Sabah (seorng Kristian). Menteri Kehakiman VK Liew org Sabah juga seorng Kristian. Yg cadang 3 Kristian ini kuasai kehakiman negara Islam Malaysia ialah DAP, Lim Guan Eng yg juga seorng Kristian. Dlm era BN, Menteri yg jaga Kehakiman, Ketua Hakim Negara & Peguam Negara ketiga-tiganya adalah Islam.

Hari ini pimpinan Islam UMNO Sabah akur dgn kejayaan pihak Kristian utk mengubah kepimpinan Islam Sabah secara tidak sah dgn keluar drpd UMNO. Satu episod yg menyayat hati pejuang Islam. Pada awal 1990an, UMNO masuk ke Sabah kerana perjuangan lawan Kristian yg dipelopori oleh PBS pada waktu itu.

Kita berjuang kerana Allah demi ABATA, Agama Bangsa Tanah Air. Kita mesti tabah & berani dlm perjuangan sukar di akhir zaman ini, perjuangan Islam berhadapan dgn musuh-musuhnya adalah jihad yg besar.

- PEJUANG ABATA -
Share:

TOLAK ICERD ISU BERSAMA, SAYA AKAN TURUN HIMPUNAN 812 SABTU INI - DSAI

Related image

Petaling Jaya: Tindakan UMNO dan PAS yang berkeras mahu mengadakan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) dianggap wajar kerana ia adalah hak rakyat untuk berhimpun secara aman

Bagi saya itu (memikirkan kesan perhimpunan) lebih penting. Saya fikir ia wajar teruskan perhimpunan untuk bantah ICERD kerana ia melibatkan keresahan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja orang Islam dan Melayu.
Share:

Maszlee buat Uturn nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah



KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menafikan laporan media yang mendakwanya menyebut kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah di sekolah.

Setiausaha Akhbarnya, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata perkataan sejarah yang disebut Maszlee tidak merujuk kepada sukatan pelajaran, sebaliknya merujuk kepada sejarah Malaysia secara am.

Katanya, laporan media berkenaan adalah tidak tepat kerana keputusan untuk memasukkan isu 1MDB ke dalam subjek Sejarah terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.

“Ketika menjawab soalan tambahan YB Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan), Dr Maszlee hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

“Laporan media memetik seolah-olah Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat.

“Soal sama ada ia akan dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.

“Kerjasama media dipohon agar membuat pembetulan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Maszlee dilaporkan berkata, isu berkaitan skandal 1MDB dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah di sekolah.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Ahmad ingin mengetahui fakta sejarah yang menjadi kontroversi dalam negara dan garis masa ditetapkan bagi membolehkannya dijadikan sebahagian daripada pengisian mata pelajaran.

- BERITA HARIAN - 

Share:

Skandal 1MDB masuk sukatan pelajaran Sejarah, Penipuan Hapus Tol Simpang Renggam pula tidak



KUALA LUMPUR: Isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah sebagai pengajaran.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kesilapan itu perlu dipelajari supaya tidak diulangi generasi masa depan.


“Saya boleh memberi jaminan isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi masa depan tidak akan mengulanginya.
 
“Sejarah khazanah yang ‘disamun’ dan juga pemimpin akan dimasukkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN UMNO-Pontian) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad ingin mengetahui fakta sejarah yang menjadi kontroversi dalam negara dan garis masa ditetapkan bagi membolehkannya dijadikan sebahagian daripada pengisian mata pelajaran.

Kepada soalan tambahan Hasanuddin Mohd Yunus (PH AMANAH-Hulu Langat) berhubung langkah diambil bagi memupuk minat tenaga pengajar dan pelajar lebih meminati subjek terbabit, Maszlee berkata, ia berada dalam tindakan kerajaan.

“Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menambah baik pengisian kokurikulum dan teks Sejarah. Kita akan bekerjasama dengan jawatankuasa sedia ada bagi memperkasakan pengisiannya.

“Selain itu, beberapa siri wacana dengan tokoh dan ahli sejarah diadakan bagi mengenali serta mendalami perspektif sejarah secara lebih naratif dan produktif,” katanya.

- BH - 
Share:

Papagomo ditahan kerana siar kenyataan berbaur hasutan, Waytha Moorthy bila lagi ???



POH
: Penahanan Blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dibuat kerana tindakannya menyiarkan kenyataan-kenyataan menerusi video berbaur hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Papagomo juga dilihat cuba menaikkan sentimen perkauman.


Sehubungan itu, tegasnya, polis perlu mengambil tindakan sewajarnya seperti menahan atau menangkap kerana isu perkauman yang dibangkitkan boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Kita tidak mahu perkara berkaitan perkauman dibangkitkan dalam keadaan luar biasa. Jika dibiarkan, ia akan menimbulkan masalah lain dari segi keselamatan.

"Jadi kita bukan sahaja mengambil tindakan terhadap Papagomo ini tetapi semua yang terlibat terutama mereka yang menggunakan media sosial untuk menimbulkan keadaan tegang dalam kalangan masyarakat," katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak antara Datuk Hasnan Hassan dan pemangku, Datuk Razaruddin Husain di Ipoh.

Wan Muhammad atau Papagomo ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang awal pagi ini untuk membantu siasatan dipercayai berhubung perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini.

- AWANI - 
Share:

400 cedera bantah kenaikan harga minyak

 

PARIS: Lebih 400 orang cedera, 14 daripada mereka parah, dalam bantahan siang dan malam ‘jaket kuning’ berhubung kenaikan harga minyak di sekitar Perancis yang meragut satu nyawa, kata Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner semalam.

Angka yang cedera itu lebih dua kali ganda berbanding yang dikira kelmarin, diikuti apa yang disifatkan Castaner sebagai malam ‘bergolak’ di 87 lokasi di seluruh negara di mana penunjuk perasaan menyekat jalan raya bagi menyuarakan kemarahan dalam siri kenaikan cukai petrol.

Mangsa yang cedera berjumlah 409 secara keseluruhan, termasuk 28 anggota polis, polis separa tentera atau anggota bomba.

Berlaku lebih banyak bantahan semalam di beberapa rantau di seluruh Perancis, menjurus gangguan lalu lintas, namun ia semakin reda, menurut wartawan AFP.

Namun kumpulan peruncit Perancis, Auchan melaporkan insiden ganas di sekitar 20 pusat beli belah miliknya yang mengendalikan pasar raya besar.

Castaner memberitahu radio RTL, 288,000 orang mengambil bahagian dalam bantahan semalam di 2,034 lokasi di seluruh negara. Beliau menambah, kira-kira 3,500 orang sanggup bermalam.

Polis menyoal 282 penunjuk perasaan secara keseluruhan, 73 pada waktu malam daripada 157 yang ditahan. -AFP
Share:

Kalau Kapal Equanimity bukan milik Jho Low jadi milik siapa ???

Image result for equanimity milik mahathir

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang berpendapat kapal Equanimity bukan milik Low Taek Jho perlu mendapatkan khidmat guaman dan membawa pertikaian itu ke mahkamah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata sehingga kini tiada pihak tampil mengemukakan bukti di mahkamah bagi membuktikan kapal persiaran mewah bernilai kira-kira RM1 bilion itu bukan milik ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

“Oleh itu, kes ini dibawa ke mahkamah sejak perintah penahanan, penyitaan dan kelulusan menjual dikeluarkan terhadap kapal berkenaan.

“Setakat ini, tiada pihak mengemukakan pertikaian mengenai pemiliknya.
“Saya pun hairan, kalau betul kapal ini milik orang lain, sepatutnya mereka mencabar di mahkamah,” katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Siti Zailah meminta perincian sama ada kerajaan berupaya mengesahkan kapal mewah itu milik Jho Low, selain mendedahkan identiti syarikat yang mengendalikan perolehannya selepas dikatakan didaftar di Pulau Cayman.

Susulan perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti), Mohamed Hanipa berkata, semua urusan pendaftaran di Pulau Cayman ditamatkan, sekali gus membolehkan urusan penjualan aset mewah itu dilakukan kerajaan.

“Orang yang beli (kapal ini) akan mendapat hak milik sah, justeru saya hairan kenapa tidak cabar dari awal (bahawa ia bukan milik Jho Low),” katanya.

Menjawab soalan tambahan Teh Kok Lim (PH DAP-Taiping) mengenai status tindakan perundangan terhadap individu berkaitan, termasuk Jho Low, Mohamed Hanipa berkata, proses yang giat dijalankan itu tertakluk kepada bidang kuasa Peguam Negara.

Beliau turut menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat membantu membawa balik ahli perniagaan kontroversi itu ke tanah air bagi berdepan pertuduhan supaya berhubung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita harap kalau Jho Low dengar, baliklah untuk pertahankan diri sebab ketika ini difahamkan beliau sanggup belanjakan RM4 juta dengan melantik firma guaman bagi memperbaiki imejnya di serata dunia,” katanya.

- BH - 
Share:

Maszlee mahu dedah skandal kementerian pendidikan era BN, bukan hapus PTPTN

https://i.malaysiakini.com/1334/e88f684ee2b4c48767e64887b2d44b8b.jpeg=s480

Isu Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang 'hilang' dari sekolah hanyalah satu daripada banyak skandal dalam kementerian pendidikan ketika era BN, kata menterinya Dr Maszlee Malik.

Dan beliau berikrar akan terus mendedahkan apa yang berlaku dalam kementeriannya dulu sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di masa akan datang.

Beliau mengulas isu PS1M yang sepatutnya berjalan sejak Mac lalu tetapi menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, makluman daripada sekolah mendapati ia belum diterima.

"Program itu penuh skandal, kita tahu bagaimana menteri pendidikan lalu (Mahdzir Khalid) berkata tidak tahu tentang kehilangan susu itu.

"Ia sudah gagal dan susu hilang selama setahun. Apabila kita periksa kita pun tak tahu ke mana perginya, dan bukan itu saja (skandal yang ada)," katanya dalam sidang media di Parlimen.

"Mulai sekarang saya akan dedahkan banyak masalah yang berlaku yang ditinggalkan oleh menteri terdahulu Rakyat berhak tahu kerana ia melibatkan duit mereka sebagai pembayar cukai," katanya lagi, sambil memaklumkan akan menubuhkan pasukan kerja untuk menyemak semula projek yang diberikan melalui rundingan terus dan projek yang gagal.

Pada 9 November lalu, Mahdzir berkata beliau "tidak tahu" tentang susu bawah PS1M yang tidak diedar sejak awal tahun ini.

Maszlee juga mengulang kembali kenyataan timbalannya Teo Nie Ching bahawa program itu tidak akan diteruskan untuk tahun ini dan akan dinilai semula berdasarkan peruntukan tahun depan.

"Sudah bulan November. Kita akan lihat sama ada untuk teruskannya pada 2019, dan perlu dibincang lagi," katanya.

PS1M merupakan program di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sepatutnya mengedarkan susu kotak kepada murid miskin di sekolah.

Untuk rekod, perlaksanaan RMT telah menerima peruntukan RM299 juta daripada kerajaan BN seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2018.
Share:

Dakwaan dirasuah RM5 juta: Farid Kamil tutup phone dan gagal hadir bantu siasatan

Datuk Farid Kamil Zahari

SHAH ALAM 10 Nov. - Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari masih belum hadir memberi keterangan berhubung dakwaan diberi rasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah meminta suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu untuk hadir bagi diambil keterangan melalui adiknya .

"Kita telah cuba untuk menghubungi Farid Kamil tetapi gagal. Oleh demikian, kita telah menghubungi adiknya bagi memaklumkan perkara tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Semalam, Polis Selangor memaklumkan akan memanggil Farid Kamil dalam masa terdekat susulan dakwaan pelakon itu mengatakan dirinya cuba diberi rasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam, 43.

Laporan tersebut dibuat kira-kira pukul 6 petang kelmarin di Balai Polis Kota Damansara dekat sini.-UTUSAN ONLINE

Share:

NGA KOR MING AHLI PARLIMEN DAP TERIMA RASUAH RM300,000 - PEGUAM



Seorang peguam membuat laporan SPRM terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming, seorang taikun perniagaan dan Pakatan Harapan (PH).

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz membuat laporan itu berdasarkan tulisan di blog Koon yang telah pun dipadamkan.

Bagaimanapun Azam sempat menyalin tulisan tersebut.

Nga didakwa menerima “sumbangan” ratusan ribu ringgit secara peribadi dan untuk PH.

Malaysiakini telah menghubungi Nga dan ahli perniagaan itu dan sedang cuba mendapatkan penjelasan mereka.

Sumber - MalaysiaKini 
Share:

Lawatan Wan Azizah ke Sarawak guna duit kerajaan untuk kempen pemilihan

 https://www.thestar.com.my/~/media/online/2015/04/25/00/31/btwcandi240415-5.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=187E01536E7394BAA8B7CF8F5B3DC1F0DAC0F660

PETALING JAYA 7 Nov. - Lawatan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke Sarawak menjelang pemilihan terakhir parti berkenaan Sabtu ini dipertikai.

Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, lawatan berkenaan tidak wajar dan sangat dipersoalkan, kerana beberapa isu membabitkan bahagian berkenaan.

Peguam PKR itu berkata, antaranya Ahli Parlimen Julau, Larry Sng sendiri kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain pertambahan mendadak ahli di kawasan itu kepada 13,000 orang.

Pertambahan mendadak keahlian itu, kata beliau, menjadi Julau merupakan kawasan bagi ramai ahli PKR dan mampu menentukan keputusan atau `King Maker’ pemilihan.

Pada masa yang sama Sng, kata Latheefa, turut secara terbuka mengumumkan kesetiaannya kepada kem yang diketuai Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Dalam satu kenyataan hari ini, Latheefa berkata Wan Azizah, yang juga timbalan perdana menteri dilihat bersama pula bergambar dengan Sng semasa lawatannya.

“Tiada alasan yang dapat difikirkan mengapa lawatan Wan Azizah mesti dibuat menjelang pemilihan PKR di Sarawak. Kenapa timbalan perdana menteri tidak melawat selepas pemilihan parti?”

Beliau mendakwa lawatan Wan Azizah juga melibatkan kedudukannya dan aset kerajaan, dengan menyatakan Wan Azizah mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk jalan di Julau.

“Ini diumumkan dengan kehadiran Sng, yang juga calon di bahagian Julau dan jawatankuasa pusat parti.
“Dalam keadaan ini, penting bagi timbalan perdana menteri menerangkan sebab lawatannya ke Julau menjelang pemilihan PKR Sarawak. Orang ramai berhak tahu,” katanya.
Share:

GAJI MENTERI DAP RM1.2 JUTA SETAHUN, RAKYAT MASIH MEREMPAT

 

MELAKA TENGAH - Penduduk di sekitar Tanjung Kling di sini, bimbang dengan nasib seorang warga emas yang dilihat sering berkeliaran, terbiar dan tidak terurus di kawasan terbabit.

Mereka berharap, pihak berwajib khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil tindakan termasuk menempatkannya di rumah jagaan orang tua agar kehidupannya lebih terurus.

Seorang penduduk, Othman Abu, 55, mendakwa, warga emas terbabit, Hassan Ab Rahman, 62, berasal dari Kampung Pinang di sini, dikatakan mula mengalami masalah kesihatan mental sejak muda lagi.

Othman yang juga jiran kepada Hassan berkata, warga emas itu tidak pernah berkahwin dan hidup sebatang kara.

“Dia selalu tidur merata-rata, kadang-kadang di pondok menunggu bas dan ada masanya dia dilihat tidur di surau.

“Harapan kami, ada pihak yang bertanggungjawab terutama JKM supaya terjaga makan dan minumnya,” katanya yang juga Timbalan Ketua Nelayan di Jeti Pengkalan Lereh di sini.

Menurut Othman lagi, biarpun difahamkan Hassan adalah penerima bantuan bulanan daripada JKM, namun dia sering diberikan sedekah oleh individu yang bersimpati terhadapnya.

“Apa yang saya tahu, dia tidak suka meminta tetapi bila lihat keadaannya ramai yang hulur sumbangan pada dia, malah kami pun para nelayan selalu berikan makanan buatnya setiap kali melihat dia muncul di sini.

“Meskipun begitu dia tidak mengancam sesiapa cuma ada kalanya dia gemar mengalihkan barang orang ke lokasi lain,” katanya.

Othman juga memberitahu, warga emas terbabit juga ada kalanya berkelakuan normal dan berbual seperti orang biasa.

“Saya pernah bertanya kepadanya, tentang adakah dia mahu menetap di rumah orang tua-tua atau tidak, jawabnya dia setuju.

“Cuma terpulanglah kepada pihak terbabit mahu respon hal ini atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JKM negeri, Burhanuddin Bachik ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menghantar pegawai untuk melakukan siasatan hal ini sebelum sesuatu tindakan dapat diambil.
Share:

Pendapatan Guan Eng RM86,464.92, tertinggi di Malaysia

https://www.mysuara.net/wp-content/uploads/2018/01/GUAN_ENG_PP.jpg

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencatat pendapatan tertinggi di kalangan Ahli Parlimen dan pentadbiran kerajaan iaitu berjumlah RM86,464.92.

Ia berdasarkan Portal Pengisytiharan harta anggota Parlimen dan pentadbiran kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedudukan seterusnya adalah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan RM75861.57, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (RM73,576.15), Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (RM72,276.37) dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok (RM68,142.66).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula berada di kedudukan kesembilan dengan pendapatan sebanyak RM 59,048.33.

Maklumat itu dimuat naik ke Portal Pengisytiharan Harta SPRM tanpa memaklumkan butiran terperinci mengenai jumlah itu sama ada bagi tempoh sebulan atau setahun.

Portal itu juga memaklumkan setakat ini seramai 46 ahli parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka sementara 77 lagi belum melakukannya.

Manakala seramai 19 anggota pentadbiran kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka dan 30 lagi belum melakukan perkara yang sama.

- BERITA HARIAN - 

Share:

TIADA LAGI SUBSIDI UNTUK ORANG MISKIN DAN PKS

KUALA LUMPUR 31 Okt. Kerajaan membayangkan tiada lagi pemberian subsidi kepada rakyat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana di negara ini.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, subsidi hanya membuatkan seseorang itu tidak mampu berfikir dan tidak boleh berdikari.
Katanya, kerajaan kini tidak lagi seperti kerajaan terdahulu yang selalu memberi subsidi kepada kebanyakan rakyat.
“Lihat saja kerajaan terdahulu, mereka memberi wang kepada golongan miskin dan golongan itu tidak perlu bekerja. Walaupun tidak bekerja,tetap mendapat RM500 (Bantuan Rakyat 1Malaysia).
“Jika Malaysia terus menjadi sedemikian, tidak lama lagi, semua orang tidak akan mampu berfikir, tidak boleh bergerak dan tidak boleh melakukan kerja dengan sendiri kerana terlalu bergantung kepada subsidi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dasar nasional Industri 4.0, Industry4WD di Menara MITI di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking dan Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai. 
-UTUSAN ONLINE
Share:

Kenaikan Harga Gas Memasak Menggembirakan Kumpulan Peniaga - Menteri

Related image

Menurut Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), kenaikan itu berkuat kuasa mulai 1 November 2018 dibuat selepas menerima kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga.

“Purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per MMBtu untuk tempoh Julai hingga Disember 2018 adalah sejajar dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan tiga tahun mulai Januari 2017.

IBR membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) setiap enam bulan.

Jelas Gas Malaysia, di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan 77 sen per MMBtu akan dilaksanakan untuk semua kategori disebabkan harga kos gas sebenar yang tinggi berbanding harga rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh tersebut.

“Ini bermakna tarif efektif purata pada RM32.69 per MMBtu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Share:

DAP akan tutup Tabung Harapan pada 31 Disember



PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk menutup Akaun Amanah Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) pada 31 Disember ini, selepas tujuh bulan ditubuhkan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sehubungan itu, Jabatan Audit Negara akan mengaudit Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah Tabung Harapan bagi memastikan pengurusan tabung dibuat secara teratur dan berintegriti.
“Pelantikan firma audit luaran oleh Kementerian Kewangan bagi tujuan mengaudit akaun Tabung Harapan juga dibuat selaras dengan Seksyen 7 Akta Audit 1957.

“Ini adalah kerana Tabung Harapan membabitkan dana yang disumbang oleh rakyat untuk membayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kerajaan komited untuk terus telus dengan setiap sen yang diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah terkumpul Tabung Harapan sehingga jam 3 petang semalam sebanyak RM196.3 juta yang merangkumi sumbangan daripada mana-mana orang, organisasi atau badan serta faedah daripada pelaburan simpanan tetap yang ditadbir oleh Jabatan Akauntan Negara.

“Kami juga merafak sembah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di atas sumbangan baginda kepada Tabung Harapan,” katanya.

Menurutnya, walaupun jumlah yang disumbang oleh rakyat Malaysia dari hasil titik peluh mereka masih tidak boleh dibanding dengan hutang RM1 trilion diwarisi kerajaan Pakatan Harapan (PH) akibat skandal kewangan seperti 1MDB, Tabung Harapan akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara.

“Sejak penubuhannya, pelbagai peringkat masyarakat sudah memberikan sumbangan melalui pelbagai kaedah sebagai menzahirkan solidariti rakyat bersama kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara bertambah baik.

“Keikhlasan kerajaan untuk memastikan sumbangan Tabung Harapan adalah berdasarkan keprihatinan kepada hutang negara dicerminkan dengan penolakan tawaran sebuah syarikat negara asing untuk menderma RM100 juta kerana disyaki ada niat tertentu di sebalik sumbangan itu,” katanya.

Tabung Harapan ditubuhkan oleh kerajaan PH pada 30 Mei lalu untuk menerima wang derma dan sumbangan daripada mana-mana orang perseorangan dan syarikat bagi membantu kerajaan menangani isu hutang negara.

Selaras itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu bersetuju dengan penubuhan Tabung Harapan mengikut peruntukan subseksyen 9(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61).

Guan Eng berkata, semua rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan derma boleh melakukannya sebelum 31 Disember ini.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma Tabung Harapan yang mendokong pentadbiran kewangan bersih yang bebas dari amalan rasuah,” katanya.

Share:

Tidak semua 300 ribu gay jalin hubungan songsang, biarkan mereka - Menteri

Related image

Jumlah 310,000 gay yang dikenal pasti perlu diperhalusi lagi kerana tidak semua daripada mereka terus terlibat dengan “kegiatan songsang”, kata menteri agama.

Datuk Seri Mujahid Yusof berkata terdapat golongan itu yang hanya mempunyai kecenderungan dan ada juga yang telah meninggalkan gaya hidup sedemikian.

“Kita tidak boleh kata lebih 300,000 itu semua terlonggok dalam perkara yang mereka telah lakukan. Yang disebut bilangan itu kita kena pecahkan lagi.

“Isunya ada mereka ada keinginan (gay) tetapi tidak semestinya mereka buat. Kita jangan ambil secara umum dengan mengatakan (jumlah) itu buat salah.

“Daripada jumlah itu ada yang mempunyai keinginan sahaja jadi kita tangani dari awal.

“Ada yang terlibat perbuatan songsang itu dan dia sedar ia tidak betul dan mereka balik semula,” katanya semasa sidang media di lobi parlimen hari ini.

Pakar isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini berkata jumlah gay di Malaysia dianggarkan berjumlah 310,000.

Katanya, berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan, hanya terdapat sebanyak 173,000 orang pada lima tahun lalu.
Read more at https://www.kinitv.com/video/66942O74#W3vjqSwpVfUzLBfs.99
Share:

Polis sahkan penyekat talian ditemui di pemilihan PKR Kuala S'gor



PEMILIHAN PKR |
Polis mengesahkan alat yang ditemui di Stadium Tertutup Kuala Selangor - lokasi pemilihan PKR - pagi tadi adalah sebuah penyekat talian (jammer).
 
Pemilihan di Kuala Selangor dibatalkan selepas tablet yang digunakan untuk proses e-undi tidak mendapat talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Mohd Asri A Wahab berkata alat itu adalah penyekat talian dengan enam antena.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat dan boleh dihukum penjara antara setahun hingga lima tahun atau denda, atau kedua-dua sekali.

Terdahulu, seorang calon bagi pemilihan PKR Kuala Selangor mendakwa terdapat penyekat talian yang digunakan untuk mensabotaj pemilihan parti yang sepatutnya bermula pagi tadi.

Calon ketua pemuda PKR Kuala Selangor R Sabahbathi berkata alat itu ditemui oleh pekerja majlis daerah tengah hari tadi ketika membersihkan Stadium Tertutup Kuala Selangor - tempat pengundian dijalankan.

Selepas memeriksa alat itu, katanya, pekerja itu memangil anggota PKR yang sedang membuka kanopi di kawasan luar stadium, termasuk dirinya, dan menyerahkan alat itu.

Alat itu didakwa diletakkan di lantai di tengah-tengah kerusi pemerhati. Ia memiliki enam antena dan label "4G" dan "WiFi".

"Mereka (pekerja masjils daerah) tidak tahu alat itu. Mereka tanya kita dan ingat ada yang tertinggal barang ketika mahu tutup stadium.

"Ketika kami pergi kepada mereka, telefon kami tidak lagi boleh membuat panggilan. Apabila alat itu ditutup, kami pun boleh buat panggilan semula," kata Sabahbathi ketika dihubungi Malaysiakini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din ketika dihubungi Malaysiakini berkata mereka setakat ini belum menerima laporan tentang perkara itu, dan tidak sedar akan dakwaan itu.

Sabahbathi berkata beliau telah membuat laporan polis, dan mendakwa beliau dan seorang lagi calon M Gohgilarajan mengesyaki ada orang yang menggunakan alat itu untuk mengganggu dan "mensabotaj" pemilihan pagi tadi.

Terdahulu, Bernama melaporkan pemilihan PKR peringkat cabang Kuala Selangor terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, ekoran masalah sambungan internet.

Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Azmira Ibrahim berkata, isu berkaitan internet menyebabkan masalah terhadap sistem e-undi.

"Kami bagi tempoh sehingga pukul 11 pagi dan jika masih bermasalah, kena tangguh kepada tarikh dan tempat lain," katanya seperti dipetik.

- MALAYSIA KINI - 

Share:

TOK PA BAKAL JADI MENTERI GANTI LIM GUAN ENG




PETALING JAYA - Bekas Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sah sertai Bersatu malam ini selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi.

Beliau yang juga bekas Merteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membuat keputusan berkenaan selepas lebih sebulan mengumumkan menjadi ahli Parlimen Bebas apabila meninggalkan Umno.
 

Menurutnya, keputusan memilih wadah perjuangan politik baru itu diambil kerana beliau percaya ia memberi peluang buat dirinya memainkan peranan lebih berkesan sebagai wakil rakyat.

“Setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas selama beberapa minggu dan meneliti perkembangan politik semasa, saya telah mengambil keputusan untuk menyertai Bersatu.

“Saya percaya ia akan memberi peluang untuk saya memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membela kepentingan pengundi saya di Jeli dan rakyat Kelantan secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian kepada Dr Mahathir selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di sini, malam tadi.

Tambah Ahli Parlimen Jeli itu, beliau menyokong segala usaha Dr Mahathir yang memberi penekanan terhadap integriti dan ketelusan ke arah mewujudkan pentadbiran lebih baik dalam kerajaan.

“Saya juga menyokong langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara. Usaha ini penting dalam memastikan ekonomi negara dibangunkan secara lestari.

“Saya berharap dapat turut sama membantu usaha Bersatu melaksanakan agenda pemerkasaan Bumiputera di samping menjayakan pelan ekonomi lebih inklusif,” ujarnya.
Mustapa atau mesra disapa Tok Pa mengumumkan keluar Umno, parti disertainya lebih 40 tahun dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 18 September lepas.
Share:

LEWAT SERAH KERTAS PERTUDUHAN KERANA KEHABISAN DAKWAT PRINTER



KUALA LUMPUR: Bekas pembantu khas Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil melahirkan rasa tidak berpuas hati kerana pihak pembelaan hanya menerima kertas pendakwaan sejam sebelum prosiding bermula.

Beliau turut menyelar Peguam Negara, Tommy Thomas kerana lewat menyerahkan kertas pendakwaan terbabit.

"Ini adalah satu perkara di luar kebiasaan. Pasukan pembelaan hanya dapat beberapa minit untuk menelitinya.

“Sebelum ini pasukan pembelaan menerima awal kertas pendakwaan dan itu amat memudahkan tugas mereka,” katanya ketika ditemui perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini memohon mahkamah ditangguhkan selama 30 minit kerana menerima kertas pertuduhan jam 8.55 pagi dan prosiding bermula jam 9.17 pagi.

Mengulas lanjut, Isham yang juga Presiden Sukarelawan Malaysia mendakwa, tindakan lewat menyerahkan kertas pendakwaan itu menyebabkan penyokong bekas Perdana Menteri terbabit tidak dapat berkumpul untuk menyatakan sokongan mereka.

Terdahulu, Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas enam tuduhan pecah amanah milik wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion.

Najib, 65 dan Irwan Serigar, 61 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Share:

MENTERI TIDAK HADIR KE PARLIMEN KERANA NENEK SAKIT

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - 'Kehilangan' menteri-menteri Kabinet ketika Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) semalam bukan isu besar.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terpulang kepada menteri dan ahli Parlimen untuk mendengar perbahasan itu atau tidak.

"Semua itu akan masuk hansard dan pegawai yang hadir akan mencatat.  Saya tak fikir itu jadi isu besar.

"Saya tak tahu kenapa mereka tak nak dengar. Mungkin dah selalu dengar atau dah jemu dengar ke, wallahualam," katanya dalam sidang media, hari ini.

Semalam, Najib dalam Facebooknya menyindir menteri dan timbalan menteri yang tiada di tempat duduk mereka ketika beliau bangun berucap di sidang Parlimen.

Sedangkan, kata Najib, sebelum itu ramai menteri dan timbalan menteri yang mencabar beliau untuk berani di pentas Parlimen.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, sesi perbahasan itu boleh didengar di mana-mana saja.

"Sebab ia siaran langsung, anda boleh berada di pejabat masing-masing dan mendengarnya.

Di seluruh negara ia boleh diakses termasuk kawasan tertentu di Parlimen.
"Tak semestinya kena ada di dalam dewan," katanya.
Share:

SAYA SETUJU DESAKAN PEMNADU TEKSI TERHADAP PERDANA MENTERI - DSAI

Anwar dengar keluhan pemandu teksi PD

PORT DICKSON 21 Okt. -  Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa hampir dua jam pagi ini bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat di pusat bandar Port Dickson.

Premis-premis perniagaan, restoran dan pejabat pos menjadi antara lokasi yang disinggahi yang Anwar selain beliau turut mengambil peluang bertemu dengan pemandu--pemandu teksi yang merupakan antara nadi kepada sektor pelancongan di Port Dickson.

Pertemuan dengan kira-kira 30 ahli Persatuan Kebajikan Tuanpunya dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Daerah Port Dickson itu turut digunakan Presiden PKR itu untuk mendengar keluh kesah yang dihadapi pemandu-pemandu teksi tersebut.


Artkel berkaitan -- Dr Mahathir sedia letak jawatan jika rakyat minta

Pengerusi persatuan tersebut, Rosli Latib, 55, berkata, beliau berkesempatan meluahkan kekecewaan para pemandu teksi di Port Dickson yang semakin hari terjejas sumber pendapatan ekoran kehadiran perkhidmatan e-hailing seperti Grab.

“Sejak perkhidmatan e-hailing beroperasi, sumber pendapatan pemandu teksi di bandar ini semakin berkurangan ekoran pelancong lebih memilih perkhidmatan tersebut.

“Datuk Seri Anwar mengambil maklum keluhan kami itu malah beliau juga berjanji untuk membawa masalah yang dihadapi kami itu ke Parlimen sekiranya beliau berjaya menjadi Ahli Parlimen kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, kehadiran Anwar yang kelihatan segak berkemeja putih turut diambil kesempatan oleh orang ramai dan peniaga-peniaga untuk bersalaman dan berswafoto dengan beliau.


- UTUSAN ONLINE

Share:

Dr Mahathir sedia letak jawatan jika rakyat minta

Image result for lim guan eng + mahathir

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadap dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, namun kembali semula selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan...saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara...orang panggil balik, jadi saya datang.
“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya pada Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan GRAB yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, GRAB akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam Kabinet...saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

“Saya akan usaha lagi...saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan GRAB, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.

- BERITA HARIAN - 
Share:

Harga 115 barangan naik sehingga 41% selepas SST, Rakyat Ok - Timbalan Menteri



KUALA LUMPUR: Sebanyak 27% atau 115 daripada 417 barangan mengalami kenaikan harga antara 0.09% hingga 41.65%, selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

Beliau berkata, 70% atau 291 barangan mencatat penurunan antara 0.11 hingga 37.61%, manakala baki harga 11 barangan tidak berubah berdasarkan perbandingan harga antara Mei hingga September lalu.

Katanya, 417 barangan itu merangkumi 6 kategori, iaitu 136 barangan segar, barangan kering (25), barangan berbungkus, tin, pek dan botol (159), minuman (25), makanan dan barangan bayi (49) serta barangan kebersihan (23).

Chong berkata, memandangkan SST dikenakan di peringkat pengeluar, impak cukai jualan ke atas harga barangan keperluan belum ketara pada awal pelaksanaan.

“Kementerian menjangkakan harga barangan akan menunjukkan perubahan lebih ketara apabila stok yang dikeluarkan mulai September berada di pasaran.

“Kementerian akan terus memantau pergerakan harga barangan keperluan pengguna di pasaran bagi memastikan harga yang dikenakan adalah berpatutan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) yang meminta penjelasan harga barangan masih tinggi dan tidak turun, walaupun sistem percukaian negara kembali kepada SST.

- FMT - 


Share:

NAIK HARGA PETROL JIKA MAHU TOL PERCUMA - PM



BALI: Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir mendedahkan, beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini menjadi beban yang besar.

“Pada masa itu saya menentang, saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma…ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di sini, semalam.

Perhimpunan itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia bertemakan ‘Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan Menangani Jurang Pembangunan Menerusi Tindakan Kerjasama Serantau dan Global’.

Ini lawatan kedua Dr Mahathir ke Indonesia sejak menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua susulan pilihan raya bersejarah Malaysia pada Mei dan perhimpunan peringkat ASEAN menjelang Sidang Kemuncak perkumpulan 10 anggota itu bulan depan di Singapura.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai tol, beliau bertanya siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol.

“Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya, mereka mahu meraih keuntungan tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatkan keuntungan?” katanya.

Dr Mahathir berkata di England tidak ada jalan bertol tetapi kerajaan negara itu mengenakan cukai yang sangat tinggi ke atas petroleum dan apabila harga petroleum naik, kenaikan cukai lebih tinggi.

“Jadi, mereka menggunakan wang itu. Bagaimanapun, jika anda memperoleh wang daripada hasil jualan petroleum, rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya juga perlu membayar.

“Tetapi di sini, pengguna (lebuh raya) yang bayar. Inilah pegangan kita, bagi mereka yang tidak menggunakan (lebuh raya) mengapa mereka perlu bayar?” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini berkata kerajaan PH perlu menyemak semula beberapa perkara yang diikrarkan kerana sebahagiannya akan mengakibatkan kerugian yang sangat besar jika dilaksanakan. - BERNAMA
Share:

SST alat penyapu lantai dikurangkan kepada lima peratus, boleh lah beli setiap hari - Menteri

https://www.thestar.com.my/~/media/online/2018/06/20/10/50/guaneng-reuters-240518.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=3CAACCAD4019DFD1A28019E3804D14989EF0F5F5

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan memutuskan untuk mengurangkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi alat penyapu lantai daripada 10 peratus kepada lima peratus.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata keputusan yang dibuat bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu susulan maklum balas diterima dari pelbagai sektor perdagangan dan industri supaya kerja penambahbaikan ke atas peraturan dan panduan SST dapat dilaksanakan.

“Susulan daripada maklum balas, Kementerian Kewangan sudah menurunkan kadar cukai jualan terutamanya bagi setengah barangan yang digunakan oleh golongan yang kurang berkemampuan.

“Kementerian Kewangan bersama JDKM memutuskan untuk mengurangkan cukai jualan SST bagi alat penyapu lantai daripada 10 peratus kepada lima peratus, ini adalah lebih rendah daripada kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berharap peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan semata-mata kerana SST.

“Sebab peniaga mesti tahu bahawa SST adalah cukai seperingkat di mana cukai jualan hanya dikenakan sekali sahaja ke atas harga pengimportan atau pengilang.

“GST pula adalah cukai berperingkat dan cukai yang pengguna kena bayar adalah berdasarkan kepada harga peruncit (retail price) yang jauh lebih tinggi daripada harga pengimportan atau pengilang yang membayar SST.

“Beberapa penambahbaikan akan dijalankan oleh JKDM bulan ini bagi memudahkan peniaga dan memastikan SST tidak akan meningkatkan kos yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.

Selain itu, Guan Eng berkata, lebih 1,300 peniaga mengunjungi kaunter pertanyaan SST di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya yang dibuka selama empat hari bermula Selasa minggu lalu.

Katanya, berikutan sambutan menggalakkan itu, operasi kaunter pertanyaan itu akan diteruskan untuk minggu ini dan selepasnya hingga segala kekeliruan mengenai pelaksanaan SST dapat dikurangkan kepada tahap yang memuaskan.

“Kita membuka 10 kios and 12 Kaunter Pertanyaan SST yang beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari selama empat hari berkenaan.

“Dua pegawai khas dari Pejabat Menteri Kewangan bersama dengan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menangani sebahagian besar daripada aduan, masalah dan pertanyaan berkenaan pelaksanaan dan dasar SST.

“Perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat JKDM, sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya.

- BH - 
Share:

PENGUATKUASAAN KHALWAT: MUFTI NEGERI JANGAN MEMANDAI-MANDAI - Menteri Agama



VIDEO>>>

Share:

Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB - KPN



KUALA LUMPUR: Siasatan polis setakat ini mendapati tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat pelaburan strategik, 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata daripada siasatan, Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low juga tidak pernah bekerja di 1MDB dan didapati semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarahnya.

"Polis sudah menjalankan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.

"Walau bagaimana pun, sekiranya polis memperoleh sebarang bukti baharu terhadap Taek Jho, tindakan yang sewajarnya menurut undang-undang akan diambil," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Fuzi berkata, tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) (DOJ) merampas kapal Equinimity di Indonesia yang didakwa dimiliki oleh Taek Jho adalah satu tindakan perlucutan hak sivil di Mahkamah AS terhadap Taek Jho dan bukan terhadap 1MDB.

"Pihak polis juga tidak menerima sebarang makluman daripada pihak berkuasa Indonesia atau Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung rampasan kapal layar Equainimity di perairan Indonesia pada 28 Februari lalu.

"PDRM juga tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi membantu dalam siasatan berkaitan kapal layar berkenaan," katanya.

- BH - 
Share:

Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat - Menteri Agama Islam



KUALA LUMPUR - Tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

“Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur.

“Contohnya, Islam melarang minum arak tetapi jika kamu melakukannya di dalam kawasan kamu sendiri, maka sebagai kerajaan, saya tidak akan masuk campur.


“Kebimbangan saya adalah apa yang berlaku di khalayak umum yang mencemarkan sensitiviti, sahsiah atau jenayah. Hanya itu yang kerajaan terlibat, bukan kerana kita mahu menjadi ‘polis moral’ tetapi kita mahu menjamin kesejahteraan awam,” katanya dalam temubual eksklusif bersama The Star.

Dalam temubual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.

“Isu penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksplotasi untuk sesetengah kes. Adalah sangat penting mereka (pegawai penguatkuasa) tidak terlibat dalam lingkungan persendirian,” katanya.

Mujahid yang memegang potfolio Hal Ehwal Agama Islam mengakui beliau berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mengubah imej jabatan itu.

Beliau sebelum ini diuji sebaik menjejakkan kaki ke jabatan itu termasuk kes melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), perkahwinan bawah umur, penipuan awam di mahkamah syariah dan gangguan seksual di sekolah tahfiz.

Mujahid juga berkata, beliau juga sedang mencuba untuk mengubah minta penjawat awam yang digambarkan sebagai konservatif agama yang mahu menegakkan kesucian Islam dengan pemahaman mereka sendiri.

- SINAR HARIAN - 
Share:

TIADA KESALAHAN BAWA KELUARGA IKUT ROMBONGAN PERDANA MENTERI KE US - MUKRIZ



ALOR SETAR,. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak menggunakan peruntukan kerajaan untuk membawa ahli keluarganya bersama ketika lawatan kerja rasmi di New York dan London, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau mendapat surat keizinan yang jelas menyatakan lawatan rasmi itu hanya melibatkan beliau dan isteri sahaja bersama dua orang pegawai.

“Bagaimanapun, saya sendiri membiayai belanja perjalanan anak saya termasuk penginapan bukan dibiayai kerajaan seperti dipertikaikan sesetengah pihak,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Exco, negeri di Wisma Darulaman di sini, petang semalam.

Mukhriz, beliau tidak melihat lawatan tersebut sebagai satu percutian keluarga semata-mata hanya kerana ia turut disertai anak dan isterinya.

“Saya tidak nampak ia satu masalah memandangkan ia tidak langsung menggunakan peruntukan kerajaan malah perlu saya mohon keizinan daripada Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas komen netizan yang mempertikaikan lawatannya ke Amerika Syarikat dan United Kingdom berkenaan turut disertai anak dan isterinya.

Mukhriz turut bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan delegasi Pejabat Menteri menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA), baru-baru ini.

Dalam lawatan rasmi itu, Mukhriz berjaya mengadakan perjumpaan dengan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan beberapa pihak yang berminat terlibat dalam inisiatif di Kedah.

Hasil pertemuan itu, beliau turut berjaya mencari peluang dan dana dalam pemeliharaan hutan di Kedah.

“Selain, saya turut mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan yang berminat untuk melabur di Kedah dalam pelbagai bidang selain mencari peluang baik untuk dibawa balik ke Kedah,” katanya.

Susulan lawatan itu, semalam, Mukhriz mengumumkan kerajaan negeri membuat keputusan untuk membatalkan semua permohonan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda.

Keputusan itu diputuskan untuk memastikan pembekalan air di Kedah dan negeri berhampirannya dapat diteruskan tanpa gangguan.

- Gerbang Post - 
Share:

BERITA YANG TIDAK AKAN KELUAR TV3 ATAU ASTRO AWANI



Disebalik pelbagai cabaran dan dugaan yang saya depani ketika ini, saya bersyukur ada berita baik buat Malaysia, di mana saya dapat berbangga dengan perkembangan ini.

Beberapa hari lalu, Petronas dan syarikat usahasama mereka termasuk syarikat Shell telah mengumumkan keputusan mereka untuk meneruskan pelaburan membina dua loji pemprosesan dan saluran gas sepanjang 670km di Kanada untuk diekspot - terutama kepada rantau Asia.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan bahawa pelaburan ini merupakan pelaburan asing terbesar dalam sejarah bagi negara itu. 

Walaupun kerajaan PH kita kelihatan tidak menghebohkan berita ini tetapi ini ialah sesuatu pengumuman yang amat signifikan buat Malaysia.

Syarikat Petronas memiliki 25% saham dalam pelaburan itu dan turut memiliki syarikat gas Progress Energy di Kanada selepas Petronas membeli syarikat ini sepenuhnya pada tahun 2012.

Syarikat Progress Energy ini mempunyai rizab gas antara yang terbesar di Kanada dan sudah pun mengeluarkan gas bagi jualan tempatan. Rizab gas dan minyak Kanada sebenarnya jauh lebih besar dari Malaysia.

Apabila loji dan saluran gas LNG Canada siap, Progress Energy akan mempunyai kemampuan menjual gas ini di rantau Asia di mana harganya lebih tinggi.

Kini, Petronas memiliki pelaburan terbesar di Kanada dan syarikat yang memiliki rizab gas yang antara terbesar di Kanada tetapi rakyat Kanada tidak pun menuduh bahawa negara mereka telah dijual atau tergadai kepada Malaysia.

Saya ada memain peranan di peringkat hubungan antara kerajaan (G to G) untuk meyakinkan kerajaan Kanada tentang keikhlasan dan kemampuan Petronas tentang pelaburan-pelaburan mereka.

Sepanjang tempoh saya menjawat sebagai Perdana Menteri, saya amat yakin bahawa Petronas perlu diberikan ruang untuk terus menjadi antara syarikat petroliam terbesar di dunia dan tidak hanya bergantung kepada rizab petroliam kita di Malaysia, yang suatu hari nanti akan habis.

Pada masa itu, saya tidak campur tangan di dalam urusan Petronas dan tidak memanggil Petronas untuk melabur di dalam sektor-sektor ataupun projek-projek yang tidak berkenaan dengan industri dan halatuju mereka.

Saya juga berhati-hati dengan tidak menekan Petronas untuk membayar wang yang berlebihan kepada kerajaan. Oleh itu, rizab wang tunai Petronas pada akhir bulan Jun 2018 dilaporkan sebanyak RM177 bilion - jauh lebih tinggi berbanding ketika saya mula menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dengan projek RAPID di Pengerang yang baru-baru ini sudah mula beroperasi dan pelaburan besar mereka di Kanada, Petronas kini berada di landasan yang tepat untuk terus dibanggakan dan menyumbang kepada negara.
Tahniah Petronas!

Daripada Facebook - Najib Razak
Share:

Drama Kerajaan, Tun M turun PD bantu Anwar



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Port Dickson bagi membantu Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Oktober ini.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau akan turun padang sambil mengerahkan jentera parti dalam skala besar.

“Saya dan jentera parti akan berada (di Port Dickson) pada 8 Oktober di majlis besar-besaran kempen kita.

“Kita juga berharap pengundi Port Dickson di luar akan balik mengundi kerana tiada undi pos.
“Kena balik juga kerana banyak (pengundi) berada di negara lain,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo.

Menjawab dakwaan gerakan BERSIH yang PH menggunakan menteri untuk berkempen di Port Dickson sebagai tindakan tidak adil, Dr Mahathir berkata, menteri adalah ahli politik.

Katanya, menteri selaku orang parti, mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada turun berkempen.
"Walaupun jadi menteri, kita parti punya orang. Kerja (dalam) parti kena buat. Lagipun, kita bukan dapat bayaran walhal guna duit sendiri sahaja," katanya.


- BH -


Share:

KENAPA PEGUAM MEWAKILI KERAJAAN PH TAKUT UNTUK KEMUKAKAN SURAT PELANTIKAN ???




KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib memohon supaya Datuk Sulaiman Abdullah yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya secara fiat (kebenaran rasmi) oleh peguam negara, mengemukakan kepada mahkamah surat pelantikannya.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam permohonannya, berkata pihak pembelaan mahu mendapatkan salinan surat pelantikan itu bagi mengenal pasti sama ada ia dibuat mengikut Seksyen 376, 377 atau 379 Kanun Acara Jenayah.

Muhammad Shafee berkata, ia adalah prosedur standard untuk memaklumkan kepada mahkamah berhubung pelantikan itu.

Sulaiman bagaimanapun bangun dan berhujah bahawa setiap permohonan hendaklah dibuat berdasarkan kepada apa yang diperuntukkan undang-undang, malah beliau tidak pernah meminta Muhammmad Shafee mengemukakan salinan sijil amalan guamannya.

Sulaiman turut mempersoalkan apakah motif di sebalik permohonan Muhammad Shafee itu.
“Apakah sindiran (melalui permohonan itu) ? Adakah hendak menyatakan bahawa saya dan pasukan pendakwaan mengelirukan mahkamah?

“Saya tidak akan memberikan dokumen itu walaupun ada memilikinya...Saya berpegang ini adalah rahsia rasmi kerajaan.

“Oleh itu saya memohon mahkamab menolak permohonan ini... Apa yang berlaku sebelum ini sudah berlalu, ini adalah Malaysia Baharu dan kita perlu teruskan,” katanya.

Muhammad Shafee kemudian membalas hujahan itu dengan berkata beliau terkejut dengan jawapan berkenaan kerana mengaitkan perkara berhubung pelantikan itu dengan rahsia rasmi.

Beliau berkata, pihaknya hanya mempersoalkan sama ada pelantikan Sulaiman adalah betul, sehubungan itu memohon untuk mendapatkan dokumen terbabit bagi mengesahkan ia adalah konsisten.

“Saya tidak berniat untuk menyindir sesiapa di sini, tetapi sebagai seorang pegawai awam kamu adalah tertakluk kepada pemerhatian masyarakat awam.

“Jika kamu diberikan kebenaran rasmi mengikut peruntukan, bagaimana ia boleh dikatakan sebagai rahsia rasmi?

“Bagaimana seseorang peguam yang dilantik sebagai secara fiat adalah istimewa? Ia tidak masuk akal,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, kerajaan baharu mengutamakan ketelusan.

Sulaiman kemudian membalas hujahan dan berkata, beliau membantah permohonan berkenaan kerana tertakluk kepada arahan oleh Peguam Negara dan tindakan pembelaaan boleh menyebabkan banyak masa terbuang.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian memutuskan supaya permohonan itu dibincangkan pada pengurusan kes akan datang iaitu pada 31 Oktober ini.

- BH - 
Share:

KES DS ROSMAH TANGGUH, KERTAS SIASATAN TAK SIAP KERANA PRINTER ROSAK



DS Rosmah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi jam 8 pagi. Kertas siasatan DS Rosmah tidak siap tetapi ditahan semalaman di lokap SPRM dan dibawa ke mahkamah.

Wang ikat jamin yang diminta pihak pendakwa asalnya RM10juta dengan 17 pertuduhan tapi akhirnya mahkamah hanya meminta bayar RM2 juta secara berperingkat.

DS Rosmah dituduh menyalahgunakan dana sebanyak RM7juta dibawah akta AMLA. Walaupun begitu pihak pendakwaan masih belum ada apa-apa bukti.

Begitu juga dengan DS Najib, kertas siasatan tidak lengkap. Dokumen kertas siasatan bagi kedua-dua kes yang dituduh terhadap beliau, pihak pendakwa hanya menyerahkan CD-ROM kerana alasan printer mereka rosak dan kehabisan dakwat.
-Tun Carlos
Share:

TUN M BERANG,DELIGASI AUSTRALIA PULA JUMPA PRESIDEN UMNO



Kuala Lumpur, 4hb Oktober–Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski serta rombongannya di Bilik Mesyuarat Presiden, Tingkat 38  di Menara Dato’ Onn, PWTC pagi ini. – Foto : MediaUMNO
Share:

TOLAK BERTEMU TUN M, DELIGASI BRITAIN JUMPA PRESIDEN UMNO


KUALA LUMPUR, 3 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan rasmi delegasi kanan Britain.

Kunjungan yang diketuai Timbalan Menteri Luar bagi Hal-Ehwal Asia-Pasifik dan Komanwel, Mark Field adalah yang pertama dibuat oleh sejak Zahid menjadi Presiden Umno.

Turut dalam rombongan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, David Thomas dan Setiausaha Pertama Tom Soper.

Dalam pertemuan selama 40 minit itu, mereka bertukar fikiran dan pandangan mengenai isu semasa serta kedudukan Barisan Nasional, khasnya UMNO, di dalam ‘kerajaan menunggu’ (government-in-waiting).

Perkara lain yang disentuh ialah kerjasama Britain dengan UMNO dan isu–isu mengenai kerajaan sekarang.

Turut dibincang ialah isu jenayah keganasan dan keselamatan di Laut China Selatan. -MediaUMNO
Share:

GAGAL JAWAB ISU RM2.6 BILION, TUN MAHATHIR DI MALUKAN WARTAWAN BBC



MAHATHIR GAGAL JAWAB ISU 2.6 BILLION


Wartawan BBC Hardtalk telah bertanya kepada Tun M tentang dakwaan korupsi 2.6 billion terhadap DS Najib Razak.


Wartawan itu mengatakan bahawa DS Najib telah mengatakan bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada Kerajaan Arab Saudi dan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah siasatan yang dilakukan oleh pihak berwajib di Malaysia telah membebaskan beliau dari segala pertuduhan. Mengapa anda kekal berpendapat yang Najib bersalah?

Tun berkata, itu hanya alasan Najib yang dia dapat wang tersebut secara percuma dari Saudi. Tetapi tidak ada sesiapa yang memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa di dalam sejarah dunia.

Wartawan tersebut kemudian berkata, “Bagaimana anda tahu?”

Jawapan Tun adalah, “Saya tak pernah baca ada kisah orang terima wang sebanyak itu.” 🤣

Wartawan itu bertanya lagi, “Adakah anda sudah bertanya kepada pihak Saudi apakah mereka beri sumbangan itu kepada Najib?”

Tun kata, “Well...Jika Saudi ada memberikan Najib wang...pergerakan wang ini akan meninggalkan money trail. Tunjukkan kami bukti dokumen yang duit itu transfer dari akaun mereka (Saudi) ke akaun Najib.”

DS Najib dah tunjuk dokumen ini lama dah. Memang ada transfer wang ratusan juta dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun Najib.

Kemudian Tun M tambah lagi...Arab Saudi kena nyatakan bagaimana mereka memperoleh wang sebanyak itu (2.6 billion) untuk disumbangkan kepada Najib. 😆
Ya Rabbi...semua orang dalam dunia tahu kot yang Arab Saudi ni antara negara terkaya dunia dengan hasil minyak yang terlalu banyak. Bani Saud bukan macam Bani Mahathir yang multi billionaire sedangkan Mahathir hanya seorang doktor klinik biasa. 🤣

Namun...Tun kekal gagal menjawab soalan wartawan BBC iaitu, Apakah Mahathir sudah bertanya kepada pihak Saudi. Beliau hanya spin dan spin.
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive