MENTERI TIDAK HADIR KE PARLIMEN KERANA NENEK SAKIT

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - 'Kehilangan' menteri-menteri Kabinet ketika Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) semalam bukan isu besar.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terpulang kepada menteri dan ahli Parlimen untuk mendengar perbahasan itu atau tidak.

"Semua itu akan masuk hansard dan pegawai yang hadir akan mencatat.  Saya tak fikir itu jadi isu besar.

"Saya tak tahu kenapa mereka tak nak dengar. Mungkin dah selalu dengar atau dah jemu dengar ke, wallahualam," katanya dalam sidang media, hari ini.

Semalam, Najib dalam Facebooknya menyindir menteri dan timbalan menteri yang tiada di tempat duduk mereka ketika beliau bangun berucap di sidang Parlimen.

Sedangkan, kata Najib, sebelum itu ramai menteri dan timbalan menteri yang mencabar beliau untuk berani di pentas Parlimen.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, sesi perbahasan itu boleh didengar di mana-mana saja.

"Sebab ia siaran langsung, anda boleh berada di pejabat masing-masing dan mendengarnya.

Di seluruh negara ia boleh diakses termasuk kawasan tertentu di Parlimen.
"Tak semestinya kena ada di dalam dewan," katanya.
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive