PAKATAN HARAPAN TIDAK HANTAR SENARAI NAMA CALON UNTUK SARINGAN SPRM



KOTA BHARU, 29 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menerima senarai nama calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk tujuan saringan awal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata senarai calon BN itu hanya membabitkan beberapa individu tertentu sahaja dan bukannya senarai lengkap.

"Setakat ini, kita hanya menerima beberapa senarai nama yang dikemukakan oleh pihak kerajaan...ia tidaklah lengkap lagi.

"Kita akan buat proses penyaringan terhadap nama-nama yang telah dihantar," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke SPRM Kelantan yang turut dihadiri pengarahnya, Datuk Moh Samsudin Yusoff di sini, hari ini.

Beliau juga memberitahu pihaknya belum menerima senarai calon daripada parti-parti lain untuk saringan.

Mengulas lanjut, Azam berkata mana-mana parti tidak perlu bimbang untuk menyerahkan senarai calon mereka untuk disaring SPRM kerana agensi itu tidak membocorkan maklumat kepada mana-mana pihak.

"SPRM tidak pernah membocorkan rahsia kepada mana-mana pihak kerana ia membabitkan etika dan amanah yang diberikan kepada kami.

"Kami dengan tangan terbuka sedia untuk membantu mana-mana parti politik (untuk melakukan saringan kepada calon mereka)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata beliau telah mengarahkan SPRM Perak untuk memulakan siasatan berhubung projek pembinaan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang yang didakwa kurang memuaskan.

"Saya telah mengarahkan Pengarah SPRM Perak untuk segera memulakan siasatan hari ini dengan mendapatkan dokumen-dokumen lengkap daripada pihak tertentu yang terlibat dalam projek ini.

"Biasanya kes-kes begini melibatkan dokumen, jadi kita perlu meneliti dokumen-dokumen tertentu dahulu. Dalam masa yang sama, kita melihat kepada sudut rasuah ataupun salah guna kuasa dan keputusannya mungkin dapat dilihat dalam tempoh dua atau tiga minggu daripada sekarang," katanya.

Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika merasmikan dewan sekolah berkenaan, menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan projek itu yang didakwanya tidak menepati standard yang dikehendaki.

Pembinaan dewan berharga RM600,000 itu dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharu berhubung siasatan terhadap pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang, Azam berkata sebanyak 10 saksi baharu telah dipanggil untuk memberi keterangan.

"Kita masih lagi meneliti aspek-aspek teknikal berhubung perkara ini. Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan," katanya.

Mengenai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh kerajaan Selangor pula, beliau berkata setakat ini, kerajaan negeri berkenaan masih belum melaksanakannya.

"IBR adalah secara sukarela dan kami tidak beri tempoh khusus kepada mana-mana pihak. Terpulang kepada mereka, jika mahu buat IBR, kami sedia untuk memberi kerjasama bagi menjayakannya," katanya.

-- BERNAMA
Share:

APA RESPON PM BILA BERDEPAN ABANG RELA DI SABAH ???



Dalam siri lawatan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak ke Sabah diteruskan pagi ini di Nabawan yang terletak dalam parlimen Pansiangan.. Beliau disambut meriah oleh masyarakat tempatan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum.. Penuh keceriaan dan warna warni..

Dalam perjalanan beliau ke pentas, terlihat disapa dan diberi 'tabik' oleh seorang anggota RELA bertugas. Secara spontan Perdana Menteri membalas tabik hormat tersebut beserta senyuman..


SALUTE !!!
Tanda terima kasih dan penghargaan ke atas pengorbanan yang diberi oleh Anggota RELA dalam membantu tugas-tugas keselamatan dan ketenteraman awam dalam negara. SALUTE!
Share:

PM guna duit kerajaan bawa keluarga dalam rombongan ke Arab Saudi ?





1.Tiada dana awam (duit kerajaan) digunakan. Untuk rombongan ahli keluarga PM (yang bukan rasmi) Mengerjakan Umrah.

2. Ibu, adik beradik, dan anak-anak PM bukan lah tetamu rasmi bagi Kerajaan Arab Saudi.

3. Rombongan keluarga PM (yang bukan rasmi) juga menaiki pesawat berasingan dan tidak dibayar guna duit kerajaan

Komen saya.. Ingat senang-senang ke nak guna duit kerajaan untuk tujuan bukan rasmi, atau libatkan mereka yang tak berkaitan..

Senarai yang viral tu perkara biasa protokol, takkan nak bagi senarai nama tulis tangan kot? Kalau ada majlis makan malam dengan King Salman, salah ke bawa keluarga sekali ?

Dengki ke Raja Salman bagi layanan istimewa kepada PM dan keluarga beliau?

Salah ke seorang anak nak bagi Mak dia bertemu dengan Raja Arab Saudi kot.. Alang-alang dah ada dekat Arab Saudi dalam jadual untuk mengerjakan umrah..

Lagi satu isunya, siapa yang tak beretika tangkap gambar dan sebar senarai nama tu? Pegawai ? Staf pejabat PM?
Kenapa perlu sebar? Ada niat jahat ?

Ini pula respon daripada salah seorang Pegawai Khas Dato' Sri Najib Razak

Not all of the delegates trip are paid for by the government. The brothers and Tun Rahah are not using government budget. The brothers and non-official guests went on separate flights and paid themselves.

Janganlah kita fitnah orang-orang yang mengerjakan Umrah dan membawa ibunya yang telah tua ke rumah Allah hanya kerana kita ada perbezaan fahaman politik.

MashaAllah, mohon kita dijauhkan oleh Allah SWT daripada dosa fitnah dan api neraka. Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Salam

Daripada Facebook - Zaparudin Abdul Rahim
Kenyataan Rasmi Daripada PMO - Sini

Image may contain: 3 people, people standing
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik