Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Maya Karin mengaku kenal Nik Nazmi, tapi nafi jadi punca cerai Artikel

KUALA LUMPUR - Aktres jelita, Maya Karin mengaku mengenali Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, namun menafikan beliau mempunyai kaitan dengan kes perceraian ahli politik itu semalam.

“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut. Dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).

“Tetapi saya tidak tahu daripada mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan. “Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” kata Maya Karin memetik laporan Utusan Malaysia.

Heroin filem Pontianak Harum Sundal Malam itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengaitkan beliau sebagai orang ketiga dalam perceraian Nik Nazmi dengan isterinya, Dr. Imaan Abdul Rahim.

Maya Karin yang sering dikaitkan dengan ahli politik termasuklah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau tidak akan melenting kerana sudah lali dengan gosip seperti itu.

“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” ujarnya sambil tertawa. Semalam Nik Nazmi, 37, dilaporkan bercerai talak satu dengan Imaan, 36, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

- SINAR HARIAN -
Share:

Ajak Shiro Diberhentikan Daripada HotFM, selepas sebut 'Malu Apa BossKu dan kuat menghentam kerajaan PH ???



Namun, disebalik kemeriahan mereka menyambut Hari Radio Sedunia dan Hari
Ulang Tahun Ke-13 HotFM, penyampai GengPagiHot yang juga pelawak
terkenal Ajak Shiro bakal meninggalkan konti tidak lama lagi.

Ajak telah memuat naik satu video di Instagram pada dua hari lepas
dengan menulis kapsyen “2 hari lagi dengan GPH. Sedia maklum bahawa Ajak
telah mengambil keputusan untuk meninggalkan HotFM selepas hampir tiga
tahun bersama radio tersebut.

Keputusan itu telah diumum selepas dia dan
anggota kumpulan Shiro menjuarai satu program lawak.


  Tak ada ‘bro cuba’ lagi lah lepas ni…

Video yang dimuat naik oleh Ajak telah membuatkan para peminat GengPagi
Hot berasa sedih diatas pengunduran diri pelawak tersebut dari konti
HotFM. Rata-rata memberitahu bakal merasa kehilangan dan trio pagi itu
akan tidak lengkap dengan lawak jenaka sesama sendiri mereka.




Apa-apa pun semoga Ajak akan lebih sukses dan maju dalam bidang yang
akan diceburinya kelak. Selamat ulang tahun HotFM dan Selamat Hari Radio
Sedunia.

- ohmymedia -

Disebalik berita perbehentian Ajak Shiro di HotFM viral juga cerita-cerita yang mengatakan pelawak itu mendapat tekanan hebat dari dalam yang akhirnya mengakibatkan beliau berhenti daripada menjadi DJ Radio..

Akhir-akhir ini juga menunjukkan kumpulan Shiro ada menyelitkan lawak-lawak atau punchline seperti ungkapan 'Malu Apa BossKu' menjadi fenomena anak muda sekarang selepas ia di popularkan Bekas Perdana Menteri Ds Najib Razak.


Sudah pastinya geng-geng dan netizen pro kerajaan PH cukup marah dengan fenomena itu yang secara tak langsung menyebabkan rakyat Malaysia benci dan tidak sokong mereka.



Jadi.. Apakah Nasib Pelawak-pelawak hebat kita selepas ini? Adakah Kebebasan Bersuara di Malaysia Benar-benar diamalkan ???
PLAY VIDEO DI BAWAH !
Share:

“Boleh Tak Stop Cakap ‘Bossku’, ‘Malu Apa Bossku’? – Nak Muntah Rasa…Ini Reaksi Nabila Huda




Pelakon versatil, Nabila Huda ada memuat naik pandangannya secara humor
mengenai istilah ‘bossku’ yang sering digunapakai ketika ini.

Pelakon Tombiruo itu ada berkongsi reaksinya menerusi Insta Stories.

Dia secara seloroh meminta supaya berhenti gunakan ayat seperti ‘Bossku’
dan ‘Malu apa Bossku.’



“Bokeh tak stop cakap bossku bossku! Malu apa bossku. Tak fahamlah
amende tu. Benci gila la!



“Bila masa pulak aku jadi boss? Bila masa pulak aku malu? Annoying lah.
Macam orang cakap “retis”! Sumpah rasa nak cepuj je bosskur bosskur.
Kg.com sangat! Love!,” tulisnya.

Apapun, itu hanyalah pandangan peribadi Abil. Korang suka pakai ayat tu
tak??

Sumber - mediahiburan.my


Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik