KUTIPAN DERMA KEPADA TABUNG PPBM CECAH RM7 BILION - TUN M



KUALA LUMPUR, 19 FEB - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membongkar kegiatan Presiden Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah membawa masuk 1.8 Bilion USD bersamaan dengan RM 7 Bilion untuk dana Pilihanraya Umum Ke - 14 (PRU14) yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.


Menurut Jamal, baru - baru ini Tun Mahathir yang juga Presiden kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah melancarkan tabung kutipan derma kepada 'netizen' khususnya kepada pendokong parti berkenaan untuk menampung perbelanjaan untuk menghadapi PRU 14 tetapi apa yang telah dilakukan semata-mata untuk mengaburi rakyat.

" Mereka sengaja melancarkan tabung berkenaan untuk menutupi kegiatan mereka yang membawa RM 7 bilion hasil samunan sewaktu pemerintahan tun mahathir terdahulu yang di tempatkan di luar negara," kata jamal.

" Mereka tahu perkara ini akan terbongkar dan sebab itulah mereka mewujudkan tabung berkenaan dan apabila terbongkar mereka akan katakan duit tersebut adalah duit derma," kata jamal lagi.

Jamal turut menceritakan bagaimana PH tiba-tiba meletakkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi bagi komponen parti pembangkang berkenaan ?.

Jamal memberitahu, Tun Mahathir telah membayar RM 1 Bilion kepada Democratic Action Party (DAP) dan RM 700 juta kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

" Jika perkara berkenaan tidak benar, saya minta Tun Mahathir saman saya supaya mudah saya mengemukakan bukti-bukti ,apa yang mereka sedang lakukan di dalam negara kita ini," kata jamal.

" Apa yg mereka lakukan adalah untuk membuat cengkaman ekonomi negara kita ini kepada kroni-kroni mereka," kata jamal lagi. - KITAIKINI
Share:

DAP TIDAK BENARKAN PPBM TANDING 12 KERUSI DI SELANGOR



SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan dapat meletakkan calon di semua 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berkata ketika ini, PH lebih memberi tumpuan kepada faktor kemenangan berbanding pengagihan kerusi mengikut parti.

Katanya, parti komponen PH boleh membuat permohonan meletakkan calon masing-masing di kerusi pilihan mereka, namun PH akan mengambil kira faktor kemenangan dalam menetapkan pengagihan kerusi itu.

"Menerusi perbincangan itu, PH akan mengekalkan kerusi yang dimenangi oleh parti komponen sebelum ini (status quo) dan hanya 25 kerusi akan kita bincang parti mana yang akan meletakkan calon.

"Semua 25 kerusi itu membabitkan kerusi yang kini disandang PAS dan BN," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantahan Syor Kedua Kajian Persempadanan Semula Selangor di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Xavier mengakui berlaku pertindihan kerusi ketika mesyuarat pengagihan kerusi yang berlangsung minggu lalu tetapi semua itu dapat diselesaikan hasil perbincangan bersama.

"Apa guna kita letakkan calon masing-masing tetapi tidak boleh menang. Kita berpegang kuat kepada apa yang dikatakan Pengerusi PH, (Tun Dr Mahathir Mohamad) iaitu letak calon yang boleh menang.
"Kita jangkakan pengagihan kerusi ini akan dapat diselesaikan hujung bulan ini," katanya.

Khamis lalu, Ketua Penerangan PPBM negeri, Sallehuddin Amiruddin berkata, PPBM akan mempertahankan permohonan 12 kerusi milik BN untuk diletakkan calon mereka walaupun PKR turut berhasrat meletakan calon di semua kerusi terbabit.

Ketika ini, PKR menyandang 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP (13), PAS (13), BN (12) dan Parti Amanah Negara (2). Dua DUN lagi adalah Bebas iaitu DUN Pelabuhan Klang dan Telok Datuk.
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik