TOK PA BAKAL JADI MENTERI GANTI LIM GUAN ENG




PETALING JAYA - Bekas Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sah sertai Bersatu malam ini selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi.

Beliau yang juga bekas Merteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membuat keputusan berkenaan selepas lebih sebulan mengumumkan menjadi ahli Parlimen Bebas apabila meninggalkan Umno.
 

Menurutnya, keputusan memilih wadah perjuangan politik baru itu diambil kerana beliau percaya ia memberi peluang buat dirinya memainkan peranan lebih berkesan sebagai wakil rakyat.

“Setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas selama beberapa minggu dan meneliti perkembangan politik semasa, saya telah mengambil keputusan untuk menyertai Bersatu.

“Saya percaya ia akan memberi peluang untuk saya memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membela kepentingan pengundi saya di Jeli dan rakyat Kelantan secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian kepada Dr Mahathir selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di sini, malam tadi.

Tambah Ahli Parlimen Jeli itu, beliau menyokong segala usaha Dr Mahathir yang memberi penekanan terhadap integriti dan ketelusan ke arah mewujudkan pentadbiran lebih baik dalam kerajaan.

“Saya juga menyokong langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara. Usaha ini penting dalam memastikan ekonomi negara dibangunkan secara lestari.

“Saya berharap dapat turut sama membantu usaha Bersatu melaksanakan agenda pemerkasaan Bumiputera di samping menjayakan pelan ekonomi lebih inklusif,” ujarnya.
Mustapa atau mesra disapa Tok Pa mengumumkan keluar Umno, parti disertainya lebih 40 tahun dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 18 September lepas.
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive