Malaysia Vs Barcelona: VIDEO Hero Melayu Bergaduh dengan Fabregas




Harimau Malaya kalah 3-1 kepada kelab ternama dunia, Barcelona. Apapun keputusannya, tidak harus dipandang remeh semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak negara malam ini.

Namun bagi gua, insiden paling menarik sebentar tadi adalah di penghujung separuh masa pertama bila pemain sayap negara, Wan Zack Haikal bereaksi spontan terhadap tindakan penyerang Barca, Cesc Fabregas yang tidak menghormati tiupan wisel offside oleh pengadil.

Berlaku pertelingkahan kecil di tepi pintu gol Malaysia antara Wan Zack & Fabregas yang masih cuba meneruskan permainan selepas wisel dibunyikan.

Ini attitude yang membanggakan gua dari Wan Zack walaupun Fabregas satu nama besar di persada bolasepak dunia. Anak jantan Melayu Malaya ini meletakkan Fabregas setaraf di genggaman penumbuknya bila tidak pandai menghormati peraturan di dalam sukan.

Lebih Lanjut Di SINI (CLICK)
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive