KERAJAAN PH TIDAK BERANI DEDAHKAN PERJANJIAN PENYELESAIAN 1MDB, BUKTI NAJIB RAZAK TIDAK BERSALAH



Dah 4 bulan tapi kerajaan PH masih tidak berani mendedahkan perjanjian penyelesaian antara 1MDB dengan IPIC pada tahun 2015 dan 2017.

Kalau mereka dedahkan, maka modal mereka untuk tuduh saya sebagai penyamun atau perompak akan hilang serta-merta.

Dulu tuduh Najib bayar RM90 juta duit 1MDB untuk "membeli" PAS, kini SPRM di bawah PH sendiri mengaku tidak ada bayaran tersebut.

Dulu tuduh Najib adalah pembunuh bersiri dan membunuh 5 orang, kini PDRM di bawah PH sendiri mengaku tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan saya kepada kes-kes tersebut.

Dulu tuduh BN curi duit dari Tabung Haji, sekarang bertukar menjadi BN terlalu kejam untuk terlebih bayar dividen kepada rakyat.

Dulu tuduh BN curi duit dari FELDA, kini PH mengesahkan kebanyakan hutang RM8 bilion FELDA telah dipinjam kepada kroni, iaitu peneroka-peneroka FELDA.

Beranikah Guan Eng menjawab empat soalan ini:
1. Mengapa kerajaan PH membisu bila syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC mengeluarkan kenyataan balas pada bulan Oktober lalu bahawa 1MDB tidak berhutang kepada IPIC, jelas bertentangan dengan tuduhan kerajaan PH ?
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155681199855952/

Jika ia prejudis, mengapa PH boleh keluarkan kenyataan mengenai perjanjian itu tetapi tak mahu dedahkan dokumen perjanjian itu?

2. Mengapa tiada satu pun pemimpin PH pernah mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi dan bos mereka tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka dan merekalah yang didapati banyak menggunakan wang itu dan mengagihkan wang itu kepada pihak-pihak yang lain?

Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh pihak IPIC.
3. Adakah perjanjian penyelesaian itu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020?

4. Mengapa masih tidak mahu mendedahkan perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan 2017 ini?
Di planet Earth, soalan-soalan ini bukan sukar untuk dijawab jika benar-benar mahu menegakkan keadilan.

Daripada Facebook - Najib Razak
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive