RAKYAT GEMBIRA DENGAN PH, KAMI TAK PERLU SOKONGAN PAS



KLANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau tidak memerlukan sokongan daripada Ahli Parlimen PAS.

Sebaliknya, Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU berkata, ketika ini beliau menerima sokongan daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang mewakili lebih daripada separuh kerusi di Dewan Rakyat.

“Saya perlu sokongan wakil rakyat setakat 50 peratus lebih. Saya tidak perlu sokongan PAS kerana PH sendiri mempunyai lebih separuh kerusi dalam Dewan Rakyat.




“Sokongan itu kepada yang sudah menang bukan sokongan yang nak kalah tapi dia nak bagi menang, tak ada.

“Tapi kalau dia nak sokong, dia sokong lah, tapi tak usah lah cakap tandatangan guna surat nak sokong saya, tak sebut nak sokong PH tak sebut. Cuma nak sokong saya saja, tapi saya bukan kerajaan, kerajaan mestilah PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya semalam bahawa beliau tidak faham dengan pendirian tidak tetap PAS dalam menyuarakan sokongan terhadapnya untuk kekal sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau tidak faham sikap pemimpin PAS, iaitu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agong Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berjumpa dengannya serta menyatakan kesediaan mereka untuk menyokongnya, bahkan memberi pengakuan bertulis yang ditandatangani Takiyuddin.

- BERITA HARIAN -
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive