Kalau semalam, isteri pemain bolasepak iaitu Nor Shahrul Idlan Talaha
(Mat Yo), 27, iaitu Siti Aisya Adam, 24, telah meminta maaf kepada
rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan
memukul pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang, Azman Mohd
Nayan, 46, hari ini Harian Metro melaporkan majikan Azman akan
meneruskan tidakan saman terhadap Aisya, dengan tidak mengambil kira
sama ada laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf dibuat.
Menurut majikan Azman, Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd, Mukhveer
Singh Gill, tindakan saman tetap akan diambil memandangkan wanita itu
terlebih dahulu mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah. SMS dari
Aisya yang telah diterimanya berbunyi begini:-
Klik untuk memulakan pagi yang hebat dengan tips Ms. Rosy “pls
stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna
protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”
Tambah Mukhveer lagi, syarikatnya sebagai syarikat yang bertanggungjawab
akan melakukan apa saja untuk mempertahankan dan melindungi hak
pekerjanya. Mengikut maklumat yang kami terima, kes saman ini akan
diuruskan oleh peguam syarikat walaupun terdapat belasan peguam yang
menawarkan khidmat percuma untuk mempertahankan Azman di mahkamah.
Sementara itu, banyak video-video parodi turut dihasilkan oleh orang
ramai berkaitan insiden itu. Yang terbaru, pelawak terkenal Jepp dan
Johan dikatakan turut merujuk kepada insiden itu dalam persembahan lawak
mereka untuk rancangan Super Spontan semalam.
Pada 3 Oktober 1993, lebih 100 anggota tentera Malaysia bertarung nyawa
untuk menyelamatkan sekumpulan renjer Amerika Syarikat yang
terperangkap di Mogadishu, Somalia.
Insiden itu dirakamkan
dalam filem Hollywood, Black Hawk Down. Filem itu bagaimanapun tidak
memberikan gambaran yang tepat tentang sumbangan tentera Malaysia dan
apa yang sebenarnya berlaku di negara bergolak itu 20 tahun lalu.
Dalam satu wawancara dengan Astro AWANI, Major Jeneral (B), Datuk Md.
Rozi Baharom yang terlibat dalam operasi berkenaan mengenang kembali
hari bersejarah itu.
"Gambaran yang salah itu akan dibetulkan
dalam sebuah dokumentari yang akan menceritakan kebenaran di sebalik
peristiwa itu," katanya.
Misi menyelamat yang dijalankan
bersama Renjer Amerika Syarikat dan komando Delta Forces mengakibatkan
banyak nyawa terkorban termasuk Korporal Mat Aznan manakala sembilan
lagi tentera Malaysia cedera.
Biarpun begitu, keberanian
pasukan ’19 Melayu Diraja Mekanise’ itu hampir tidak dipedulikan dan
diremehkan oleh media antarabangsa seolah-olah tentera Malaysia tidak
memainkan peranan penting atau malah bukan sebahagian daripada misi itu.
Malah,
peranan tentera Malaysia semasa insiden itu yang menyaksikan militia
Somali menembak jatuh dua pesawat helikopter UH-60 Black Hawk langsung
tidak ditonjolkan dalam filem Black Hawk Down yang terbit pada 2001. Hal
itu mengecewakan hati tentera Malaysia.
Md Rozi ketika
itu merupakan Timbalan Komander bagi batalion Malaysia. Umurnya 42 tahun
ketika beliau sama-sama mengepalai pasukan tentera Malaysia mengharungi
jalan raya di Mogadishu memburu hulubalang Somali, Mohamed Farrah Aidid
dan konco-konconya.
Menurut Md.
Rozi, pasukannya yang lengkap dengan kereta perisai anggota dan senjata
bergadai nyawa membantu misi tentera Amerika untuk mengeluarkan 70
renjer negara itu yang terperangkap.
Oleh kerana gambaran yang tidak adil dalam filem tersebut, Md. Rozi menulis sebuah buku tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Beliau juga kemudiannya bertemu dengan pengarah dokumentari, Ahmad
Yazid Ahmad Puad untuk menerbitkan sebuah dokumentari bagi menceritakan
kisah yang tidak diketahui oleh dunia itu.
Ahmad Yazid berkata, beliau berminat dengan kisah tersebut dan setuju untuk menerbitkan dokumentari berkenaan.
“Saya menghasilkan dokumentari ini untuk tayangan di pawagam. Ia akan
jadi filem dokumentari pertama yang akan ditayangkan di pawagam di
negara ini.
“Saya juga berjaya mendapatkan produser filem dan televisyen Britain, John Smithson untuk jadi produser eksekutif.
“Kalau semuanya berjalan lancar, dokumentari itu akan masuk panggung akhir tahun depan," kata Ahmad Yazid.
Smithson beberapa tahun lalu terlibat menerbitkan filem Hollywood, 127 Hours, yang diarahkan oleh Danny Boyle.
Pada 1993, kebuluran dan perang saudara mencengkam Somalia menyebabkan
lebih 300,000 rakyatnya terbunuh dan menggerakkan operasi pengaman
Pertubuhan Bangsa Bersatu ke negara itu.
Pada 3 Oktober 1993,
tentera Amerika menyusun sebuah pasukan penyelamat yang terdiri daripada
anggota-anggotanya serta tentera pengaman PBB termasuk Malaysia.
Selama 12 jam, mereka bertempur menuju ke Pasar Bakara dan berjaya menyelamatkan lebih 70 renjer Amerika yang terkepung.
Balik dari Putrajaya semalam,BELA lalu jalan yang ada 'RoadBlock',dari
jauh nampak macam roadblock biasa,tapi bila dah hampir nampak ada lebih
dari 4orang Anggota Polis yang bertopeng dan lengkap bersenjata.
Bila hampir dengan dua angota Polis (Gambar),Disebabkan ini kali pertama berhadapan dengan anggota Polis bertopeng macam ni,BELA pun turunkan cermin dan terus menyapa minta untuk ambil gambar.
Abang Polis diam tak jawap apa-apa,tapi BELA terus 'snap'.
Tiba-tiba abang Polis tadi tegur "Nak buat apa gambar tu,masuk Facebook ke?" (Dalam nada gurau)
Walaupun mereka bertopeng tapi boleh nampak mereka tersenyum,
Masih sempat bergurau walaupun sedang bertugas,tak lansung nampak mereka tertekan.
Abang-abang Polis ni memang sporting. Respect!
Padahal kalau diikutkan tugasan mereka sangat berbahaya,sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Ancaman penjenayah kini tak mengira siapa,orang awam mahupun Anggota Polis itu sendiri.
Jadi kalau masih ada yang tak menghargai dan memahami tugasan Polis tak tahu lah nk cakap..
Kita semua tahu yang sekarang PDRM sedang giat menjalankan 'Ops Cantas' untuk menjejaki kumpulan-kumpulan kongsi gelap bersenjata api yang semakin mengganas.
Jadi lepas ni kalau terjumpa Abang Polis yang bertopeng macam tu tak payah la takut ye,
Tegur-tegur la,dorang bukan makan orang pun,kalau kita baik dorang pun baik.
Kbai! Salam!
PUTRAJAYA
- Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM20 juta daripada
pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan
berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 27 Mei depan.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, berdasarkan jumlah
itu, sumbangan syarikat swasta pada sambutan Hari Belia Negara 2012
kali ini lebih besar berbanding yang dibelanjakan kerajaan.
“Perbelanjaan kerajaan untuk sambutan Hari Belia Negara kali ini lebih
kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh syarikat swasta. Ini adalah
reaksi positif yang menunjukkan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan
belia negara mendapat sambutan dan sokongan ramai.
“Tahun lalu
kita terima tajaan daripada pihak swasta sebanyak RM15 juta manakala
tahun ini jumlah itu bertambah RM5 juta dan saya yakin, ia akan semakin
meningkat,” katanya pada Majlis Penyerahan Penajaan daripada
Penaja-Penaja Sambutan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia
kepada KBS.
- Sinar Harian 22 Mei 2012
Inilah wang
tajaan yang diperolehi oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menjayakan
Hari Belia Negara 2012. Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi
melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang
menyatakan KBS membayar KPOP pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM 1
juta 600 ribu adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan. Pihak
AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan
yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh
pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar
dari akaun KBS.
RM 20 Juta Wang Tajaan bagi menjayakan Hari
Belia Negara dan ianya terbukti bahawa tidak ada Wang Rakyat dibazirkan
sepertimana dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang hanya mengikut
rumusan pendek laporan Pihak Audit Negara.
Moga Rakyat celik
mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana
laporan Audit negara tentang pembelian mesin Scanner beharga RM14 Ribu
seunit. Tetapi dalam isu Kementerian Belia dan Sukan ianya tidak
pembaziran Wang Rakyat sebaiknya adalah Wang Tajaan dari syarikat
Koporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia
Negara.
Nama Fatimah
dan Aminah direkodkan sebagai nama-nama paling popular yang didaftarkan
oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
"Berdasarkan
rekod, nama yang paling popular dan banyak didaftarkan berjumlah 79,936
adalah atas nama Fatimah dan 29,126 atas nama Aminah.
"15,151 pula
atas nama Ah Moi dan 10,866 atas nama Ravi," kata Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said.
Beliau
mendedahkan perkara itu dalam ucapannya pada majlis pelancaran Hari
Pendaftaran Negara di ibu pejabat JPN di Putrajaya, hari ini.
JPN juga
mendapati ada 149 individu yang didaftarkan dengan nama Malaysia
manakala 78 orang didaftarkan dengan nama Merdeka mengambil sempena
peristiwa penting negara.
Menurut
Jariah, JPN telah membantu Jabatan Penerangan untuk mencari 149 individu
bernama Malaysia itu untuk diraikan pada sambutan Hari Malaysia 16
September lepas.
Dalam pada itu, Jariah memberitahu setakat ini 28.4 juta rakyat Malaysia telah mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri.
"Adalah
tidak munasabah sekiranya masih ada rakyat Malaysia tidak memiliki
dokumen pengenalan diri dan tidak sepatutnya berlaku individu yang telah
dewasa berumur 40 tahun masih belum mempunyai sijil kelahiran,"
katanya.
Justeru beliau menggesa semua pihak supaya memanfaatkan 225 pejabat JPN yang ditempatkan di seluruh negara.
Sementara
itu, sempena musim haji tahun ini, JPN bekerjasama dengan Lembaga Tabung
Haji untuk mengemaskini rekod dan pendaftaran kematian jemaah haji
Malaysia di Mekah dan Madinah.
"Ini
bermakna maklumat kematian akan diterima oleh JPN sebaik sahaja kematian
didaftarkan oleh Pegawai JPN di Pejabat Lembaga Tabung Haji di Mekah
dan Madinah," katanya.
Sehingga 30
September lalu, empat jemaah haji Malaysia di Mekah dan Madinah telah
didaftar meninggal dunia dan rekod kematian mereka telah dimasukkan
secara terus dalam pangkalan data JPN.
"Dalam hal
ini, JPN mengambil inisiatif menghantar terus sijil kematian tersebut
kepada waris si mati yang masing- masing berada di Johor, Perak,
Terengganu dan Kelantan," jelasnya.
Semalam 30 Sept 2013 adalah tarikh yang bermakna bila perselisihan
antara Ratu Naga dan Tun Faisal dapat diselesaikan dengan baik.
Antara perkara yang dibangkitkan adalah siapa pemilik Pages Facebook 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib kerana post-post yang dikeluarkan bersifat provokasi dan melaga-lagakan antara Cybertroopers BN, seperti yang ditulis Ratu Naga (KLIK)
Diharap kita akan terus bersama-sama dalam melawan dakyah jahat puak-puak pembangkang,merangka strategi menghadapi PRU14 dari sekarang. Bersatu demi Agama Bangsa dan Tanah Air!!!
1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu?
-
Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan
mereka yang tiada "political wisdom".
Situasi negara masih tidak stabil keran...
Helikopter Nuri TUDM Mendarat Cemas Di Kem Gubir
-
Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan
pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah, petang tadi.
Dalam kejad...
270519 #TheKodoxs Buskers - Persembahan Padu
-
Assalamualaikum semua..
Saya dah lama tak blogging, rasanya dah 4 tahun. Buat pengetahuan semua
blog Amrayy Lensa Assault akan menyiarkan, rakaman santai...
SATU TAHUN KERAJAAN PH, APA DAH JADI?
-
Selepas genap 1 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, tiada satu pun
kebaikan yang diperoleh rakyat melainkan kasut Putih tukar hitam.
Janji-jan...
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
-
*14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14*
*1. Ekonomi Keperluan Rakyat*
》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...