YB Khairy Jamaluddin Pertahankan Maruah Pemuda! Tahniah!

"Kedudukan AJK Pemuda Pusat lebih tinggi daripada AJK Bahagian," kata Khairy.Bekas exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz telahpun menghantar surat rayuan kepada Jawatankuasa Pemilihan semalam untuk terus bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti 19 Oktober depan.

Manakala hari ini Tun Faisal akan menghantar surat rayuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tun Faisal menerusi laman Twitter miliknya selepas mengetahui beliau tidak tersenarai untuk bertanding merebut jawatan MT UMNO.

Rayuan itu dibuat ekoran namanya dengan nombor calon 60 tiada dalam senarai calon-calon yang telah disahkan bakal bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Difahamkan Pengerusi Unit Media Baru parti itu tidak melepasi syarat minimum untuk melayakkan beliau bertanding jawatan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika ditemubual dalam satu majlis di Tampin, Negeri Sembilan petang tadi menyatakan penyingkiran nama Tun Faisal dari senarai pencalonan disebabkan oleh masalah teknikal dalam Perlembagaan baru UMNO yang tidak menyebut AJK (exco) Pusat dapat turut bertanding jawatan MT.
 
BACA JUGA DI BLOG JENDELA MAYA (KLIK!) LEBIH LANJUT 1peluru.com (KLIK)

Sama-sama kita Doakan agar rayuan untuk Tun Faisal tersenarai semula sebagai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpihak kepada beliau.. Amin..


Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive