Pemilihan AJK PAS Pusat dibatalkan! Calculator Rosak Ke?

Pemilihan AJK PAS Pusat dibatalkan
SHAH ALAM: Pemilihan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terpaksa dibatalkan kerana berlakunya kesilapan pada kertas undi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi berkata, proses pemilihan bagi 18 AJK PAS Pusat itu akan diadakan semula pada Sabtu pagi.

"Kita kesan terdapat kesalahan pada kertas undi, jadi bagi mengelakkan sebarang implikasi yang lebih besar...kita tangguhkan hingga esok," katanya.

Bagaimanapun Asmuni menjelaskan proses pengundian bagi jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan seperti yang dijadualkan.

Kesilapan itu dikesan selepas 45 minit perwakilan melakukan proses pemilihan bermula 4 petang Jumaat.

61 calon bersaing merebut 18 kerusi AJK PAS Pusat yang dipertandingkan.
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive