PAS Boikot PRK Kajang hanya Propaganda.


27 Januari lepas negeri Selangor digemparkan dengan perletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh dari PKR, dan semestinya Pilihanraya Kecil (PRK) terpaksa dijalankan.

Kebiasaannya PRK diadakan apabila ada wakil rakyat yang sakit atau pun meninggal dunia seperti dua PRK yang telah berlansung selepas PRU 13 yang lalu iaitu di Kuala Besut dan Sungai Limau.

Apa yang menariknya dengan isu Kajang? Jalan cerita Drama ini sama dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh pada Mac 2008 apabila penyandangnya Wan Azizah meletakkan jawatan dan beri laluan kepada suami beliau Anwar Ibrahim.
Tiada keuzuran, dan Wan Azizah pun masih hidup lagi sampai sekarang.



Kali ini sekali lagi Rakyat terpaksa melayan karenah Peribadi Anwar Ibrahim yang rakus,tamak dan gilakan kuasa.
GAGAL untuk duduk di Kerusi Perdana Menteri di Putrajaya, beliau cuba nasib di Kajang pula.
Dengan harapan apabila menang dapat merampas jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini menjadi rebutan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

Nampak macam mudah kan? Letak jawatan dan beri laluan kepada rakan dalam Parti.
Jadi Pengundi di Selangor siap sedialah perkara yang sama mungkin akan berlaku di kawasan DUN lain pula terutamanya yang dimenangi oleh PKR.
Asalkan dapat memuaskan nafsu pemimpin PKR akan buat apa sahaja.
Slogan 'Demi Rakyat' terbukti hanyalah Retorik dan bahan mainan semata-mata.








Pelbagai kecaman dilontarkan kepada PKR atas tindakan 'Khianat' mereka kepada pengundi yang sudah memilih pada PRU13.
Bukan sahaja dari Parti lawan iaitu Barisan Nasional (BN).
Rakan pakatan meraka dari PAS turut sama rasa kesal terhadap tindakan yang dianggap membelakangi rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat Pembangkang.
 

Antara yang memberi kecaman mantan Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi,
Yang merasakan Parti mereka dilayan seperti 'Parti Tupperware' Sumber (Click)


Tak ketinggalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Mohd Nor Hamzah,
Yang menyatakan
PKR sepatutnya tidak mengkhianati rakan dalam pakatan pembangkang dalam menentukan apa juga keputusan. Sumber (Click)

Dari Dewan Ulama PAS lebih Extreme bila mereka merasakan lebih baik jawatan Meteri Besar Selangor dikembalikan kepada PAS. Sumber (Click) Pemuda PAS Selangor Ancam Boikot kempen PRK Kajang Sumber (Click)

Terbukti tindakan Rakus PKR telah mengakibatkan kecelaruan Politik yang bukan sahaja memberi kesan kepada rakan Pakatan tetapi yang paling teruk jadi mangsa adalah rakyat.
Terjerat dan terus dibuli bertubi-tubi.

Persoalan BELA, adakah PAS Konsisten dalam pendirian dan kecaman mereka?
Ataupun mereka akan membuat 'U-Turn' apabila mendapat tawaran menarik ($$$) dari Anwar Ibrahim? Sekarang ni dua-dua kita tak boleh percaya 100%. Macam dialog dalam Filem 3 Abdul P.Ramlee ni. Hehehe.






Ps: President PAS dah respon ke belum? Ke 'Playsafe' ?
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik