Nampak macam sedap bunyinya 'Manifesto PKR' untuk Pilihanraya Kecil DUN Kajang, seolah-olah ada pembaharuan yang akan dibawa dan kononnya untuk memajukan lagi kawasan DUN Kajang.
Kita sedia maklum Pakatan pembangkang sudah mentadbir negeri Selangor selama 2 penggal,
tapi masih banyak lagi janji-janji yang dibuat dalam manifesto lepas tidak ditunaikan.
"Manifesto bukan Janji" - Khalid Ibrahim
Permasaalahan rakyat terus diabaikan antaranya kekurangan bekalan air, masalah sampah,
wabak denggi dan banyak lagi.
Kini Selangor menjadi negeri yang paling teruk dalam kes denggi seluruh Malaysia,dengan peningkatan kes Sebanyak 354 peratus iaitu 6221 kes pada 2014 berbanding 1367 kes pada 2013.Jawapan yang diberikan adalah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mempunyai bajet untuk menyelesaikan masalah ini, mana pergi kekayaan Negeri sebanyak RM2.28 Bilion?
Jika dilihat dari sudut dalam DUN Kajang sendiri antara masalah yang kita dapat dengar adalah masalah jalan berlubang,penindasan terhadap peniaga kecil seperti gerai dan pasar malam,kenaikan harga yuran lesen perniagaan dan banyak lagi. Disertakan fakta kenaikan harga yuran lesen perniagaan yang dikenakan Majlis Perbandaran Kajang.
Ini bercanggah dengan slogan 'Demi Rakyat' 'Negeri Berkebajikan'.
Mereka sering kali mencanangkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional sebagai 'Zalim' 'Barang Naik'
dan banyak lagi dengan niat nak menanam kebencian rakyat.
Sedangkan pentadbiran mereka jauh lebih teruk dengan pelbagai masalah dan kenaikan kos.
Jadi apa 'relevannya' manifesto PKR yang baru ini? Sedangkan itu semua sudah pun menjadi tanggungjawap Kerajaan Negeri Selangor.
Jelas sekali manifesto PKR di PRK Kajang ini kitar semula dan berniat mahu MENIPU RAKYAT!
1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
6 days ago
No comments:
Post a Comment