SULTAN JOHOR DAN GST SIAPA YANG TAK FAHAM ???


Oh! ‪#‎GST‬..
"GST adalah tidak masuk akal" - Sultan Johor
Ini tajuk beberapa portal yang diviralkan. Sah orang kita suka baca tajuk tanpa baca isi dan kenyataan penuh..

Dua tiga hari ni nampak ramai betul suka manipulasi atau dalam bahasa mudahnya putar belit kenyataan Tuanku Sultan Johor. Dari tajuk tu habis Sultan Johor pun diheret kononnya tuanku kritik GST secara keseluruhan.

Yang sebenarnya ramai tak baca kenyataan penuh tuanku seperti berikut:
1) Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

2) "Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan"

3) Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan GST ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat.

4) Pelaksanaan GST yang bermula sebulan lepas juga harus sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda .

5) Mengenai pelaksanaannya, baginda bertitah kajian mendalam telah pun dibuat oleh kerajaan persekutuan sebelum sistem percukaian itu diluluskan, demi kepentingan kerajaan dan rakyat juga.
Tak kurang juga ada yang gunakan kenyataan itu untuk kepentingan politik. Sedangkan kita semua tahu institusi Raja-raja Melayu tidak ada kaitan dengan politik.

Ok, berdasarkan kenyataan 5 perenggan Sultan Johor tu apa yang kita faham? Ke faham tajuk lepas tu sebar?

Kalau difahamkan tuanku Sultan meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor supaya mengkaji semula charge GST yang dikenakan mereka contohnya kalau yang bayar saman PBT, Renew lesen perniagaan, Lesen iklan dan sebagainya.

Ini bermaknya tuanku tidak bersetuju PBT yang dibawah kerajaan negeri Johor mengenakan GST untuk perkhidmatan berikut. Bukan bermakna tidak setuju dengan GST secara keseluruhan.

Tapi sedih orang kita ni suka baca tajuk dan sebar. Malas membaca mungkin.
Atau pun memang dah terbiasa sebar perkara yang belum pasti betul..

Apa pun secara peribadi saya sokong jika PBT di Johor mula kecualikan GST dalam perkhidmatan mereka bertepatan dengan permintaan tuanku Sultan.

Dan jika PBT Johor dapat buat, tak jadi perkara mustahil untuk PBT di negeri lain pun ikut sama terutamanya Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan..

- ENCIK ZAPA - AKTIVIS -

Sumber: FB (CLICK)

Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik