6 APRIL: Selepas 30 minit ahli-ahli parlimen pembangkang cuba
menghalang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, akhirnya Ahli
Parlimen PAS Marang itu dapat membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat,
pada Khamis.
Ini selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar
Amin Mulia memberi amaran mana-mana ahli parlimen yang cuba mengganggu
Hadi akan diarah keluar Dewan.
Terdahulu, Presiden PAS itu bangun untuk memulakan pembentangan
tetapi dalam masa Ahli Parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang bangun
menggunakan Peraturan Mesyuarat mempersoal tindakan Speaker kerana
menolak notis yang dihantar pada 17 Februari lalu dengan alasan
penolakan tersebut sepatutunya dibuat oleh Setiausaha Dewan Rakyat,
bukannya Speaker.
Selepas Pandikar menjawab persoalan Kit Siang,
ahli parlimen pembangkang lain turut bangun dengan peraturan sama
berkeras mahu menghalang Hadi daripada membentangkan RUU 355 meskipun
dihalang Pandikar Amin.
Antaranya, Ahli Parlimen DAP Puchong,
Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen PKR Gopeng, Lee Boon Chye, Ahli Parlimen
PKR Gooi Hsiao Leung, Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan
Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, P.Kasthuriraani.
Sebaliknya, ahli
parlimen pembangkang Melayu sama ada dari PKR dan PAN hanya diam membisu
dengan membiarkan rakan sekutunya bangun menentang dan terus mengasak
Speaker serta ahli parlimen Marang tersebut.
Dalam keadaan Dewan
tegang ahli parlimen PAS Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan turut
menyatakan peraturan mesyuarat atau ‘Point Of Order’ dengan
membangkitkan dokumen mahkamah pada satu kes yang difailkan dimana
hakim Asmadi Mohamad telah memutuskan tiada mana-mana ahli parlimen pun
boleh dihalang untuk berbahas mengikut peraturan mesyuarat 49.
Namun,
tindakan Takiyuddin itu membuatkan ahli parlimen pembangkang lain
berang, dan Gobind terus bangun sekali lagi menyatakan ‘Point Of Order’,
namun ditolak Speaker.
Pandikar Amin juga bertindak mengetuk tukul beberapa kali bagi mententeramkan Dewan.
Begitu
juga Kit Siang yang bangun menyentuh sentimen politik dengan mempersoal
sama ada MIC, MCA dan GERAKAN menyokong tindakan kerajaan membenarkan
Abdul Hadi membentang RUU 355 itu.
Bagaimanapun, tindakan itu
diselar Speaker dengan memberi amaran supaya Kit Siang tidak mengulangi
tindakannya yang menyentuh sentimen politik dalam Dewan Rakyat.
Ahli
Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mewakili penyokong
kerajaan bangun bertindak mempertahankan Speaker dan Hadi.
“Tak payah dilayan mereka-mereka ni, teruskan sahaja,” tempiknya.
Dilihat
separuh daripada menteri kabinet turut hadir bagi mendengar
pembentangan Abdul Hadi termasuklah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sekitar Parlimen juga sesak sejak awal
pagi dengan jumlah pengunjung bertambah untuk melihat sendiri RUU 355
yang jadi polemik sejak beberapa tahun lalu dibentang di Dewan Rakyat
oleh Hadi.
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu?
-
Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan
mereka yang tiada "political wisdom".
Situasi negara masih tidak stabil keran...
Helikopter Nuri TUDM Mendarat Cemas Di Kem Gubir
-
Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan
pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah, petang tadi.
Dalam kejad...
270519 #TheKodoxs Buskers - Persembahan Padu
-
Assalamualaikum semua..
Saya dah lama tak blogging, rasanya dah 4 tahun. Buat pengetahuan semua
blog Amrayy Lensa Assault akan menyiarkan, rakaman santai...
SATU TAHUN KERAJAAN PH, APA DAH JADI?
-
Selepas genap 1 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, tiada satu pun
kebaikan yang diperoleh rakyat melainkan kasut Putih tukar hitam.
Janji-jan...
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
-
*14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14*
*1. Ekonomi Keperluan Rakyat*
》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...
No comments:
Post a Comment