ADA UNSUR SABOTAJ JATUHKAN JOHARI GHANI ???



1. Minggu lepas ada satu isu yang menarik melibatkan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dato Johari Ghani (Dato Jo) merangkap Menteri Kewangan II.

2. Kelab KABCK bertindak menggantung banner dan poster menolak Dato Jo sebagai calon BN Parlimen Titiwangsa dalam PRU14.

3. Menurut Pengerusi KABCK, mereka penyokong kuat Dato Jo namun kecewa dengan perkhidmatan Dato Jo sebagai wakil rakyat dan mereka tidak akan mengundi BN di Titiwangsa sekiranya Dato Jo dicalonkan dalam PRU14.

4. KABCK kata mereka tak bersangkut-paut dengan badan politik, sebaliknya mahu Dato Jo lebih prihatin dengan pengundi Titiwangsa.

5. Ironinya, di sebalik alasan kononnya khidmat Dato Jo tidak memuaskan. Pusat Khidmat Dato Jo tidak putus-putus dikunjungi pengundi Titiwangsa yang datang mengadu pelbagai masalah kepada Dato Jo.

6. Malah, setiap minggu Dato Jo sentiasa berada di Pusat Khidmat untuk bertemu dan menerima aduan masyarakat. Selain itu setiap Jumaat pula Dato Jo ada mewujudkan Klinik untuk masyarakat mendapatkan khidmat dan pemeriksaan kesihatan percuma.

7. Untuk makluman, kejayaan Dato Jo yang merampas Parlimen Titiwangsa dalam PRU13 merupakan satu kejayaan buat BN di Wilayah Persekutuan walaupun BN menang dengan majoriti 866 undi.

8. Jika Dato Jo yang selalu turun padang bertemu rakyat di kawasan setiap minggu tidak bagus oleh KABCK. Kriteria apa lagi yang kita mahukan daripada seorang yang bergelar wakil rakyat?

9. Melihat kecemerlangan Dato Jo di kawasan, timbul satu persoalan benarkah Dato Jo ditolak atau wujud gerakan untuk sebotaj beliau?

10. Selain melaksanakan tanggungjawab di kawasan dengan baik. Seingat aku, sebaik menjadi Menteri Kewangan II, perkara pertama yang dibuat Dato Jo adalah selesaikan isu GST kad prabayar bila syarikat telco bercadang untuk kenakan GST ke atas topup di mana ia telah mengundang kemarahan rakyat.

11. Jadi, KABCK tak perlu gebang kononnya tindakan mereka adalah suara pengundi Titiwangsa serta tiada kaitan dengan politik. Sebab modus operandi ini amat mudah dibaca. Sekarang kamu naikkan banner konon Dato Jo ditolak pengundi. Selepas ini, jangan terkejut jika ada banner berbunyi :
"Pengundi Titiwangasa mahu si polan sebagai calon BN di Titiwangsa"
Haha!
#JohariGhani4Titiwangsa

Sumber - Yuseri Yusoff
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik