PETALING
JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang, lebih sesuai mengajar hal agama di kampung, kerana tidak
mahir dalam bidang politik.
Malah, Dr Mahathir turut
'menasihati' Naib Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa itu supaya
mendalami semula ilmu agama, agar lebih memahami Islam untuk berceramah
dan tidak sewenang-wenangnya mengkafirkan orang Islam.
"Dia
(Abdul Hadi) sepatutnya jangan masuk politik. Dia patut jadi ustaz
mengajar di kampung, yang mana dia cukup layak tapi bidang politik dia
tak tau apa pun. Jauh sekali dalam bidang pentadbiran.
"Tengok
apabila (PAS) dapat (memerintah) Terengganu (tahun 1999), apa jadi
dengan Terengganu. Sebab itu saya nasihat Hadi balik ke sekolah ajar
agama, agama yang betul bukan yang mengkafirkan orang.
"Kalau
tak tau berkenaan agama Islam, saya boleh bawa dia rujuk al-Quran
bahawa mengkafirkan orang Islam adalah perkara yang dilarang. Pergi
belajar lagi fahaman Islam lebih mendalam dan balik sini. Kalau pandai
kita boleh bagi jadi pensyarah di universiti Islam," katanya pada sidang
media di Galeri PPBM di sini, hari ini.
Dr Mahathir
berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi di Juru, Pulau
Pinang semalam, yang menasihatkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun
itu supaya berkhidmat sebagai doktor di Klinik 1Malaysia untuk berbakti
kepada rakyat dan bukannya sibuk menjadi calon untuk pilihan raya.
Abdul
Hadi turut berkata, tindak tanduk Dr Mahathir yang kembali aktif
berpolitik ibarat sudah menjatuhkan tarafnya daripada seorang
'jurulatih' kepada 'pemain bola sepak'.
Terdahulu, Dr
Mahathir berkata pakatan pembangkang sudah mempunyai pelan kecemasan
untuk memastikan calonnya akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU-14) seandainya calon mereka ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu?
-
Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan
mereka yang tiada "political wisdom".
Situasi negara masih tidak stabil keran...
Helikopter Nuri TUDM Mendarat Cemas Di Kem Gubir
-
Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan
pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah, petang tadi.
Dalam kejad...
270519 #TheKodoxs Buskers - Persembahan Padu
-
Assalamualaikum semua..
Saya dah lama tak blogging, rasanya dah 4 tahun. Buat pengetahuan semua
blog Amrayy Lensa Assault akan menyiarkan, rakaman santai...
SATU TAHUN KERAJAAN PH, APA DAH JADI?
-
Selepas genap 1 tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, tiada satu pun
kebaikan yang diperoleh rakyat melainkan kasut Putih tukar hitam.
Janji-jan...
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
-
*14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14*
*1. Ekonomi Keperluan Rakyat*
》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...
No comments:
Post a Comment