APA RESPON PM BILA BERDEPAN ABANG RELA DI SABAH ???



Dalam siri lawatan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak ke Sabah diteruskan pagi ini di Nabawan yang terletak dalam parlimen Pansiangan.. Beliau disambut meriah oleh masyarakat tempatan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum.. Penuh keceriaan dan warna warni..

Dalam perjalanan beliau ke pentas, terlihat disapa dan diberi 'tabik' oleh seorang anggota RELA bertugas. Secara spontan Perdana Menteri membalas tabik hormat tersebut beserta senyuman..


SALUTE !!!
Tanda terima kasih dan penghargaan ke atas pengorbanan yang diberi oleh Anggota RELA dalam membantu tugas-tugas keselamatan dan ketenteraman awam dalam negara. SALUTE!
Share:

PM guna duit kerajaan bawa keluarga dalam rombongan ke Arab Saudi ?





1.Tiada dana awam (duit kerajaan) digunakan. Untuk rombongan ahli keluarga PM (yang bukan rasmi) Mengerjakan Umrah.

2. Ibu, adik beradik, dan anak-anak PM bukan lah tetamu rasmi bagi Kerajaan Arab Saudi.

3. Rombongan keluarga PM (yang bukan rasmi) juga menaiki pesawat berasingan dan tidak dibayar guna duit kerajaan

Komen saya.. Ingat senang-senang ke nak guna duit kerajaan untuk tujuan bukan rasmi, atau libatkan mereka yang tak berkaitan..

Senarai yang viral tu perkara biasa protokol, takkan nak bagi senarai nama tulis tangan kot? Kalau ada majlis makan malam dengan King Salman, salah ke bawa keluarga sekali ?

Dengki ke Raja Salman bagi layanan istimewa kepada PM dan keluarga beliau?

Salah ke seorang anak nak bagi Mak dia bertemu dengan Raja Arab Saudi kot.. Alang-alang dah ada dekat Arab Saudi dalam jadual untuk mengerjakan umrah..

Lagi satu isunya, siapa yang tak beretika tangkap gambar dan sebar senarai nama tu? Pegawai ? Staf pejabat PM?
Kenapa perlu sebar? Ada niat jahat ?

Ini pula respon daripada salah seorang Pegawai Khas Dato' Sri Najib Razak

Not all of the delegates trip are paid for by the government. The brothers and Tun Rahah are not using government budget. The brothers and non-official guests went on separate flights and paid themselves.

Janganlah kita fitnah orang-orang yang mengerjakan Umrah dan membawa ibunya yang telah tua ke rumah Allah hanya kerana kita ada perbezaan fahaman politik.

MashaAllah, mohon kita dijauhkan oleh Allah SWT daripada dosa fitnah dan api neraka. Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Salam

Daripada Facebook - Zaparudin Abdul Rahim
Kenyataan Rasmi Daripada PMO - Sini

Image may contain: 3 people, people standing
Share:

APA ISTIMEWANYA 'DATUK SERI' NI ???

Ahli perniagaan berusia 29 tahun bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa menyerang tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan lampau berkaitan dadah.

Liow Soon Hee, 29 tahun minta dibicarakan terhadap tuduhan di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Majistret Namirah Hanum Albaki menetapkan 4 Disember 2017 ini untuk pendengaran kes.


Dalam artikel yang lain mendedahkan Misteri Di Sebalik Lelaki Bergelar Datuk Seri ini.

Nicky Liow lelaki muda yang bergelar “Datuk Seri” menjadi perhatian umum di seluruh negara gara-gara bertindak memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Perhatian yang diberikan oleh media, rakyat terutama netizen di media sosial dilihat berterusan sehingga ke hari ini.

Punca Nicky Liow memukul tiga anggota RELA tersebut kerana diminta untuk mengalihkan kenderaan yang halang laluan selepas diletakkan di tepi jalan besar.

Sebelum kejadian itu berlaku, tiada siapa pun yang menyangka isu itu menjadi lebih besar. Kalau ikut undang-undang, biarlah pihak berwajib melaksanakan tanggungjawabnya.

Namun masing-masing berhak untuk mempertahankan diri mengikut undang-undang sedia ada di negara ini. Cuma apa yang agak menarik perhatian umum adalah mengenai lelaki muda bernama Liow Soon Hee, 29, apatah lagi beliau telah diberikan gelaran “Datuk Seri” pada usia muda.

Ramai yang ingin tahu apa yang istimewa mengenai individu yang bernama Liow ini, sehingga memperolehi gelaran dan darjah kebesaran pada usia muda.

Malah ada di kalangan netizen telah mewujudkan satu laman web, “Freenicky.com”, sebagai tanda sokongan dan simpati kepada beliau. Mengikut laman web itu, mereka mewujudkan satu petisyen dan mensasarkan 100,000 sokongan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa. Dan sehingga ke saat ini, laman web itu telah mencapai lebih 24,000 sokongan.

Persoalannya, siapa Nicky Liow ini ?

Di kalangan sahabat Cina, Melayu dan India, beliau dikenali sebagai “Nicky”, dikatakan seorang dermawan, gemar bersosial dan aktif dalam persatuan perniagaan dan dekat di hati masyarakat bawahan.


Di sebalik kontroversi yang melanda susuk tubuh bernama Nicky Liow ada kebaikannya. Menurut maklumat yang diperolehi, Nicky Liow lahir dalam keluarga yang sederhana, mempunyai empat adik beradik.

Sebagai orang muda, Nicky Liow mempunyai wawasan dan memulakan pengembaraan menerusi perniagaan sosial sewaktu berusia 24 tahun. Dalam tempoh yang singkat, Nicky Liow mencapai satu kejayaan yang luar biasa sebagai seorang usahawan muda, lalu beliau mewujudkan Kumpulan Perniagaan Winner Dynasty.


Kekayaan dan kemewahan beliau bukan sekadar untuk diri sendiri kerana Nicky Liow percaya kejayaannya perlu dikongsi bersama masyarakat yang lain.

Hasilnya Nicky Liow menderma sebanyak RM250,000 bagi tujuan membina semula pusat perkhidmatan penjagaan dan bimbingan di Pahang.



Malahan, “Datuk Seri” muda ini turut menderma RM20,000 kepada Rumah Penjagaan Khas Cheras, RM10,000 (Rumah Sunray), RM888,881 (Tai Ping Keelung Kai Hua Primary School di Taiping), RM190,000 serta RM10,000 setiap bulan (Rumah Kanak-kanak Kurang Upaya di Melaka), RM50,000 serta RM10,000 setiap bulan (Pusat Perkhidmatan Sosial Pendidikan Diamond).



Di samping itu, difahamkan Nicky Liow juga turut bermurah hati dan telah menyumbangkan dua ambulans bagi kegunaan Persatuan Polis Komuniti Kebangsaan selain menderma sebanyak RM30,000 masing-masing kepada Yayasan Institut Jantung Negara dan Persatuan Parkinson Malaysia serta Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.


Tidak terkecuali keprihatinan Nicky Liow melangkau ke peringkat antarabangsa apabila beliau menderma sebanyak RM50,000 kepada Yayasan Keusahawanan Dunia bertujuan untuk memberi subsidi dan membantu pelajar miskin untuk memperlajari Bahasa Inggeris secara dalam talian serta pelajar yang memerlukan beg sekolah.


Tidak terhenti di situ, beliau juga mengusahakan bantuan kepada Sekolah Rendah Harapan Mongolia di Guam, Baotou City, Wilayah Autonomi Mongolia. Selain itu beliau turut menyumbang kepada pembinaan Sekolah Rendah Harapan di Shibao, China.
Kerana sumbangan-sumbangan inlah, Nicky Liow mendapat perhatian dan pengiktirafan apabila dianugerahkan sebagai “Social Entrepreneur of the Year Award”  oleh World BrandLaureate SMEs Bestbrands Award 2015-2016 pada Mac 2016.

Selain itu, pada bulan Oktober 2016, Nicky Liow sekali lagi  diiktiraf sebagai “Excellent Emerging Entrepreneur (E-Commerce)” di 15th Asia Pasific International Entrepreneur Excellence Award 2016 serta “Asia’s Most Influential Emerging Entrepreneur Award” di Asia Honesty Award 2016 Asia’s Best Choice.

Maka terjawablah teka-teki, mengapa Nicky Liow diberikan gelaran “Datuk Seri”. Mungkin kerana sumbangan amal yang besar kepada masyarakat tempatan dan dunia.
Lagi pun, hak Sultan Pahang untuk memberi gelaran kepada sesiapa yang difikirkan elok atas sumbangan yang banyak kepada masyarakat dan tujuan amal.

Masyarakat tidak patut mengecamnya kerana satu kesilapan yang dilakukan oleh Nicky Liow kerana kita memerlukan lebih ramai orang seperti Nicky Liow yang telah memberikan banyak sumbangan kepada aktiviti amal untuk kesejahteraan rakyat.

Memang sukar untuk kita ‘memaafkan dan melupakan’. Tetapi kita perlu menghargai sumbangan yang dilakukan oleh Nicky Liow dalam kerja-kerja amal sebelum ini.

Lagipun, sebagai manusia kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.Tetapi janganlah kita meminggirkan kebaikan yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

Sumber Artikel - Blog Bacalah Malaysia
Share:

KWSP perlu perbanyak pelaburan ke luar negara - Tun Dr. Mahathir



KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu memperbanyakkan pelaburan ke luar negara bagi membolehkan para pencarumnya menikmati pulangan yang lebih tinggi.

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat, KWSP sudah boleh berbuat demikian memandangkan ia mempunyai dana cukup tinggi sehingga mencecah RM240 bilion.

``Kalau disimpan di sini umpamanya dalam Bank Negara Malaysia, kalau wang itu tidak digunakan, bank tersebut sudah tentu tidak dapat membayar faedah ke atas simpanan tetap itu.

``Jadi dengan wang yang begitu banyak, saya fikir KWSP harus melabur ke luar negara untuk menambahkan pendapatannya,'' katanya kepada Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di kediamannya di Seri Kembangan di sini hari ini.

Semalam muka depan Mingguan Malaysia melaporkan bahawa KWSP meminta kebenaran kerajaan untuk membuat lebih banyak pelaburan di luar negara bagi menyelesaikan kebuntuan menguruskan RM20 bilion caruman yang diterimanya setiap tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azlan Zainol berkata, kerajaan memutuskan November lalu untuk membenarkan agensi itu melabur hanya sebanyak RM1.9 bilion sahaja di luar negara, iaitu kurang daripada satu peratus simpanannya.

Menurut Dr. Mahathir, dasar membenarkan KWSP membuat pelaburan di luar negara telah ada ketika beliau memimpin kerajaan.

Bagaimanapun jelas beliau, jumlah pelaburan tersebut terpaksa dihadkan memandangkan KWSP ketika itu tidak mempunyai dana yang tinggi sebagaimana sekarang.

``Saya setuju (labur luar negara) sebab ia adalah dasar lama, dulu pun kerajaan memberikan kebenaran,'' katanya.

Menurutnya, KWSP tidak akan mendapat pulangan tinggi sekiranya dengan wang yang begitu banyak tetapi tidak dilaburkan.

Sedangkan jelas Dr. Mahathir, para pencarum terus kekal menyimpan dalam KWSP bertujuan mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

``Hendak buat apa kalau bubuh bawah bantal, kita tidak boleh bayar faedah, jadi kenalah labur,'' ujar beliau.

Ditanya tentang jumlah yang sesuai bagi KWSP membuat pelaburan di luar negara, Dr. Mahathir berkata, terpulang kepada pihak berkenaan untuk menentukannya.

Jelas beliau, kepelbagaian pelaburan termasuk di luar negara adalah penting kerana ia boleh memecahkan risiko sekiranya negara menghadapi masalah kemerosotan ekonomi.

``Kalau kemerosotan dalam negara, yang luar boleh membantu dan begitu juga jika di luar merosot yang dalam boleh membantu,'' kata beliau.
Share:

AMBIL DUIT RAKYAT MELALUI NGO,KENAPA RAFIZI TAKUT ? - DATO ADAM ROSLY



SHAH ALAM - Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly bertegas, beliau kini sudah hilang sabar dengan perilaku Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Dalam satu kenyataan Adam berkata, beliau dan beberapa pemimpin parti telah lama bersabar dengan beliau bagi memelihara perpaduan dan reputasi PKR.

"Bagaimanapun, demi kepentingan parti dan orang ramai, saya tidak boleh berdiam diri lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu menurutnya, beliau kini tidak lagi boleh mendiamkan diri berhubung kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW).

"Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.
"Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka," katanya lagi.

Dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap PKR dan pembangkang, dan selaras dengan prinsip yang kerap beliau laungkan iaitu prinsip ketelusan, tegas Adam, beliau menggesa Rafizi mendedahkan dalam masa 48 jam bermula hari ini berkaitan isu berkenaan.

"Iaitu jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW," katanya.

Dalam pada itu, tegas Adam, Rafizi juga perlu menyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini.
"Dan menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.

"Sekiranya Rafizi  gagal mematuhi tuntutan ini , saya akan mengambil tindakan sewajarnya. Kerana kita perlu memelihara keyakinan orang ramai terhadap PKR dan Pakatan Harapan," katanya lagi.



Share:

RUU355 TAK PENTING,TAK KISAH HILANG PENGUNDI ISLAM, RAFIZI DIKECAM




Nah ambil kau... kuasa rakyat yang dipuja-puja PKR nampaknya kena batang hitung pemimpin mereka sendiri.

Ini selepas facebook Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan dihujani kecaman dan kritikan terhadap tindak tanduknya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Asalnya, Rafizi nak luah ketidakpuasan hati dengan melahirkan rasa kecewa 'kononnya' tidak diberi peluang untuk berbahas Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada Khamis, menerima kecaman negatif pelayar laman sosial itu.

Rafizi seolah-olah tidak faham dengan penggunaan ayat yang digunakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sesi perbahasan RUU355 akan 'ditangguhkan' pada sesi mesyuarat sidang Dewan Rakyat pada Julai nanti. Bukan 'disekat' seperti didakwa oleh Rafizi dilaman Facebooknya.

"Saya dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak di beri peluang untuk berbahas di Sidang Parlimen hari ini selepas pembentangan Pindaan Akta 355 akan menyambung perbincangan tentang topik ini dalam suatu Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan pada hari isnin, 10 April nanti.
"Walaupun suara kami telah disekat di parlimen, saya pasti rakyat-rakyat Malaysia yang telah meletakkan kepercayaan kepada kami ingin mendengar pendapat ahli-ahli parlimen mereka tentang pindaan Akta 355 ini.

"Oleh itu, Sila saksikan Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan Akta 355 ini secara langsung dari laman Facebook page saya jam 8.30 malam pada 10hb April 2017," katanya menerusi status Facebooknya selepas sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan.

Status yang dimuatnaik Rafizi itu menerima kecaman hebat netizen yang merasakan beliau 'meroyan' setelah sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan sedangkan peluang untuk membahaskan akta tersebut boleh dilakukan pada sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

"Aik...ditangguh kata disekat? YB tak faham bahasa, ke tak boleh nak beza sekat dengan ditangguhkan? YB ada dalam dewan tadi? YB tak tengok ke berapa ramai geng-geng YB diberi laluan untuk mengacau Ahli Parlimen Marang buat pembentangan sehingga lewat hampir 1 jam.

Kalau suara YB dan geng-geng disekat, jangan harap speaker nak bagi laluan. Ke YB tidur sebelum pembentangan bermula tadi,"
kata pengguna Facebook Mohd. Luqman.

"Kau (Rafizi) ni memang pemikiran liberal. Semua benda nak dipolitikkan. RUU355 ini untuk umat Islam, tak boleh ke kau sokong? Ke kau ni Islam hanya pada nama? Tak ade pegang hukum hakam Quran. Aku lebih hormat Ahli Parlimen UMNO dalam hal ini berbanding kau yang hanya khadam (kuli) abadi DAP. Dasar pondan tak ade telur," kata pengguna Facebook Wan Hafizie Wan Harun.

"Dulu masa kerajaan (Pusat) tak jadi ambil alih (RUU355), macai Nuar (Anuar Ibrahim) bertepuk tangan, kabo (beritahu) PAS dah kena 'kencing' (tipu) dengan kerajaan, Barisan Nasional (BN) pengecut. Sekarang kerajaan dah buktikan siapa sebenarnya yang takut dengan RUU355 ini," kata pengguna Facebook Mohd Aznin Fazli.

"Kalau nak bahas dan sokong RUU355,its okay Encik Rafizi. Tapi kalau nak persoalkan kenapa undang-undang Islam dilaksanakan, rasanya Encik. Rafizi tak layak jadi wakil rakyat beragama Islam lagi. RUU355 bukan pasal politik, itu hal agama. Kalau rasa diri itu Islam, mesti wajib sokong apa yang Islam laksanakan, kalau (Rafizi) masih rasa diri itu masih Islam. #ruu355bukanhalpolitik," kata pengguna Facebook Idham Aries.

Pada hari terakhir mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat,  keputusan penangguhan yang dibuat kira-kira jam 4 petang  selepas mendengar ucapan sokongan daripada Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) itu telah mendapat bantahan daripada beberapa anggota Parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul berkenaan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak bangun dan melaungkan 'ini tidak adil', 'pengecut' namun Pandikar tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang.
Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang berkenaan.

Rafizi bersama beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain bertindak 'menyerbu' ruang sidang media di Parlimen untuk meluahkan ketidakpuasanhati terhadap keputusan Pandikar, sehingga hilang hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat itu.

"Selama ini, kami menghormati segala keputusan yang dibuat oleh beliau (Pandikar). Tapi kali ini (keputusan tangguh) telah membuatkan kami hilang hormat kepada beliau," kata Rafizi.
Antara ahli parlimen yang turut hadir pada sidang media itu ialah, Khalid Samad (PAN-Shah Alam), Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN - Kuala Terengganu).

Sebagai umat Islam, Rafizi perlu malu apabila beberapa Ahli Parlimen daripada DAP dan PKR seolah-olah cuba menghalang pindaan RUU355 dibentangkan di Dewan Rakyat dengan cubaan membangkitkan beberapa perkara kepada Pandikar sebaik sahaja RUU mahu dibacakan.
Tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan telah melengahkan masa kira-kira 35 minit sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang juga Presiden PAS dapat membentangkan usul berkenaan atas sifat rang undang-undang persendirian.

‘Gangguan’ itu dimulakan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang mempersoalkan cadangan usul rang undang-undang yang beliau failkan sebelum ini mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) telah ditolak Dewan Rakyat.

Gangguan tersebut berterusan apabila Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula bangun membangkitkan bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul persendirian Ahli Parlimen Marang itu.

Turut bangun ialah Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) mencelah dan mempersoalkan mengapa usul Abdul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang lain.

Kit Siang yang juga Penasihat DAP sekali lagi bangun membangkitkan mengenai keputusan Kabinet berhubung RUU 355 yang tidak mendapat persetujuan MCA dan MIC.

Tuduhan Kit Siang itu menimbulkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) antaranya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Ba­ling) yang menyatakan ahli-ahli Parlimen terlibat sengaja membangkitkan pelbagai perkara bagi melengahkan masa untuk menggagalkan pembentangan RUU 355.

Pandikar Amin kemudiannya menegur sikap Kit Siang supaya tidak membuat provokasi dan beliau berhak mengarahkan mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahannya untuk keluar Dewan.

“Hal berkaitan politik bawalah di luar sana, bukan dalam Dewan ini kerana kita mempunyai Peraturan Mesyuarat. Siapa yang berdiri lagi, saya berhak arah keluar,” katanya.-7/4/2017

Sumber - http://www.agendadaily.com
Share:

TIDAK PERLU RUU355, DAP TETAP MENANG TANPA UNDI ORANG ISLAM



6 APRIL: Selepas 30 minit ahli-ahli parlimen pembangkang cuba menghalang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, akhirnya Ahli Parlimen PAS Marang itu dapat membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Ini selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran mana-mana ahli parlimen yang cuba mengganggu Hadi akan diarah keluar Dewan.

Terdahulu, Presiden PAS itu bangun untuk memulakan pembentangan tetapi dalam masa Ahli Parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat mempersoal tindakan Speaker kerana menolak notis yang dihantar pada 17 Februari lalu dengan alasan penolakan tersebut sepatutunya dibuat oleh Setiausaha Dewan Rakyat, bukannya Speaker.

Selepas Pandikar menjawab persoalan Kit Siang, ahli parlimen pembangkang lain turut bangun dengan peraturan sama berkeras mahu menghalang Hadi daripada membentangkan RUU 355 meskipun dihalang Pandikar Amin.


Antaranya, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen PKR Gopeng, Lee Boon Chye, Ahli Parlimen PKR Gooi Hsiao Leung, Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, P.Kasthuriraani.

Sebaliknya, ahli parlimen pembangkang Melayu sama ada dari PKR dan PAN hanya diam membisu dengan membiarkan rakan sekutunya bangun menentang dan terus mengasak Speaker serta ahli parlimen Marang tersebut.

Dalam keadaan Dewan tegang ahli parlimen PAS Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan turut menyatakan peraturan mesyuarat atau ‘Point Of Order’ dengan membangkitkan  dokumen mahkamah pada satu kes yang difailkan dimana hakim Asmadi Mohamad telah memutuskan tiada mana-mana ahli parlimen pun boleh dihalang untuk berbahas mengikut peraturan mesyuarat 49.

Namun, tindakan Takiyuddin itu membuatkan ahli parlimen pembangkang lain berang, dan Gobind terus bangun sekali lagi menyatakan ‘Point Of Order’, namun ditolak Speaker.

Pandikar Amin juga bertindak mengetuk tukul beberapa kali bagi mententeramkan Dewan.
Begitu juga Kit Siang yang bangun menyentuh sentimen politik dengan mempersoal sama ada MIC, MCA dan GERAKAN menyokong tindakan kerajaan membenarkan Abdul Hadi membentang RUU 355 itu.

Bagaimanapun, tindakan itu diselar Speaker dengan memberi amaran supaya Kit Siang tidak mengulangi tindakannya yang menyentuh sentimen politik dalam Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mewakili penyokong kerajaan bangun bertindak mempertahankan Speaker dan Hadi.

“Tak payah dilayan mereka-mereka ni, teruskan sahaja,” tempiknya.
Dilihat separuh daripada menteri kabinet turut hadir bagi mendengar pembentangan Abdul Hadi termasuklah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sekitar Parlimen juga sesak sejak awal pagi dengan jumlah pengunjung bertambah untuk melihat sendiri RUU 355 yang jadi polemik sejak beberapa tahun lalu dibentang di Dewan Rakyat oleh Hadi.
Share:

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik