Isu Tanah 'Back Fire' Kepada PAS

 


"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat dia berhak minta. Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot. " - Datuk Seri Ahmad Said

Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyatnya bukan sesuka hati mengambil tanah rakyat ketika memerintah Terengganu selama ini.

Isu tanah hanyalah isu lama yang sengaja diulang-ulang kerana PAS ataupun pembangkang. Mereka cuba menarik perhatian rakyat di Kuala Besut selepas tidak ada isu baru yang hendak dibangkitkan pada sesuatu pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang akan berlangsung 24 Julai ini.

Bukan sekadar membahagikan tanah kerpada rakyat tetapi Kerajaan Negeri Terengganu turut membeli semula tanah orang Melayu yang terjual di bandar Terengganu melalui Tabung Warisan Negeri bagi ‘menyelamatkan tanah terlepas ke tangan asing’.

Diberitahu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bahawa  lebih 50 lot sudah terjual dan Kerajaan Negeri berbelanja beratus juta ringgit bagi tujuan ini kerana banyak tanah yang ‘sudah terlepas’ antara Bulatan Penyu di Ladang hinggalah ke Flat Kolam dalam bandar raya Kuala Terengganu.
Walaupun ada pihak menyifatkan langkah Menteri Besar, Ahmad Said ini sebagai ‘rasis’ namun, namun atas dasar mahu mengekalkan pegangan orang Melayu dan mengekalkan orang Melayu dalam bandar, langkah ini terpaksa dilakukan.


Kawasan yang dikatakan banyak tanah orang Melayu terjual.
Hakikatnya, Kerajaan Negeri BN sudah menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian sejak mengambil alih sejak Ahmad Said mengambil alih sebagai Menteri Besar pada 2008.
Melalui dasar ‘Demokrasi Tanah’, turut mendapat tanah ialah Exco Kerajaan Negeri, pembesar, pentadbir dan semua pihak, khususnya penjawat awam dan guru.
Kerana itu, Menteri Besar bertegas, kerajaan negeri tidak akan menarik balik tanah yang dianugerahkan kepada empat orang pemimpin Umno Besut untuk menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat.
Katanya, wakil rakyat berkenaan, seperti juga anak negeri tersebut yang lain, berhak memohon dan memiliki tanah tersebut.


Beliau mengakui bahawa setiap orang daripada empat pemimpin Umno Besut tersebut memiliki satu hektar tanah setiap seorang di kawasan Bukit Dendong, Mukim Tembila dalam daerah Besut.
"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat dia berhak minta. "Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot. "Takkan kerana empat orang ini, kita nak itu (tarik balik)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Daerah Besut semalam.


Beliau berkata demikian bagi menjawab desakan PAS yang meminta kerajaan negeri menarik balik tanah yang diberikan kepada empat pemimpin Umno di Besut.
Ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media di Kuala Besut pagi semalam mencabar timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan beliau memulangkan semula tanah berkenaan.


Dzulkefly berkata tindakan itu bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan 'Rakyat didahulukan', dan bukannya "dimangsai".
Dzulkefly mendakwa, tanah berkenaan diberikan ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi ADUN Jerteh. Selain Idris, tiga lagi pemimpin Umno yang didakwa menerima tanah berkenaan ialah MP Besut pada masa itu, Datuk Abdullah Muhamad Zain, ADUN Kota Putera Muhammad Pehimi Yusof, dan ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad.


Nawi yang juga ADUN Hulu Besut pada hari Isnin lalu telahpun mengakui bahawa beliau mendapat tanah berkenaan dan menjelaskan bahawa rakyat lain juga layak menerima tanah daripada kerajaan negeri.
Amat jelas, PAS mengitarkan isu lama dengan membangkitkan soal tanah yang dianugerahkan kepada empat pemimpin Umno di Besut.


Sedangkan, PAS juga pernah memberi tanah kepada wakil rakyat parti itu semasa mentadbir Terengganu, dakwanya. Pemimpin PAS tidak henti-henti menfitnah Kerajaan BN Negeri zalim dalam isu pembahagian tanah dan mendakwa merampas tanah rakyat selain membahagikan tanah kepada kroni.
Mereka melemparkan tuduhan itu untuk menutup perbuatan mereka yang salah dan melampau termasuk sewenang-wenangnya mengaku tanah umpamanya di berhadapan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB), di Jalan Santong, Paka (rujuk Lebong 16) sebagai milik mereka.
Selain itu, mereka berbohong mengatakan Kerajaan BN zalim menghalau orang Melayu bandar demi pembangunan selain membahagi-bahagikan tanah untuk kroni.


Yang wajar diketahui ialah Kerajaan Barisan Negeri melaksanakan ‘pendemokrasian tanah’ melalui slogan 1Rakyat 1Lot Tanah. Untuk kali pertamanya melalui pentadbiran Ahmad Said, kerajaan negeri Terengganu MENYATAKAN DENGAN JELAS bahawa rakyat negeri tidak kira penyokong parti apa atau fahaman politik mereka berhak mendapat sebidang tanah, sama ada tapak rumah atau tanah pertanian.
Ini bermakna setiap anak watan akan mempunyai sebidang tanah, iaitu aset yang begitu diperlukan dan begitu bernilai untuk setiap keluarga. Kerajaan BN Terengganu tidak seperti ketika pemerintahan PAS, menyelesaikan banyak kes berhubung tanah di negeri ini, termasuk pemberian hak milik kepada penduduk yang layak disebabkan penggunaan teknologi maklumat secara meluas dalam sistem pentadbiran tanah yang cekap.

Untuk Lebih Lanjut Click -> SINI
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive