Pemilihan Umno: Berbaju pengantin ketika mengundi


(Gambar Hiasan)

MELAKA - Majlis persandingannya hari ini tidak menghalang Mohd Ismarizam Ismail untuk menghadiri mesyuarat dan pemilihan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, walaupun terpaksa berbaju pengantin ketika mengundi untuk memilih pemimpin sayap itu.

Mohd Ismarizam, 29, yang juga pegawai Jabatan Ketua Menteri Melaka tiba di Dewan Pusat Pertanian Sungai Udang di sini pada pukul 12.30 tengah hari bersama pasangannya Ummi Nornabila Abd Rahim, 22, dengan berpakaian songket sedondon berwarna emas dan biru.

"Sanding kita bersanding juga, tetapi perjuangan (bersama Umno) tetap perjuangan," kata Mohd Ismarizam ketika ditanya pemberita apa yang mendorong beliau membuat keputusan menghadiri mesyuarat itu, pada hari persandingannya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Paya Rumput Jaya turut bertanding bagi jawatan Anggota Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu.

Mohd Ismarizam turut menerima ucapan tahniah daripada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, yang melakukan tinjauan ke pusat pemilihan itu. - Bernama
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive