Datuk Harun Taib Meninggal Dunia !!


KUALA LUMPUR
: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dilaporkan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada kelmarin, telah kembali ke rahmatullah pada lewat malam Jumaat.

Perkhabaran sedih tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi muat naik status di laman Facebook miliknya.

Harun Taib

Allahyarham Harun Taib dilaporkan masih tidak sedarkan diri pada petang semalam ketika diziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya.

Allahyarham merupakan pemimpin politik PAS di kawasan DUN N22 Manir, Kuala Terengganu dan merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Ibrahim dan lima anak.

BELA: Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau..
Semoga roh Tuan Guru ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..


Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive