Puteri UMNO sasar tambah 500,000 ahli baharu


KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO menyasarkan untuk menambah 500,000 anggota baharu dalam tempoh tiga tahun bagi memperkasa sayap itu, kata naib ketuanya Zahida Zarik Khan.

Beliau berkata, pelbagai program dirangka termasuk Kempen Keahlian Puteri UMNO peringkat Kebangsaan yang akan dilancarkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Taiping Sabtu ini.



"Usaha agresif akan dipergiat di seluruh negara melibatkan golongan sasar terutamanya lepasan sekolah menengah, universiti termasuk golongan berminat memperjuangkan masa depan bangsa dan negara.

"Ini bertujuan menjamin bangsa dan negara lebih gemilang dalam pemerkasaan Puteri yang dapat berperanan mencorakkan politik negara dalam usia muda dan produktif," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain berkempen, Puteri juga akan melaksanakan program Mesra Puteri di di kawasan luar bandar dalam usaha menarik sokongan terhadap Umno dan Barisan Nasional. - BERNAMA
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive