Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang ingkar terhadap titah baginda apabila hanya menyenaraikan satu nama untuk calon menteri besar yang baharu.
Tindakan kedua-dua parti itu menggambarkan mereka biadab kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada baginda.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Sultan Selangor, kedua-dua parti ini menunjukkan kebiadapan mereka terhadap institusi Raja dan satu perbuatan derhaka kepada titah D.Y.M.M Sultan Selangor.
Menurut Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M Sultan Selangor, Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani baginda Sultan mempunyai kuasa dan budi bicara bagi memilih Menteri Besar untuk mentadbir negeri Selangor dalam keadaan baik.
Malah atas budi bicara baginda juga, baginda berhak memilih sesiapa saja sebagai Menteri Besar walaupun bukan daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dalam parti Pakatan Rakyat.
Sumber: Selangor Press
Geng Rohingya rompak berkumpulan, larikan aluminium formwork bernilai
RM200,000
-
MELAKA – Enam lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada
Khamis atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan di sebuah gudang
peny...
4 days ago







No comments:
Post a Comment