Iskandar Samad Menteri Besar Selangor baru?



KUALA LANGAT — Pesuruhjaya PAS negeri Iskandar Abdul Samad dijangka akan meneraju kerajaan negeri Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Beliau dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider (TMI) dipetik sebagai telah mengadap DYMM Sutan Selangor di Istana Kayangan pagi tadi.

TMI turut melaporkan bahawa istana telah mengeluarkan arahan kepada tiga exco kerajaan negeri untuk mengadap tuanku secara berperingkat.

“Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu.

“Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” tulis TMI.

Semetera itu lidah rasmi kerajaan negeri, Selangorkini, melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan seluruh perkara berkaitan kerusi panas itu kepada baginda tuanku.

Khalid juga mengaku telah diarahkan untuk berdiam diri mengenai perkara tersebut dan hanya menumpu seluruh perhatian kepada pentadbiran negeri.

“Saya diminta supaya tidak buat apa-apa kenyataan dalam hal ini sebab saya dinasihatkan adalah lebih baik sekiranya Menteri Besar memberikan tumpuan kepada pentadbiran negeri daripada melibatkan diri dengan perbincangan jawatan Menteri Besar baru,” ujar Khalid seperti dipetik oleh Selangorkini.

Sementara itu, sumber yang telah Selangorpess perolehi memberitahu bahawa Iskandar Abdul Samad yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) kawasan Cempaka telah menghadiri satu majlis tertutup di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) setelah meninggalkan istana.

Tidak dimaklumkan majlis apakah yang dihadiri Iskandar dan siapakah yang berada di dalam majlis tersebut.

Untuk rekod, Abdullah Sani dari PKR merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat.

Selangorpress pernah melaporkan bahawa Abdullah Sani menjadi bayang-bayang dalam program-program yang dihadiri oleh Adun Morib Hasnul Baharuddin semenjak beliau menyatakan sokongan terbuka kepada Adun Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menandatangan surat akuan bersumpah bersama Adun PAS Hulu Klang Saari Sungip.
- See more at: http://www.selangorpress.com/?p=3175#sthash.kPgSNi0w.dpuf
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik