KENAPA TENGKU ADNAN BELASAH PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN ???


Hari ini 24 November 2014 genaplah 40 tahun usia pergerakan pemuda UMNO wilayah persekutuan yang mula ditubuhkan pada 1974. Saya antara aktivis yang dijemput untuk menghadiri majlis makan malam yang diberi nama 'Malam Tautan Kasih Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan'

Secara peribadi ini adalah satu penghargaan kepada saya aktivis marhaen yang bukan dikalangan keluarga besar Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Terima Kasih diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan Saudara Razlan Rafii (LIKE FB) . Lepas ni jangan lupa jemput lagi ye..


Pembukaan majlis dimulakan dengan ucapan boss Pemuda WP saudara Razlan. Ucapan yang ringkas tapi cukup untuk membakar semangat semua AJK Pemuda bahagian yang hadir.

Berbalik pada tajuk 'Kenapa Tengku Adnan Belasah Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan'?? Sebenarnya ini kali pertama saya mendengar ucapan Tengku Adnan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah persekutuan diatas pentas UMNO. Dah tentu berbeza pengisiannya dengan ucapan beliau sebagai menteri.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan menyampaikan pesanan,amanat dan sempat juga BELASAH Ketua-ketua pemuda bahagian termasuk saudara Razlan sendiri.

Bagi saya sebagai orang luar ia teguran yang agak keras tapi mungkin bagi mereka ini adalah perkara biasa seperti ayah menegur anaknya. "Kalau ada yang tak dengar kata nanti saya rotan" antara ayat Ku Nan yang membuatkan barisan ketua-ketua pemuda bahagian ketawa kat belakang.


Banyak perkara yang Ku Nan sentuh, antara yang saya boleh tulis dekat sini adalah "Pemuda UMNO Wilayah perlu berani, kalau nak buat tu buat betul-betul, contoh pemimpin pemuda dahulu"

Dalam meraikan orang muda, yang lama tidak dilupakan. Ramai bekas ketua pemuda wilayah turut bersama dalam majlis. Bak kata orang 'Yang lama disayangi dan yang muda dikasihi'.

Terima Kasih sekali lagi dan tahniah diucapkan kepada saudara Razlan Rafii dan seluruh warga Pemuda UMNO Wilayah kerana berjaya menganjurkan majlis yang dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga kerja pemuda. Semoga warga Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan terus bersemangat dalam mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air. Salamzz..

Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Categories

Blog Menarik