MAWAR FAREEDA KENA SEMBUR DENGAN ORANG MISKIN KERANA MELAMPAU



Anak kepada Pengasas Tudung jenama Fareeda, Mawar Abdul Karim dibidas pengguna laman sosial ekoran kenyataan yang dikeluarkan olehnya berhubung tudung keluaran jenama tersebut yang terlalu mahal.

Mawar menerusi laman Facebook Mawar Fareeda Fanpage berkata, pelanggan (wanita) seharusnya melihat kepada kemampuan diri jika ingin berfesyen.

Kata-kata tersebut dibalas oleh Mawar selepas mendapat komen daripada Norkamisah Sharil yang berpendaat harga tudung keluargan jenama tersebut terlalu mahal dan tidak mampu dibeli oleh sesetengah golongan.

"Fareeda mahal..kesian orang tak mampu tapi nak sangat bergaya ala Mawar,tu yang orang lain tolong buatkan yang sama tapi murah..apa salahnya...orang yang beli tu yang kena adil,kalau dah kaya..beli lah yang original...yang tak original hanya untuk orang yang tak mampu (beli original) ," kata Norkamisah.


Mawar yang juga merupakan isteri kepada Fizo Omar itu membidas komen tersebut dengan berkata, kalau mahu berfesyen kena tengok kemampuan diri.

"Nurkamisah Sharil : Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri. FAREEDA ada juga menawarkan scarves di bawah RM100. Jika tidak mampu menabung, dan jangan risau jika membazir sebab FAREEDA ada harga untuk preloved," bidas Mawar.

Isu tudung eksklusif Jenama Fareeda ini mula mendapat perhatian umum apabila, pihak bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu premis yang menjual tudung tiruan jenama tersebut.

Dalam serbuan tersebut enam premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terlah diserbu dan sebanyak 1,225 helai tudung dengan anggaran nilai RM77,065.00 disita.

Rekaan yang dirampas itu ialah model 'Fareeda Aisya' dan 'Fareeda Mariya' yang dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.

Ekoran daripada kenyataan Mawar itu, pengguna laman sosial memberikan reaksi negatif kepada anak pengasas tudung eksklusif itu.


Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive