PAS SUKAR UNTUK YAKINKAN DAP DAN PKR TERIMA HUDUD, BUKAN UMNO !!


Ditakdirkan UMNO (88 kerusi parlimen) bersetuju untuk menyokong usul persendirian PAS (21 kerusi) untuk membentangkan rang undang-undang bagi perlaksanaan hukum hudud di Kelantan ia masih belum mencukupi untuk mendapatkan kelulusan majoriti mudah (112) daripada 222 kerusi parlimen. Gabungan penuh kerusi PAS dan UMNO hanyalah 109 kerusi.

Untuk menjayakan hasrat ini PAS perlu mendapatkan sokongan 18 ahli parlimen Melayu PKR dan 2 ahli parlimen Melayu dari DAP barulah jumlah yang akan diperolehi sebanyak 129 kerusi (PAS 21, UMNO 88, PKR 18 dan DAP 2). MCA, Gerakan dan MIC akan sepakat dengan DAP.

Masalahnya adalah PKR dan DAP sudah awal-awal lagi menyatakan akan menentang rang undang-undang itu jika dibentangkan di Parlimen atas alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negara.

UMNO dari awal-awal lagi menyatakan keperluan menyediakan sistem perundangan berasaskan syariah dan membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendidikan rakyat sebelum ia dilaksanakan.

Tunku Abdul Rahman yang merupakan bapa kemerdekan tentu mempunyai alasannya yang tersendiri.

PAS sedar bahawa mereka tidak mempunyai korum yang cukup di parlimen tetapi pimpinannya bertegas akan terus mengemukakan rang undang-undang tersebut di parlimen bagi merakamkan catatan sejarah bahawa mereka sudah berusaha tapi ditentang oleh sekutunya atau UMNO sendiri.

Nampaknya PAS perlu bekerja keras untuk mendidik sekutunya supaya faham dasar perjuangan Islam berasaskan prinsip rahmatan lil alamin. Kebersamaan mereka atau tahaluf siyasi selama ini bukan sangat kerana kebersamaan prinsip perjuangan, tetapi kerana sama-sama ingin menumbangkan tunggak BN, iaitu UMNO. Lepas tu apa yang terjadi belakang kira.

- Datuk Fuad Hassan -
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive