UMNO sokong Hudud, DAP dan PKR Tolak !!!


Bercakap tentang Hudud sudah tentu ia dikaitkan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta Ijmak dan Qias yang terang dan nyata.

Ramai yang mendakwa isu Hudud ini hanya akan dimainkan apabila ada pilihanraya.Isu Hudud ini jugalah menyaksikan perbalahan dan perbezaan berpanjangan sesama Islam antara PAS dan parti lawannya iaitu UMNO yang menjadikan Islam dan Bangsa Melayu sebagai asas perjuangan.

Pelbagai tomahan dan Fitnah dilontarkan sebelum ini yang kononnya UMNO TOLAK HUDUD,
Benarkan UMNO tolak Hudud? baca SINI untuk pencerahan.

Adakah PAS mampu untuk laksana Hudud?
Persoalan ini sering kedengaran, dan jawapannya sudah pastinya tidak jika PAS bersendirian, amat mustahil pula untuk Hudud dilaksanakan ketika PAS bersama pakatan politik mereka iaitu DAP dan PKR yang secara konsisten menentang keras dasar Undang-undang Islam ini.

PAS yang sepatutnya 'dominan' dalam Pakatan Rakyat dilihat tidak lagi dihormati sehinggakan Rakan Pakatan mereka sendiri boleh mengeluarkan kenyataan yang mengguris seperti "Mahu wujudkan Negara Islam,langkah mayat kami dulu" disebut oleh Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 24 Disember 2008.


Yang terbaru DAP dan PKR sekali lagi menegaskan mereka MEMBANTAH KERAS,tidak akan beri kerjasama dengan PAS dan tidak akan menyokong perlaksanaan undang-undang Hudud.

PAS berterusan ditentang rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang berhubung hasrat parti itu untuk mengemukakan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Ketika Kerajaan Pusat dan UMNO menyatakan sokongan kepada hasrat PAS itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.



Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti kedua terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan PAS.
Jadi siapa yang dapat membantu untuk PAS meneruskan cita-cita mereka?
Suka tidak suka PAS mesti bersama dengan UMNO untuk meneruskan agenda Hudud mereka.

Satu permulaan yang baik apabila UMNO Kelantan menyatakan sokongan kepada PAS untuk membawa usul ini ke Parlimen.

Secara peribadinya BELA menyokong penuh kerjasama UMNO dan PAS sehingga terlaksananya Undang-undang Hudud di Negeri Kelantan. Semoga perkara yang baik ini akan berterusan sehingga berjaya. InshaAllah...

Juga menarik untuk dibaca:

KERANA SYAHADAH !!! PAS DAN UMNO PERLU DAN MAMPU BERSATU (CLICK)

Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive