1. Ramai menyamakan politik dengan permainan catur. Kita gerak satu langkah, lawan balas satu langkah.
2. Begitulah permainannya hingga gerakan akhir mematikan langkah lawan. Memang klise.
3. Bezanya, politik tidak ada stale-mate. Hanya ada ‘winner’ atau ‘loser’.
4. PRK N24 Semenyih menarik perhatian ramai pihak. Ini pernah saya sebut dalam hantaran terdahulu di capaian berikut
https://www.facebook.com/524968843/posts/10157058653048844?sfns=mo
5.
Dengan 69+ peratus pengundi Melayu, ia adalah peperangan sebenar bagi
menunjukkan pengaruh siapa lebih kuat - parti kerajaan PH, diwakili PPBM
ataupun gabungan parti pembangkang, diwakili BN.
6.
Pemenang PRK N24 ini bolehlah dinobatkan sebagai parti yang menerima
kepercayaan ‘orang Melayu’ (walaupun kelak, indeks akhir menunjukkan
pecahan undi kaum Melayu membuang undi kepada calon BN lebih tinggi
berbanding PPBM).
7.
Ingat, ‘winner takes all’. Hanya ini yang diperlukan oleh PPBM demi
wujudkan persepsi parti Melayu mana yang diterima oleh orang Melayu
khususnya, dan rakyat amnya.
8. Selepas PRK P078 Cameron Highlands, populariti koalisi pembangkang naik satu aras berbanding parti koalisi kerajaan PH.
9.
Bedah siasat jelas menunjukkan formula gabungan dua parti besar Melayu,
UMNO-Pas adalah formula paling ampuh. Setidak-tidaknya buat waktu ini.
10. Jelas, kemenangan besar BN di Cameron adalah sumbangan pengundi Pas yang banyak membantu calon BN.
11.
Tidak dinafikan faktor lain seperti pemilihan calon yang tepat turut
menyumbang kemenangan BN tetapi, itu soal kedua. Pokoknya, formula
pertama di atas lebih dominan.
12. Inilah strategi yang bakal diulang oleh pembangkang di N24 Semenyih berjaya menggerunkan PH.
13.
Untuk melawan strategi ampuh koalisi pembangkang di atas, tidak hairan
bila rakyat Malaysia mula disajikan dengan ‘trump-card’ yang sebelum ini
disimpan kemas oleh PH; ‘Skandal Dana RM90 Juta Pas’.
14. Pas menjadi sasaran utama PH berbanding BN.
15.
'If you want to bring down a castle, strike the pillars’ - maka Pas
yang menjadi tiang seri kepada calon BN kini diserang dengan begitu
dahsyat sekali.
16. Naratif yang dimainkan oleh kerajaan PH masih naratif lama.
17.
UMNO sudah pun berjaya dirudumkan imejnya terutama isu berkait dengan
skandal 1MDB. Imej itu hanya perlu dikaitkan dengan Pas pula.
18.
Subjeknya ialah politik wang. Satu subjek yang merentasi batas-batas
ideologi termasuk ekonomi, sosial, moral, agama, perkauman dan
lain-lain.
19. Percayalah, subjek ini sangat universal diterima semua peringkat.
20. Justeru, kononnya pemberian dana sebanyak RM90 juta oleh UMNO kepada Pas sedang kuat didendangkan.
21.
Dalam politik, pembunuhan karektor tidak perlu menunggu ‘legitimate
ending’ seperti keputusan akhir mahkamah - cukup hanya ‘trial by media’
dan diulang berkali-kali demi membangkitkan sentimen marah dan benci,
seterusnya sebati dalam diri.
22. Sebab itu pemain media hebat seperti Clare Rewcastle Brown amat diperlukan.
23. Maka jelas, kenapa 'trump card’ istimewa di atas, yang diniatkan untuk digunapakai menuju PRU15 terpaksa dikeluarkan awal.
24. Kenapa kerajaan PH sangat terdesak mengeluarkan ‘trump card’ ini?
25.
Ia disebabkan populariti kerajaan PH yang merudum disahihkan oleh
beberapa badan bebas negara seperti dilaporkan oleh media arus perdana
baru-baru ini.
26. Bagi kerajaan PH/PPBM, mahu atau tidak, Semenyih ini WAJIB dimenangi. Populariti koalisi pembangkang harus diatasi.
27.
Lebih dari itu, imej Tun M sebagai PM dipilih dari parti PPBM 'is at
stake'. Tapi biarlah saya simpan dulu cerita ini untuk hantaran akan
datang.
28.
Berbalik kepada Pas yang menjadi ‘pillar’ kepada calon BN, imej mereka
harus dijatuhkan sebagaimana UMNO pernah alami. 'Trump card' ini 'is the
best arsenal at the time being'.
29. Bagaimana pula faktor calon?
30.
Seperti juga dalam capaian saya di atas, nampaknya kedua-dua pihak
sedang alami masalah dalaman untuk memutuskan nama calon. Baik PPBM mahu
pun BN.
31.
Jika PPBM alami kejutan akhir bila perebutan untuk menjadi calon hingga
mencapai angka 26 orang (asalnya hanya enam nama), tidak kurangnya BN
yang sedang dimain-mainkan soal calon terutama oleh orang-orang di
bahagian sendiri.
32.
Apa pun keputusan pengurusan tertinggi dan politik UMNO/BN siang tadi
di PWTC - saya yang mendukung BN, secara peribadi, mengharapkan semua
pihak dapat menerima calon pilihan pucuk pimpinan tertinggi dan mula
bekerja sebagai satu pasukan yang mantap.
33.
INGAT! Memberi kemenangan kepada koalisi pembangkang melalui BN lebih
utama dari memberi kemenangan peribadi seperti soal siapa yang berjaya
menjadi calonnya!
Wallahua’lam bissawab.
#prksemenyih #n24
JEFRIZAL JAAFAR