HULU LANGAT: Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali, tidak terkesan dengan ‘troll’ netizen mengenai kesilapan kata-katanya yang berjanji menyelesaikan masalah penduduk, sehari selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Sebaliknya,
sindiran serta kritikan netizen itu membakar semangat Muhammad Aiman,
30, untuk lebih bekerja keras menyantuni penduduk Semenyih dan
mengangkat suara mereka sekiranya menang pada 2 Mac ini.
Katanya,
kesilapannya ketika berucap sewaktu berkempen di Batu 26, Beranang,
Khamis lalu, bukan janji kosong semata-mata, sebaliknya ia menggambarkan
kesungguhannya untuk menyelesaikan masalah penduduk Semenyih.
“Saya
tidak terkesan (dengan sindiran netizen). Itu adalah janji saya untuk
bekerja dengan bersungguh-sungguh demi penduduk Semenyih.
“Itu
juga nak menunjukkan semangat saya. Apabila saya menang nanti, hari
seterusnya saya akan turun bantu rakyat, tolong mereka selesaikan
masalah di Semenyih. Itu maksud janji saya,” katanya ketika ditemui pada
Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Taman Pelangi, Semenyih dekat sini,
hari ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Khamis
lalu, Muhammad Aiman dalam ucapannya berjanji jika PH menang PRK DUN
Semenyih pada 2 Mac ini, keesokannya juga masalah penduduk akan
diselesaikan.
Semalam,
Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas
mengenai janji itu berkata, Muhammad Aiman terlepas cakap kerana begitu
bersemangat dan ghairah untuk membantu rakyat Semenyih.
Sementara
itu, ditanya mengenai dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
bahawa PKR dan DAP tidak membantu kempennya, Muhammad Aiman menafikan
perkara itu.
“Mereka
(PKR dan DAP) banyak sangat membantu. Apabila saya turun ke Kampung
Baru Semenyih di kawasan penduduk Cina, jentera DAP yang membantu saya,”
katanya.
- BERITA HARIAN -
No comments:
Post a Comment