Projek di SK Taman Pelangi Semenyih, Menteri PH didakwa berbohong..

Tindakan Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik yang menyalahkan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) berhubung kelewatan perlaksanaan projek Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi dinafikan oleh aktivis media sosial, Ab Jalil Backer melalui status beliau di facebook.
Terdahulu, melalui artikel yang dipetik Utusan Online, Mazslee menyatakan Kerajaan Negeri Selangor telah memberi kelulusan tanah seluas 4.04 hektar bagi membina sekolah tersebut pada tahun 2015.
“Itu kena tanya kerajaan lama. sewaktu kami mendapat mandat untuk sekolah ini termasuk sekolah lain yang tertangguh pembinaannya kita percepatkan.

“Sejak Oktober lagi banyak projek yang telah kita mulakan dan kita akan mulakan pada bulan-bulan akan datang,” katanya selepas melawat tapak pembinaan sekolah tersebut.

Selang beberapa jam selepas kenyataan Maszlee itu tersebar di media, aktivis media sosial Ab Jalil Backer tampil menafikan bahawa projek tersebut adalah bukti keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Ab Jalil melalui catatan di facebooknya;
Penipu yang bodoh
Dalam kehangatan PRK Dun Semenyih, Pejabat Menteri Pendidikan membuat kejutan dan lawak terbesar.

Hari ini mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan pembinaan sekolah baharu di semenyih adalah hasil keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap rayuan penduduk di sana.

Surat ini bukan sahaja bercorak politik keterlaluan dan menyalahguna jentera kerajaan untuk PRK, malah ia memberi maklumat palsu dan tidak benar.

Untuk pengetahuan Maszlee tender projek ini telah dibuka pada awal tahun 2018 dan ditutup pada Mei 2018. Kontraktor dipilih pada Oktober 2018. Ini bermakna projek ini telah diluluskan dalam Bajet 2018 yang dibentangkan oleh kerajaan BN.

Hari ini siaran akhbar “tertunda” mendakwa perjuangan PH. Apakah tidak ada perasaan malu dalam hati dan akal YB Menteri yang meneruskan tradisi kebodohan kerajaan hari ini?

Rakyat sudah letih dengan pembohongan demi pembohongan.
Bak kata orang tua-tua, biar kita pendek fizikal jangan pendek akal.

Sumber - https://msentral.net

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive