Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan 'chubby' ???


Saowaluk Hirokajung Ping Anawong (Nattanun Nut)

Ramai di kalangan wanita sanggup berhabis semata-mata untuk mengekalkan
bendtuk badan yang menarik. Mereka sangat takut jika mengalami
pertambahan berat badan dan berisi. Nanti takut susah mendapat pasangan
hidup atau teman lelaki.

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk
mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup? Sebenarnya ramai
wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang
berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

Selain kecantikan tahap keyakinan diri seseorang wanita itu sangat
penting walau mempunyai badan yang berisi. Lagipun masih ramai lelaki
yang cenderong untuk memiliki wanita yang berisi. Berikut adalah sebab
kenapa lelaki lebih suka wanita yang berisi.




*CERIA*

Littlewoods.com dalam kajiannya telah membuktikan bahawa wanita yang
berisi dilihat lebih ceria dan peramah. Sebanyak 74% daripada 2000
responden wanita <https://anakbapak.com/lelaki-sukakan-wanita/> yang
berbadan sedap atau berisi mengaku mereka cukup bahagia dengan bentuk
badan mereka.

*KEYAKINAN DIRI*


Wanita yang berisi mempunyai sikap yang positif yang membantu mereka
untuk berada pada tahap keyakinan diri yang tinggi.

Jika kena pada gayanya, wanita berisi ini kelihatan lebih menarik
berbanding dengan mereka yang bertubuh langsing.

Cara mereka bergaul, berkomunikasi, pandangan mata dan tutur kata yang
teratur pastinya membuatkan ramai lelaki senang dengan mereka.



*PENAMPILAN YANG MUDAH*



Oleh kerana mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, tidak
menjadi masalah kepada mereka dalam soal penampilan diri.

*SENTIASA NAMPAK MENARIK*




Wanita berisi sentiasa nampak menarik. Tambahan jika mereka pandai
mengenakan pakaian yang bersesuaian. Lebih-lebih lagi jika mereka
mempunyai bentuk perut yang seimbang dengan badan mereka.

TEMAN MAKAN YANG BAGUS

Bab makan mereka biasanya tidak memilih dan cukup berselera. Tambahan
jika mereka sedang bercinta, aktivtii makan di luar adalah salah sebuah
aktiviti yang disukai. Kepada lelaki yang mempunyai teman wanita yang
berisi, mereka tahu bagaimana cara untuk menggembirakan pasangannya.

LELAKI GERAM

Percaya atau tidak, ramai lelaki yang lebih gemar wanita yang berisi
kerana kerana sangat geram dengan bentuk fizikal mereka ini. Kita juga
sering dengar istilah banyak air yang diberikan kepada wanita berisi.
Samada benar atau tidak, hanya pasangan mereka sahaja yang mengetahui.

Apapun berisi atau tidak, asalkan semuanya tahu memainkan peranan
masing-masing dalam memikat pasangan masing-masing. Tidak semua yang
dinyatakan ini adalah 100% betul. Berkemungkinan ianya sama adalah
kebetulan semata-mata.

Sumber: Aliff Channel
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive