HINA RASULULLAH SAW...478 REPORT POLIS TAPI MASIH TIADA PENDAKWAAN!



Tuan Peguam Negara, apa yang dilakukan oleh suspek warga emas ini adalah antara penghinaan dan kebiadapan paling teruk setakat ini terhadap junjungan besar kami Rasulullah SAW.

Tuan Peguam Negara beruntung kerana umat Islam di negara ini tidak berbuat sesuatu yang melanggar undang-undang negara, masih percaya dengan profesionalisme pihak pemerintah, pihak berkuasa.

Namun Tuan Peguam Negara jangan silap langkah dan ambil mudah, sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mendakwa - suspek mesti segera dibawa ke muka pengadilan!

Sudah 478 laporan polis terhadap suspek setakat semalam, mana pendakwaan???

Apa yang terjadi sekarang ini pihak polis pula disalahkan publik sedangkan mereka telah menjalankan tugas mereka, suspek telah ditangkap, direman dan disiasat - kini tindakan adalah di tangan anda Tuan Peguam Negara, the ball is in your court!
Rakyat memerhati, cukup sudah kesabaran diuji!

" JUSTICE DELAYED IS JUSTICE DENIED "

Penulisan oleh - Syahril A. Kadir

VIDEO AMARAN YUSUF AZMI TERHADAP INDIVIDU HINA RASULULLAH, TEKAN PLAY DI BAWAH >>>
Share:

No comments:

Post a Comment


Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Blog Archive

Categories

Blog Menarik

Blog Archive