Walaupun kenyataan politiknya agak kontroversi sebelum ini terutamanya ketika era GST, disudut lain tanpa diketaui ramai sebelum ini, YB Datuk Seri Ahmad Maslan menubuhkan Maahad Tahfiz untuk anak-anak orang miskin belajar.
Madrasah Tahfiz Pendita Madani ditubuhkan oleh beliau sendiri dan diusahakan oleh keluarga dan rakan-rakan di Pontian sejak sekian lama dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelajar.
Menubuhkan sekolah tahfiz berasrama penuh untuk melahirkan hafiz dan hafizah dari kalangan keluarga yang tidak berkemampuan, anak-anak yatim dan golongan Asnaf adalah antara matlamat penubuhannya.
Dikhabarkan sekarang pengurusan Tahfiz berkenaan terpaksa mempelbagaikan pencarian sumber pendapatan seperti penanaman nenas, ternak ayam kampung bagi menampung perbelanjaan kos gaji guru, petugas dan kos harian di pusat tahfiz.
Pusat Tahfiz ini mesti diteruskan walaupun terpaksa berhadapan dengan sedikit kekangan dana berbanding ketika era BN memerintah dahulu.
Sama-sama lah kita doakan dan memberi sokongan penuh kepada usaha murni beliau dalam memartabatkan ilmu Islam kepada anak-anak sejak kecil lagi. Semoga ianya menjadi saham akhirat dan dirahmati Allah jua..
----
Kepada yang bermurah hati dan berniat untuk melakukan amal jariah boleh lah hulurkan sumbangan kepada Acc Bank seperti berikut..
Madrasah Tahfiz Pendita Madani
Maybank- 551025209674
Sebarang pertanyaan - Imam Rahim (AJK Tahfiz) - 017-777 2693
------
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.------
Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
https://www.facebook.com/srikandi.shariena.5/videos/309502393247173/...
ReplyDelete#zakaria4semenyih
#PRKSemenyih
#BN4Semenyih
#bossku
#sayapencurihatirqkyat.
#maluapabossku. .
#semenyihn24
#maluaperbossku
#najibrazak